NuKiLaN HaTikU

..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Sunday, October 16, 2011

KITA TIDAK PERNAH BERSEORANGAN

Jika kita merasa kesunyian, berzikirlah atau bersolatlah kerana disitu adalah hubungan utama kita dengan Allah Swt. Hubungan dengan Allah Swt lebih bersifat kerohanian kerana ia adalah berkaitan dengan ruh dan hati.

Tatkala kita merasa sunyi tanpa hubungan dengan manusia, sunyi itu membawa kita lebih mengingati Allah Swt. Barangkali rasa sunyi itu petanda untuk kita lebih tunduk dan khusyuk kepada Allah Swt. Ketika itu, mintalah bantuan Allah Swt, pengampunanNya, RahmatNya, Kasih SayangNya, HidayahNya untuk memenuhi ruang hati kita sehingga kita benar-benar cinta kepada Allah Swt.

"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram".(Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Anda Tidak Pernah Keseorangan!!!

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡہَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيہَا‌ۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬
Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 4)

PADANYA KU MEMOHON KEKUATAN

Assalamualaikum.... "Ssungguhnya pada-NYA ku memohon kekuatan, agar diberi kekuatan dan petunjuk untuk mengharungi semua ini...Terasa ingin menangis, merungkai segala kekusutan yang dirasakan, ingin mencari jawapan untuk persoalan yang belum ada kepastian....

Tapi bagi satu persoalan yang pasti dan ingin ku kejari adalah "syurga" iaitu destinasi terakhir yang ingin ku tuju...Tempat yang kekal abadi di sana nanti.


Tapi....sudah banyak perkataan "Tapi" yang ku ungkapkan....adakah semuanya Tapi...Tapi sahaja....aku sendiri kdang terasa keliru dengan perasaan yang hadir tanpa di duga ini...Subhnallah...Allahuakbar....Pada-NYA ku mohon diberi kekuatan dan petunjuk...

"Salahkah kalau aku tidak bergelar isteri orang pada usia aku 24 tahun ini? Berdosakah aku?" Telah lama aku menyepi, kembali merenung dan muhasabaah diri ini.

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku, ke kanan kemudian ke kiri dan ke kanan sekali lagi.Memikirkan apakah kesudahan jalan cerita ku ini.

"Kalau aku tidak bersalah, jadi mengapa aku dihukum?" Mengapa ada segelintir manusia yang suka menghukum orang dengan sesuka hati mereka sahaja, tanpa mengira perasaan orang lain...Pastinya soalan yang tiada jawapannya.Tegas suaranya menikam hingga ke tangkai jantungku.Menusuk hingga ke kalbu..

Adakah aku dihukum?...persoalan yang masih berlegar-legar dalam kepala otak ku ini...

"Kau dihukum atau kau yang menghukum dirimu sendiri?" Bertalu-talu pula aku menyoal diriku sendiri.. Ah! Barangkali kerana aku masih belum punya jawapan bagi soalan pembuka bicaranya itu.


"Yalah, kau kata kau rasa terhukum. Tapi sebenarnya siapa yang menghukummu? Atau ia cuma tak lebih sekadar perasaanmu saja? Ibarat kau yang menghukum dirimu sendiri.." Aku bersilang kata. Bagai tergigit lidah sendiri. Terbelit dengan butir bicara yang terluncur dari lidahku.

"Kau mungkin tidak mengerti.." Perlahan suaranya hampir tidak kedengaran.
"Jadi, bantu aku agar aku mengerti..." Aku membalas.

"Masa silam yang pernah aku lalui, pengalaman orang sekeliling membuatkan aku selesa dengan hidupku sekarang, bersyukur seadanya dengan apa yang aku ada kini biarpun aku tiada tempat untuk bernaung menumpang kasih sebagai seorang isteri. Aku bahagia dengan hidupku kini tapi mengapa aku sering dipandang serong? Seolah-olah aku ini cacat dan tidak sempurna. Seolah-olah aku seorang pesalah! Apakah benar aku bersalah? Salahkah aku mencuba untuk menjadi manusia yang redha dengan apa yang aku miliki? Syukuri apa yang sedang aku lalui, bahagia dengan cara aku sendiri. Salahkah aku tidak bergelar isteri orang?" Suaranya mendatar. Aku cuba untuk mengerti. Dan bukanlah susah untuk aku mengerti kerana aku dan dia adalah satu.

