..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Showing posts with label Islamik. Show all posts
Showing posts with label Islamik. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

ASK YOURSELF VS LELAKI IDAMAN






LELAKI IDAMANKU UTK MENUJU KEBAHAGIAAN DI DUNIA N AKHIRAT


Lelaki idamanku adalah seorang lelaki yang beriman Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah


Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam


Yang sentiasa haus dengan ilmu Yang sentiasa dahaga akan pahala


Yang solatnya adalah maruah dirinya


Yang tidak pernah takut untuk berkata benar


Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu


Yang sentiasa bersama kumpulan orang2 yang berjuang dijalan Allah Lelaki idamanku adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya


Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya


Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya Yang sentiasa berbuat kebajkan kerana sifatnya yang penyayang


Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang Lelaki idamanku adalah lelaki yang menghormati ibunya


Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga


Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga


Yang akan mendidik isteri dan anak2 mendalami Islam


Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat Lelaki idamanku tidak pernah membazirkan masa Matanya kepenatan kerana penat membaca


Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir


Tidurnya lena dengan cahaya keimanan Bangunnya subuh penuh kecergasan Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki idamanku sentiasa mengingati mati


Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat


Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik


Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idamanku adalah lelaki Yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan Syurga Di situlah rumah idamannya Dan dia ingin membawa ku bersama


Dialah lelaki idaman ku…..


semuanya 'Yang'...But ask Yourself..apa yang ada dengan diri kita..kadang-kadang kita inginkan yang terbaik, sedangkan diri kita sendiri adakah sudah menadi yang terbaik...renung-renungkanlah...


kita selalu meninginkan orang lain ,enjadi terbaik pada pandangan mata kita sendiri, tapi adakah diri kita sudah yang terbaik...sebelum kita menghukum seseorang, kita perlu lihat dan cermin diri sendiri dahulu....


ASK YOURSELF THEN YOU CAN ASK ANYBODY...


ASK YOURSELF (ADA APA DENGAN DIRI KITA)


TIAP2 HARI KITA TANYA DIRI..............
ADA APA DENGAN DIRI................. ADA APA DENGAN DIRI YA?????


TAPI DIRI SLALU JAWAB CARILAH SENDIRI...........


TIAP2 HARI KAKI INI MELANGKAH...DAN TERUS MELANGKAH....
MELANGKAH MENUJU KE SUATU DESTINASI.....

DAH JAUH DAN PENAT KAKI INI MELANGKAH.......

TAPI MASIH LAGI GAGAL TANYA "ADA APA DGN DIRI"????...

TIAP2 HARI ATAU KADANG2 DIRI BUAT DOSA......
AMAL USAH DITANYA...ENTAH SEJAUH MANA YANG DIRI KITA LAKUKAN...


TAPI SERING KATA PADA DIRI SENDIRI.... APAKAH HIKMAH PERBUATAN KU INI...


TAPI DIRI SERING BERKATA DAN MEMBISIKKAN KATA2...
BERSABAR LAH... ITU ADALAH UJIAN-NYA DAN MESTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA...


TAPI KADANG- KADANG AIR MATA JATUH MEMBASAHI PIPI INI........
ENTAH KENAPA SENYUMAN MANIS MASIH BOLEH TERUKIR WALAUPUN DIRI KITA KETIKA ITU SEDANG BERSEDIH...........PELIK...PELIK KAN.....

BILA SEDIH JE....
DIRI KITA AKAN DUDUK DIAM SAJA..... DIRI INI SERING PENDAM SEGALA SEDIH DI HATI....

PENDAM PUNYA LA PENDAM AKHIRNYA.... AIR MATA JATUH MEMBASAHI BUMI....


KADANG- KADANG GELAK TAWA MENGHIASI HARI- HARI KITA........

NAMUN, MASIH TIDAK DAPAT MENUTUP SEGALA SEDIH DI HATI.......
ENTAH APA2 JA KAN.....


KETAWA PUNYA LA KETAWA AKHIRNYA MEMBUATKAN......... DIRI JADI HEPI!!!
ADA APA DGN DIRI?
DLM DIRI ADA DIRI KITA SENDIRI...


YG SELALU TEMANI KITA , TIKA KITA SUNYI...

YG SELALU TEMANI KITA, TIME KITA TAKOTTTT....

YG SELALU BRSAMA KITA, WALAU SUSAH DAN SENANG...

