..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, January 21, 2011

CINTA DAN JODOHKU
















Saya berlindung dengan nama Allah, dari gangguan syaitan yang direjam.
Dimulai dengan menyebut nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Bismillahirrahmanirrahim..

Jatuh cinta itu indah, lagi indah sekiranya cinta itu jatuh dan tumpah kepada 'orang' yang tepat untuk dicintai, 'orang' yang berhak dicintai, 'orang' yang layak dicintai, dan 'orang' yang turut mencintai kita sepertimana cintanya kita kepada 'dia'.

Benarlah cinta Allah adalah cinta yang teragung. Cinta hakiki. Cinta abadi. Namun Allah juga berfirman dalam Surah Ar-Ruum Ayat 21 yang bermaksud;

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi" keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Maha Suci Allah. AKU juga adalah manusia yang normal tentunya perlukan cinta namun soalnya, bagaimana mendapat cinta yang 'tepat'? Haruskah hanya dengan menunggu atau patutkah kita mencari? Bilakah masa yang sesuai untuk memupuk dan menyemai perasaan cinta dan kepada siapakah cinta itu patut dicurahkan? Keliru mencari jawapan.

Tanpa lelaki bergelar suami, seorang wanita terasa kekurangan. Tanpa wanita bergelar isteri lelaki bagaikan tidak sempurna. Sesungguhnya lelaki dan wanita itu saling memerlukan dan saling melengkapi, sesuai dengan fitrah yang diciptakan oleh Ilahi. Sebagaimana Adam memerlukan Hawa biarpun di syurga semuanya indah belaka. Apatah lagi di dunia yang penuh cubaan dan dugaan ini.

Cinta adalah suci. Cinta adalah fitrah. Cinta adalah suatu anugerah yang diciptakan oleh Sang Pencipta dan seharusnya cinta layak dimuliakan. Sang Pencinta seharusnya dipandang tinggi dan bukan dipandang hina. Sang Pencinta seharusnya berbahagia bukan sahaja ketika hidupnya di dunia, tapi juga di akhirat.

Mungkin aku juga tidak akan terkecuali. Hari ini atau esok, saat itu pasti tiba. Detik di mana rasa cinta itu terbit dari dalam jiwa. Atau dilontarkan oleh-Nya ke dalam sanubari kita. Bagaimanakah agaknya 'rupa' cinta kita kelak? Cinta yang melayakkan kita ke syurga atau sebaliknya? Cinta yang diredhai dan direstui Allah atau bagaimana?.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Ya Allah jadikanlah aku orang yang Sabar menanti. Saat itu pasti tiba. Dan semoga, bila ianya hadir, kita tidak gentar dan tidak lemah. Teruslah mara melangkah dengan gah, berpimpin tangan dengan 'dia' yang dicintai, teruslah hingga ke syurga. Jangan kerana cinta, kita merana. Berbahagialah kerana dicintai dan mencintai. Kerana cinta itu indah.

Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kita menangisi kehilangannya.

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita.

Sekian, wassalam


WHY GETTING MARRIED

Who doesn't want to get married, to have the beloved one who always close to us, having cute babes that we will nurture them to be a good person?

For a normal human being, I believe most people have these dreams.

It is interesting when I heard my friend said,

"I don't know why I suppose to have a girlfriend now. I had a girlfriend before but we split up. After that, I don't even try to find the new one. For me, looking for partner means looking for marriage. So, why I suppose to find one if I don't have the capabilities to get married yet, no? I'm still studying. No job, no money, no my own house. Maybe in the future, at the moment I've everything and ready to have a family, I will start find one. My mother also said the same thing".

I replied to him,

"That's why I always told myself that our life based on three things:

Where we come from? Where we are now? And where are we going to in the future? I'm not talking about akhirat, I'm talking specifically about the worldly affair. About our dream for future."

I also have a dream...getting married with someone who loves me, have responsibility to be a good muslim, n 'keluarga sakinah'....insyALLAH..

"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior Dunia & Akhirat."