"Tidakkah mereka tahu, dunia ini cuma sementara? Biarpun aku mungkin tidak sebahagia mereka, tanpa anak tanpa suami tapi setidak-tidaknya aku tahu, aku hidup di dunia ini bukan untuk selama-lamanya. Suatu hari nanti aku juga akan mati dan derita aku ini juga akan berakhir. Berkahwin atau tidak, bukan soalnya yang utama, kerana apa yang lebih utama adalah ganjaran syurga dari Allah. Aku mahu yang itu biar apapun caranya. Aku ingin syurga! Aku bukan Asiah, aku bukan Siti Hajar. Aku mungkin boleh saja jadi isteri derhaka yang dibenci Allah. Dan aku juga tahu, aku bukanlah Maryam. Aku juga mungkin tidak mampu menjaga kesucianku selamanya... "

"Aku percaya Allah lebih mengetahui atas segalanya. Aku tidak harapkan suami yang soleh. Anak-anak yang banyak. Aku hidup bukan untuk itu semata-mata. Aku harapkan syurga Allah. Andai dengan hidup begini, keimanan dan ketakwaanku bertambah, apalah salahnya aku terus hidup begini..."

"Dan seandainya dengan bernikah keimananmu dan ketakwaanmu akan lebih bertambah, itu juga hanya Allah yang tahu, kan?" Aku memintas kata-katanya.

Dia angguk. "Ya.." Sepatah dia menyambung.

"Kau benar, kau tidak bersalah. Memang tiada salahnya belum bergelar isteri orang. Aku tahu itu juga di luar kemampuanmu. Bukan pintamu untuk hidup menyendiri selamanya. Aku mengerti. Dan mungkin bukan niat mereka untuk menghukum kamu, cuma sekadar refleksi atas dasar prihatin." Aku mengulas, kemudian berhenti seketika.

"Prihatin? Maksud kamu apa?" Dia bertanya kepadaku. Aku masih membisu.

"Ya, prihatin dan barangkali simpati. Bukankah fitrah alam setiap sesuatu diciptakan berpasang-pasang. Malam pasangannya siang. Gelap pasangannya terang. Hitam pasangannya putih. Betina pasangannya jantan. Sebagaimana Adam menginginkan Hawa, begitu juga wanita, inginkan lelaki. Kau juga tidak terkecuali." Aku menyambung setelah diam untuk beberapa detik.

"Jadi, aku dihukum kerana aku wanita yang belum ketemu pasangannya? Begitu?" Dia masih kekeliruan. Aku tumpang simpati.

"Bukan dihukum, tapi mereka mungkin berharap agar kamu segera ketemu pasanganmu, agar kamu mendapat sakinah, mawaddah warahmah menerusi pernikahan itu. Allah telah berfirman dalam Surah Ar-Ruum, ayat yang ke-21, yang mana bermaksud, Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir..." Begitu aku menyambung bicara. Kemudian menarik nafasku dalam-dalam lalu menghembuskannya. Bagai berbisik kepada diriku sendiri.

"Usah lagi berfikiran negatif. Jangan difikirkan sangat kata orang. Teruskan hidup dengan ceria. Nikmati segala apa yang kau miliki hari ini dengan sebaik yang mungkin kerana esok kau mungkin bukan lagi kau seperti hari ini, mungkin kau akan bergelar isteri orang dan mungkin juga esok kau akan kembali ke alam barzakh..Senyum, okay?" Aku meneruskan lagi kata-kataku. ...agar terus diberi kekuatan dalam menngharungi hidup ini untuk menuju destinasi ku yang satu iaitu syurga yang kekal abadi.......

Thursday, September 22, 2011

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI

Assalamualaikum....

Sudah lama rasanya tiada kesempatan untuk mengupdate blog yang lama sudah di tinggalkan....Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dgn nikmat kesihatan yang telah dikurniakan kepada diriku...Walaupun sekarang sedang mengalami demam yang sudah seminggu berlanjutan...


Benarlah Firman Allah, sesudah kesulitan ada kemudahan. Akhirnya, barulah saya tahu dan yakin, tiada apa yang diciptakan-Nya sia-sia. Segalanya pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya, cuma bergantung kepada diri ini untuk bagaimana menilainya.

Saya hari ini adalah kerana apa yang telah saya lalui pada hari-hari semalam. Jika bukan kerana apa yang telah saya tempuhi, saya mungkin bukanlah saya seperti hari ini. Pengalaman yang mendewasakan saya. Biarpun sudah banyak harga yang telah dibayar demi erti sebuah kedewasaan, saya akur dan terimanya sebagai suratan hidup saya, yang tak perlu saya sesali. Segalanya adalah takdir Ilahi. Terjadi dengan keizinan-Nya semata-mata.

