ASSALAMUALAIKUM wrbth wabarakatuh.....
Kehidupan boleh diibaratkan sebagai roda, sekejap kita akan berada di atas kemuncak, sekejap saja bila roda berputar kita mungkin akan berada di bawah... Jika di mahkamah dunia salah dan silap seseorang tu akan ditentukan oleh seorang Hakim yang akan mengadili sebuah perbicaraan, serta akan di sokong oleh hujah-hujah yang akan dikemukakan 0leh peguam utk mengukuhkan fakta sama ada untuk menentukan yang menuduh atau yang di tuduh bersalah atau tidak....itulah pancaroba kehidupan di mahkamah dunia....
Bagaimana kehidupan kita semua di dunia yang satu lagi, di mana Allah yang akan menjadi AL-HAKIM, yang akan mengadili kehidupan kita semasa hidup di duni..Pada saat ini , jika kita sebagai hambaNYA diberi pilihan...Sudh tentu ramai yang meminta utk kembali ke dunia, ingin memperbetulkan segala salah dan silap, mungkin ada yang memninta utk kemmbali ke dunia untuk kembali beriman utk mengerjakan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang... Sebgai hambaNYa kita perlu sentiasa mengakui bahawa kita bukan lah hamba yang ssempurna, masih banyak kekurangan yang perlu kita perbaiki..Dalam hati ini tiada siapa yang mengerti, apa yang kita rasakan hanya Allah Yang Maha Mengetahui semua ini..Hati ini milik Allah dan hanya PadaNya lah aku berserh diri, menghrapkan yang terbaik buat diri ku ini...
Kita Ada Kelemahan. Setiap daripada kita, atau mungkin kita semua tentunya punyai kekurangan dan kelemahan masing-masing. Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi
'Nobody is perfect!' Namun harus sentiasa sematkan di dalam jiwa, kekurangan itu bukanlah segala-galanya yang menjadi penyebab gagalnya segala impian dan cita-cita kita. Janganlah kelemahan dan ketidaksempurnaan yang ada pada diri kita, menjadi alasan untuk kita tidak mencapai kejayaan. Janganlah kerana kecacatan itu, kita mudah berputus asa dan cepat mengaku kalah. Janganlah kerana kekurangan kita itu, kita selalu mengeluh dan merungut, menjadi malas untuk berusaha. Naauzubillahiminzalik.
Ingat jangan lupa, firman Allah dalam Surah At-Tiin, ayat 4 yang bermaksud; Aku berlindung dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
Try to take it easy. Bukan bererti kita lari dari masalah atau bersikap tidak ambil peduli, cuma, kita harus mengurangkan tekanan dalam jiwa dan minda kita, mengalih sedikit perhatian dan pandangan agar tidak terlalu fokus kepada kekurangan tersebut, cuba untuk sentiasa berlapang dada dan berfikiran positif serta optimis.
You are what you think. Jika kita menganggap dan mentafsirkannya sebagai masalah besar yang sangat serius, maka besarlah ia. Sebaliknya, jika kita menerimanya sebagai ujian kecil yang mampu kita atasi sebagaimana firman Allah, bahawa Dia memberi dugaan kepada hamba-Nya yang mampu memikulnya, insyaAllah, kita mampu menanganinya dengan baik, dengan izin Alah. Accept your weakness. Belajar untuk terima kekurangan dan ketidaksempurnaan dengan redha dan hati terbuka.
Yakinlah bahawa Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Percayalah bahawa setiap apa yang dicipta oleh-Nya, tentu ada hikmah dan ibrah yang tersembunyi. Mungkin pada kita ianya buruk tapi mungkin juga, itulah yang terbaik buat kita.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud.. "... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
" Saya sendiri, adakalanya tertekan dengan beberapa sifat negatif yang ada dalam diri saya, yang tidak mampu saya atasi biarpun usaha telah saya lakukan. Namun akhirnya saya sedar dan akur, ia menjadi negatif kerana saya yang menerimanya sebagai negatif, lalu saya cuba belajar untuk redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Semampu saya.
Mari kita cuba! Tafsirkannya sebagai positif, umpamanya; Saya berbeza daripada orang lain kerana saya memang diciptakan unik! Saya bukan cacat tapi saya sebenarnya istimewa! Saya tidak bodoh cuma insan terpilih untuk berusaha lebih gigih! Mari mencuba! Cubalah! Worry ends when faith begin. Trust me.. And more than that, trust Allah. I believe that we can do it, with Allah wills. All the best and till we meet again.
Wassalam.

0 comments:
Post a Comment