ADA APA DGN DIRI....
DIRI ITU ADALAH DIRI KITA SENDIRI......

SO, SETIAP APA YANG TERJADI KEATAS DIRI KITA, KITA SENDIRI LAH YANG MENCORAKKANNYA....


FIKIR DAN RENUNGLAH SENDIRI, DI MANA "DIRI" KITA SEKARANG...


Tuesday, August 24, 2010

RAMADHAN



Makin lama blog ini tidak ter-update, makin terserlah kekalutan dan keserabutan dalam kepala saya. Allahu. Sungguh aku malu dengan diri sendiri, malu dengan-Mu Tuhan, baru sedikit cubaan mendatang, betapa terjejasnya diri ini hanya Engkau yang Maha Tahu....

Apapun, hidup harus diteruskan. Penuh makna dan penuh kesyukuran. Alhamdulillah kerana tahun ini kita sekali lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk menikmati bulan yang penuh keberkatan, yakni Ramadhan al-Mubarak. Datang setahun sekali, cuma 30 hari kemudian berlalu pergi meninggalkan kita. Tahun hadapan belum tentu lagi kita dapat bersua dengannya. Mungkin kita sudah meninggalkan bumi ini, atau mungkin juga bumi ini yang telah musnah. Sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui segalanya. Apa yang ada di langit dan di bumi. Semuanya dalam kekuasaan-Nya...

Syukur ke hadrat ilahi aku hidup lagi untuk menikmati bulan yang penuh barakah ini...Alhamdulillah...

Tertunduk malu, merenung diri sendiri. Apakah layak diri ini menjadi ummat Muhammad saw? Mulia pekertinya, kesabaran dan ketabahannya. Kekuatan dan keyakinannya. Keimanan dan ketakwaannya. Kerendahan diri dan keluhuran budinya. Segalanya, ternyata diri ini masih punyai banyak kekurangan.

Baginda pernah dibaling batu dan dihalau namun baginda memaafkan dan menghadiahkan doa. Baginda pernah dicaci dan dikatakan gila oleh sang buta namun baginda menyuapkan makanan ke mulut sang buta itu. Baginda dicaci maki namun bagindalah orang pertama yang menziarah apabila si pemaki jatuh sakit. Allahu Akbar.

Apakah diri ku ini mampu mencontohi baginda? Aku ingin namun sungguh diri ini masih punyai banyak belenggu. Menjerut leher mengikat kaki ini. Bagai meniti bara merah.

Harapan saya, moga dengan kehadiran Ramadhan ini, saya dan kita semua, dapat memperbaiki diri, pertingkatkan amalan. Semoga dosa-dosa kita terampun dan semoga kita benar-benar menghayati bulan yang mulia ini penuh rasa syukur.

Ramadhan menziarah cuma sekejap, mari kita hargai ia sebaik yang mungkin.Hidup harus diteruskan. Semoga hari-hari mendatang, lebih baik dari sebelumnya.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini....moga membawa seribu rahmat..InsyAllah...Aminnnn

Thursday, August 12, 2010

Ahlan Ya Ramadhan






Rebutlah peluang jangan jadi orang yang Rugi...Mungkin Ramadhan ini yang terakhir buat kita semua....kita tidak mengetahui..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui....

Fikir dan tentukanlah di manakah kedudukan puasa kita???

1) Puasa Umum


menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahawat.

2) Puasa Khusus


menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa..


3) Puasa Khusus al-khusus


Menahan hati daripada keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total...


oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin...




Atau adakah kita berpuasa hanya sekadar untuk mendapat lapar dan dahaga semata-mata...

Wednesday, August 4, 2010

Selamat Semuanya



Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ilahi..Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar..insyAllah mudah-mudahan...

Sesungguhnya perjalanan hidup aku baru saja bermula...ini adalah permulaananya...destinasi aku masih lagi jauh...Aku juga tidak tahu ke mana arah destinasiku selepas ini...Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan perjalanan hidupku...insyAllah...

Perjalanan ku masih jauh.. pencarian ku juga masih belum jelas.. destinasi yang ku ingin ku tuju juga masih kabur.. Arah mana yang harus di tuju? Aku akan terus berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa..Aku akan lakukan yang ternbaik untuk diri ku sendiri, keluarga dan seluruh umat Islam khususnya..insyAllah...