Tiada guna saya tangisi. Semuanya anugerah dari Ilahi. Mungkin waktu itu ianya perit untuk saya hadapi, tapi esok bagaimana, hanya Allah yang Maha Tahu. Dan Alhamdulillah, saya masih lagi yakin dan percaya pada janji-janji Allah. Setiap kebaikan pasti dibalas dengan lebih banyak kebaikan dari-Nya. InsyaAllah, saya akan terus bertahan, berbuat lebih banyak kebaikan. Mudah-mudahan, kebaikan itu mampu menghapus kejahatan yang pernah saya lakukan sebelum ini. Moga-moga, kebaikan itu bisa menempah suatu tempat di syurga buat saya kelak. Amin ya
rabb.


Moga diri ini mencontohi Asiah, menolak istana di dunia demi mengejar istana di akhirat.

Moga diri ini mencontohi Khadijah, mencintai dan dicintai manusia yang dicintai Allah.

Moga diri ini mencontohi Maryam, menjaga kesucian hingga ke negeri abadi.

Moga diri ini mencontohi Fatimah, sentiasa cukup dengan apa yang dimiliki.


Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.

Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.




Sunday, September 4, 2011

JIKA DI BERI PILIHAN

ASSALAMUALAIKUM wrbth wabarakatuh.....

Kehidupan boleh diibaratkan sebagai roda, sekejap kita akan berada di atas kemuncak, sekejap saja bila roda berputar kita mungkin akan berada di bawah...
Jika di mahkamah dunia salah dan silap seseorang tu akan ditentukan oleh seorang Hakim yang akan mengadili sebuah perbicaraan, serta akan di sokong oleh hujah-hujah yang akan dikemukakan 0leh peguam utk mengukuhkan fakta sama ada untuk menentukan yang menuduh atau yang di tuduh bersalah atau tidak....itulah pancaroba kehidupan di mahkamah dunia....

Bagaimana kehidupan kita semua di dunia yang satu lagi, di mana Allah yang akan menjadi AL-HAKIM, yang akan mengadili kehidupan kita semasa hidup di duni..Pada saat ini , jika kita sebagai hambaNYA diberi pilihan...Sudh tentu ramai yang meminta utk kembali ke dunia, ingin memperbetulkan segala salah dan silap, mungkin ada yang memninta utk kemmbali ke dunia untuk kembali beriman utk mengerjakan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang...
Sebgai hambaNYa kita perlu sentiasa mengakui bahawa kita bukan lah hamba yang ssempurna, masih banyak kekurangan yang perlu kita perbaiki..Dalam hati ini tiada siapa yang mengerti, apa yang kita rasakan hanya Allah Yang Maha Mengetahui semua ini..Hati ini milik Allah dan hanya PadaNya lah aku berserh diri, menghrapkan yang terbaik buat diri ku ini...

Kita Ada Kelemahan. Setiap daripada kita, atau mungkin kita semua tentunya punyai kekurangan dan kelemahan masing-masing. Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi

'Nobody is perfect!'
Namun harus sentiasa sematkan di dalam jiwa, kekurangan itu bukanlah segala-galanya yang menjadi penyebab gagalnya segala impian dan cita-cita kita. Janganlah kelemahan dan ketidaksempurnaan yang ada pada diri kita, menjadi alasan untuk kita tidak mencapai kejayaan. Janganlah kerana kecacatan itu, kita mudah berputus asa dan cepat mengaku kalah. Janganlah kerana kekurangan kita itu, kita selalu mengeluh dan merungut, menjadi malas untuk berusaha. Naauzubillahiminzalik.

Ingat jangan lupa, firman Allah dalam Surah At-Tiin, ayat 4 yang bermaksud; Aku berlindung dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."

[Surah At-Tiin : Ayat 4] Oleh yang demikian, tanganilah kelemahan yang ada pada diri kita sebaik yang mungkin. Cubalah untuk menutup dan mengatasi kelemahan kita itu dengan kekuatan dan kelebihan lain yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Dan jadikan ketidaksempurnaan kita itu sebagai pembakar semangat, pemangkin untuk kita berusaha lebih gigih, agar kita setanding atau lebih baik daripada insan-insan lain. InsyaAllah.

Try to take it easy. Bukan bererti kita lari dari masalah atau bersikap tidak ambil peduli, cuma, kita harus mengurangkan tekanan dalam jiwa dan minda kita, mengalih sedikit perhatian dan pandangan agar tidak terlalu fokus kepada kekurangan tersebut, cuba untuk sentiasa berlapang dada dan berfikiran positif serta optimis.