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

Kahwin!

Di usia 24 tahun kini, salah satu perkara yang masih terus mendilemma di dalam minda aqli diri ialah tentang perkahwinan. Bukan sekali dua persoalan ini diajukan kepada diri sama ada oleh ahli famili, sahabat handai dan rakan taulan, malah sudah menjadi persoalan lali. Ini ditambah dengan berita teman-teman seperjuangan yang semakin ramai mendirikan rumahtangga malah sudah ramai yang beranak-pinak!

Sebenarnya, segala keperluan untuk menunaikan tuntutan fitrah yang dijadikan oleh Allah SWT dan menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW yang satu ini sudah mencukupi. Persoalan bila dan dengan siapa biarlah rahsia buat masa ini. Apa yang pasti, jiwarasa semakin terpanggil dengan hadith berikut, sebuah sabdaan Baginda Rasulullah SAW yang kian membuka mata hati! Alhamdulillah.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Semoga segala urusan aku akan dipermudahkan oleh Allah SWT...

Wallahualam...

PETUA ISTIMEWA BUAT 'HATI'

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

SAYA PUN KADANG-KADANG LUPA

ASSALAMUALAIKUM.....


Saya memohon perlindungan daripada Allah, dari syaitan yang direjam.

Bismillahirrahmanirrahim..


(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu". (A-li'Imraan 3:106) |

Selamat hari Jumaat

Selamat hari Jumaat kepada semua, moga hidup kita semua akan dirahmati Allah. Sebelum meneruskan penulisan saya kali ini, pertama kali, saya ingin mengajak sahabat sekalian, dan juga diri ini sendiri agar sentiasa mensyukuri anugerah dan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita, hingga ke saat ini. Alhamdulillah, kerana kita masih lagi hidup hingga ke detik ini. Segala puji bagi Allah, penguasa sekalian alam.

Bersyukurlah samada dalam kesulitan atau kesenangan. Mungkin sekarang kita sedang menanggung derita, kesakitan, luka yang pedih, sengsara yang berpanjangan, tapi ingat jangan lupa, itu adalah sebahagian daripada tanda kasih Allah kepada kita, maka seharusnya kita juga mensyukuri anugerah sakit yang diberikan oleh-Nya. Moga-moga, kesakitan yang kita tanggung, menambah lagi rasa kasih dan cinta kita terhadap-Nya, menambahkan lagi rasa syukur kita kepada-Nya, merapatkan lagi hubungan kita dengan-Nya, mengurangkan dan menghapuskan dosa-dosa kecil kita.

Semoga kesulitan dan derita yang kita tanggung, akan menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya, membuka lebih banyak jalan menuju ke syurga, sekaligus menutup jalan ke neraka. InsyaAllah. Amin ya rabbal-A'lamin.

Kedua, suka untuk saya ingatkan, agar kita sama-sama dapat perbanyakkan zikir dan mengingati Allah. Banyakkan beristighfar, mohon keampunan dari-Nya. Kerana kita, cumalah hamba. Dan kita juga, sering alpa dan lupa, leka dan lalai. Itulah yang aku katakan saya pun kadang-kadang lupa Samada sengaja atau tidak sengaja, kita sering 'tergelincir', 'terbabas' dan 'tersesat'. Saya juga kadang sering terlupa, hinggakan kadang-kadang Cenderung untuk melakukan dosa. Samada dosa besar mahupun kecil. Dan kerana kita hanya mengharap keampunan dan keredhaan-Nya.

Maka, di sini ingin aku mengingatkan diriku sendiri dan sahabat jangan terlalu leka,jangan kedekut, jangan malas, jangan sombong, sentiasalah untuk memohon keampunan dari-Nya dengan bersungguh-sungguh dan dengan setulus hati. sentiasa Beristighfarlah .

Moga-moga, Allah mengampunkan dosa-dosa ku dan kita semua InsyAllah. Amin ya rabb.