You are what you think. Jika kita menganggap dan mentafsirkannya sebagai masalah besar yang sangat serius, maka besarlah ia. Sebaliknya, jika kita menerimanya sebagai ujian kecil yang mampu kita atasi sebagaimana firman Allah, bahawa Dia memberi dugaan kepada hamba-Nya yang mampu memikulnya, insyaAllah, kita mampu menanganinya dengan baik, dengan izin Alah. Accept your weakness. Belajar untuk terima kekurangan dan ketidaksempurnaan dengan redha dan hati terbuka.

Yakinlah bahawa Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Percayalah bahawa setiap apa yang dicipta oleh-Nya, tentu ada hikmah dan ibrah yang tersembunyi. Mungkin pada kita ianya buruk tapi mungkin juga, itulah yang terbaik buat kita.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud..
"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

"
Saya sendiri, adakalanya tertekan dengan beberapa sifat negatif yang ada dalam diri saya, yang tidak mampu saya atasi biarpun usaha telah saya lakukan. Namun akhirnya saya sedar dan akur, ia menjadi negatif kerana saya yang menerimanya sebagai negatif, lalu saya cuba belajar untuk redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Semampu saya.

Mari kita cuba! Tafsirkannya sebagai positif, umpamanya; Saya berbeza daripada orang lain kerana saya memang diciptakan unik! Saya bukan cacat tapi saya sebenarnya istimewa! Saya tidak bodoh cuma insan terpilih untuk berusaha lebih gigih! Mari mencuba! Cubalah! Worry ends when faith begin. Trust me.. And more than that, trust Allah. I believe that we can do it, with Allah wills. All the best and till we meet again.

Wassalam.

Sunday, August 21, 2011

KELEBIHAN RAMADHAN

Assalamualaikum, sudah lama rasanya tidak mencoretkan seuatu dalam laman blog yang kian bersawang...kekangan masa menyebabkan kadang-kadang tiada ruang kosong yang perlu di isi... Sempena 10 Ramdhan yang kian berakhir ini, marilah sama-sama kita manfaaatkan untuk terus mencari keredhaan ilahi...insyAllah....

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.


Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.


1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukum, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.


2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.


3. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.


4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.


Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.

Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.


Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.


Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:

Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya

.

Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:


Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.

Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

JOm. Sementara masih ada ruang dan peluang, ayuh kita manfaatkan sebaik yang mungkin untuk mengumpul pahala, bekalan menuju hari mati. Mohonlah keampunan dari Allah dengan bersungguh-sungguh agar sucilah kita dari segala dosa sebaik sahaja Syawal menjelma kelak. Agar kita dapat meraikan kemenangan yang sebenar-benarnya pada tanggal 1 Syawal. Jadikan Ramadhan sebagai bulan Tarbiyah, untuk mendidik diri kita muslimin dan muslimah yang sejati, yang soleh. Jadikan Ramadhan sebagai batu loncatan untuk kita berhijrah menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Jadikan Ramadhan sebagai pemangkin untuk menambahkan lagi kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya, juga kepada Al-Quran yang disampaikan oleh Kekasih Allah swt.

Ayuh! Jangan jadikan Ramadhan sekadar bulan puasa, kerana hakikatnya, ia lebih dari apa yang kita tahu. Peringatan ini juga untuk diri saya sendiri. Mohon doa dari sahabat sekalian. Jom kita berlumba lumba melakukan kebaikan, jom!

Wassalam.




Thursday, July 28, 2011

KENALI PERIBADI MELALUI TULISAN

Rahsia Melalui tulisan Dr. Mohd Fadzilah Kamsah...

Tekanan

1) tekanan Yang kuat
-seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya hingga berbekas di bahagian belakang kertas adalah digambarkan sebagai seorang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.





2) tekanan yang ringan
- seseorang yang menulis dengan lembut dan tidak berbekas digambarkan sebagai seorang yang kurang bertenaga, kurang sihat, dan mudah diserang penyakit.


Bentuk Tulisan


1) tulisan yang bulat- bulat
- semua huruf ditulis dengan bulat digambarkan sebg seorang yg emosional, prihatin, pengasih, penyayang, kepekaan tinggi dan banyak menggunakan otak sebelah kanan ( otak kreatif).

2) tulisan yang tajam atau leper
- tulisan yang angular dan sharp- gambaran sbg seorang yang rasional, bekerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak menggunakan otak sebelah kiri ( otak logik)

Kecondongan

1)
tulisan condong ke kanan adalah seoarang yg extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain,peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah mempamerkan kasih sayang, berani dan bersifat pemurah.

2) condong ke kiri- seorang yang introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, x suka berubah, amat setia pada kekasih, keluarga, organisasi, dan negara tapi tak suka bercampur dengan orang.

3) tegak- seorang yang sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tapi tak mencari kawan sebaliknya kawan yang cari dia, tak suka gaduh- gaduh, suka ambil jalan tangah dan jadi orang tengah.

4) tulisan yang campur- campur ada tegak, condong ke kiri atau kanan- seorang yang emosi x tetap macam remaja yang belum cukup umur atau perangai macam orang perempuan yang datang bulan.

Kerapatan

1)
tulisan yang jarang- jarang- seorang yang tidak suka bercampur dengan orang lain, kurang mesra dan sedikit boros.

2) rapat- rapat- seorang yang suka bercampur dengan orang lain, amat bergantung kepada orang lain, seorang yang jimat dan kedekut.

pada huruf J, G, Y, Z

1)
jika huruf di atas ada ekor dan ditulis dengan besar, panjang dan sempurna
- menunjukkan tahap emosi yang di pamer adalah jelas, pengasih dan penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, suka mempamerkan tahap kerajinan.

2) bila ditulis dengan kecil dan tidak sempurna.
- menggambarkan seorang yang tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalm diri.

Pada palang huruf kecil (t)

-Kalau palang kecil huruf (t) tinggi- menunjukkan tahap aspirasinya tinggi.

-kalu rendah- mudah berpuas hati, cita- cita rendah.

-
tengah- tengah-= usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.

Rumusanya...

Tulisan mencerminkan peribadi seseorang...kita mampu mengubah perangai kita jika kita berusaha untuk mengubah bentuk tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti, kita dengan sengaja,atau pun secara tak sengaja..supaya kita cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat...InsyAllah...segala yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita sendiri sbg hambanya yang khilaf...

Jadikan yang tebal itu IMAN, yang nipis itu lidah, yang tajam itu AKAl, yang lembut itu HATI, Yang ringan itu sOLAT, Yang halus itu Suara, YAng Luas itu Ilmu, yang manis itu Senyuman...

SELAMAT DATANG RAMADHAN
















Assalamualaikum....bertemu kembali selepas seharian bercuti.....

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dan manikmati udara yang segar di bumi yang Maha luas ini...Syukur Alhamdulillah...Moga aku diberi kekuatan untuk mengharungi segala liku-liku kehidupan ini, juga memohon agar ayah aku cepat sembuh...insyAllah...

Hanya tinggal beberapa hari ja lagi untuk menyambut ramadhan, alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana kita masih lagi diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk bertemu lagi dengan ramadhan pada kali ini. - bulan pertarbiyahan dan penyucian jiwa bagi semua umat islam..merupakan satu bulan yang di nanti- natikan kemunculanya bagi setiap mukmin yang beriman...so, apa khabar dengan iman kita hari ini..renung- renungkanlah... ..

moga2 ramadhan yang hadir pada kali ini dapat memberikan kita peluang untuk merenung semula perjalanan hidup sebagai hamba Allah dan khalifah Allah di muka bumi ini - samada kita insan yang bersyukur dengan segala apa yang telah dikurniakan olehNYA atau menjadi seorang hamba Allah yang selalu lupa dan lalai kepada tuntutan dan tanggungjawab sbg seorang muslim.. ..sesungguhnya lautan ibadah itu tersergam luas dan indah untuk diterokai.

bak kata syeikhul Islam, Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah apabila mengulas makna ibadah: “Setiap istilah yang menyeluruh, terkait setiap yang dicintai Allah dan diredhaiNya, baik bentuk ucapan, perbuatan, yang nyata atau yang tersembunyi...”

..Ambillah ruang yang masih ada dalam hidup kita ini untuk memperbaiki diri dengan amalan yang baik, konsep hidup yang lebih positif, memperkuatkan tekad, azam, semangat dan usaha agar segala aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan kita ini baik semasa menuntut ilmu, bekerja, bersosial atau seumpamanya tergolong dalam amal ibadah yang diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T..

Moga pertemuan dengan ramadhan pada kali ini akan membuka jalan ke arah keampunan dan keredhaan Allah.., menjadikan kita seorang hamba yang lebih tawaduk, membuka pintu kefahaman yang lebih dalam tentang erti kehambaan kepada Allah Yang Maha Esa.. ...marilah kita membina hati yang tenang dan hidup yang aman dengan iman dan taqwa.. :) Tepuk dada tanya la iman...

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah [2] : 183)

kepada suma sahabt2 yang dikasihi selamat menyambut ramadhan yang akan tiba, moga kita semua mendapat syafaat dan keberkatan di bulan yang mulia ini....salam Ramadhan buat semua jika ada salah dan silap maaf di pinta...