Perkongsian untuk hari ini. InsyaAllah, sedikit sebanyak mengenai kepentingan dan perlunya bermuhasabah dan memperbaiki diri, meningkatkan amalan.

Aku bukanlah golongan 'Islamik sejak azali'. Jika ada sahabat yang mengenali saya sejak di bangku sekolah, pastinya dapat mengerti dengan mudah apa yang saya maksudkan 'Islamik sejak azali'. Mudah kata. Saya ibarat laut yang sukar diduga. Sekejap pasang, sekejap surut. Sekejap tenang tidak lama kemudiannya bergelora. Mungkin itulah gambaran iman saya. Ada naik dan turun. Ada elok dan ada sebaliknya. Kadang-kadang, saya ibarat layang-layang yang putus talinya, hilang arah tujuan. Terkapai-kapai, berkelana ditiup angin jatuh entah ke mana mengikut nasib. Itulah yang sering aku tangisi dengan keadaan iman ku yang dikatakan tidak stabil...Nauzubillah

Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Mungkin 'begini' cara Allah mahu menguji saya, menguji sejauh mana keimanan dan kecintaan saya terhadap-Nya. Mungkin ini caranya, Allah mahu saya menikmati indahnya taubat setelah penat berbuat dosa. Dan mungkin ini caranya, Allah mahu saya merasa gembira, 'ketemu jalan pulang setelah tersesat di hutan belantara'. Allah. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui.

Terjatuh dan bangun. Merangkak-rangkak dalam kegelapan mencari sinar, ternyata bukanlah mudah.

Syukur kerana biar selangit tinggi dosa saya, Allah tidak membiarkan saya terus hanyut dan karam. Alhamdulillah, kerana Allah memberi saya ruang dan peluang untuk kembali bertaubat kepada-Nya. Kerana kasih dan sayang-Nya, rasa rindu dan cinta pada-Nya membuak-buak. Saya ingin bertaubat. Saya mahu mensucikan diri dari segala dosa dan noda.

Saya tidak mahu ke neraka, saya ingin ke syurga. Allah. Bantulah saya!

Merangkak penuh kepayahan. Bangkit dari mimpi silam.

Saya banyakkan membaca, mencari ilmu. Bertanya jika tidak tahu. Saya bergaul dengan sahabat yang lebih baik akhlak, ilmu dan amalannya. Sahabat yang cenderung ke arah keburukan, saya buang terus. Saya menutup ruang dan peluang yang boleh mendedahkan diri
iri kepada dosa dan noda. Saya mahu perbaiki diri, tidak ingin mengulangi dosa-dosa silam.

Jika dulu saya sekadar membaca al-Quran tanpa memahami isi kandungnya, kini saya baca Al-Quran dan maknanya sekali. Maha Suci Allah. Al-Quran ternyata begitu indah, dan sememangnya mukjizat yang paling besar.

Sahabat yang dikasihi Allah. Setiap dari kita tidak lepas dari melakukan dosa dan kesilapan. Namun, janganlah terus menjauhkan diri dari Allah. Ketahuilah, bila selangkah kita mendekati-Nya, semakin dekat Dia menghampiri kita. Begitulah sebaliknya sekiranya kita menjauh dari-Nya.

Bila tersedar dari kesilapan, beristighfar dan mohonlah keampunan dari Allah Swt. Sesungguhnya. Dia maha pengasih lagi maha pengampun. Bersungguh-sungguhlah dalam mencari keampunan dan keredhaan Ilahi.

Ayuh, sama-sama kita muhasabah diri, dan beristighfar. Kita hidup di dunia bukan selama-lamanya. Esok atau lusa, kita pasti mati. Atau mungkin hanya beberapa saat lagi kita diberi keizinan untuk bernafas di muka bumi ini, kita juga tidak tahu. Semoga, kita mempunyai bekalan amalan yang mencukupi, yang dapat menyelamatkan kita dari azab neraka dan menjadi 'tiket' untuk kita masuh ke syurga. InsyaAllah.

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (A-li'Imraan 3:8)