Sesungguhnya, hanya Engkau yang dapat membantu diriku ini.. Bantulah aku ya Allah ....

Allah berfirman di dalam Surah An-Nahl:

Bismillahirrahmanirrahim...

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [125]

Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. [126]

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. [127]

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. [128]

Selawat dan salam buat Nabi junjungan, Muhammad saw. Terimalah kami sebagai ummatmu, berikanlah kami syafaatmu, wahai kekasih Allah.

Thursday, July 29, 2010

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT



Assalamualaikum dan salam sejahtera, moga kehidupan kita hari ini lebih baik daripada hari semalam...moga iman kita makin bertambah..insyAllah...

Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan Allah SWT, Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hingga kita dewasa..Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan dan iman yang Allah kurniakan kepada kita sebagai hamba-NYA..Kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat..

Lantaran ianya telah menjadi sesuatu yang lumrah dalam kehidupan kita, kadang-kala kita tidak perasan dan menghiraukannya..Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan Allah SWT kepada kita..Bgitulah perangai kita yang tak ubah seperti "Kacang Lupakan kulit".

Seusp nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah SWT. Tanpa kurniaan ini, kita tidak mungkin dapat mengunyaj makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita..Selagi kita hidup di muka bumi ini kita tidak akan sunyi daripada menerima kurniaan ini...

Begitulah Allah maha penyanyang terhadap hamba-NYA...Allah yang bersifat Ar-Rahman. Allah menganugerahkan kurniaan-Nya kepada semua makhluk , sama ada yang taat kepada-NYA atau yang sebaliknya...Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini..Tapi Allah masih sayang kepada hamba-hambaNYA meskipun masih ramai yang tidak mahu bersyukur atas nikmat-nikmat itu..Sebanyak 31 kali dalam Al-Quran, Allah mengulangi ayat tersebut sebagai amaran dan peringatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmat-NYA..

Surah Ar-Rahman: "Yang mana satu nikmat Tuhan yang kamu dustakan?"...

Sebagai majhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikamt tersebut..Kesyukuran bukanlah semata-mata dengan mengucapkan 'Alhamdulillah". Ianya mesti dik\buktikan dengan tindakan berdasarkanprinsip 'amal makruh, nahi mungkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ia mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan...

Malangnya hari ini terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan Allah. Ramai yang tidak mendirikan solat melakukan segala suruhan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang ingkar dan menentang suruhanNYA dengan ,melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai manusia ramai di antara manusia yang tidak bersyukur seperti dalam Firman-NYa: "Sangat sedikit daripada hamba-hambaku yang bersyukur"...

Sebagai menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih kita kepada Allah, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepda Allah dengan segala bentuk ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat..Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hamba-Nya yang bersyukur...

Wasiat Imam Muslim:
" Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara manusia yang tidak bersyukur, seperti dalam firman-NYa: "sangat sedikit daripada Hamba-hamba-KU yang bersyukur".....

Dengan lafaz bismillah. Moga Allah kurniakan yang terbaik buat kita, bukan hanya untuk di dunia, tapi juga di akhirat, insyaAllah.

Wallahua'alam.


Wednesday, July 28, 2010

MENGENALI BULAN SYAABAN



ASSALAMUALAIKUM WRB...

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.
Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.

3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih-sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.

ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan Puasa Sunat Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud: Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban.

Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban.

(Riwayat Nasaie).Melazimi Berzikir dan Berdoa Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Doa merupakan otak kepada ibadat.(Riwayat al-Tirmizi).Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar sebagaimana dalam Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.(Surah an-Nur: Ayat 31).

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat al-Baihaqi).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm: Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban. Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.
MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.Beliau berkata lagi:Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar.

Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu.

Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama.

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut.Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. Ya Allah berkatilah kami di bulan Sya'ban, dan pertemukanlah kami dengan Ramadhan...InsyaAllah.


ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN




ASSALAMUALAIKUM W.R.W

Orang yang beramal tidak berpandukan ilmu pengetahuan, maka amalannya akan tertolak. Sebabnya Ilmu adalah petunjuk bagi kita. Oleh itu kita perlu tahu tentang sesuatu ilmu itu untuk kita mengetahui mana arah tujuan kepada sesuatu matlamat yang ingin di tuju..Sekiranya kita tidak ada ilmu, walaupun ada usaha untuk kita maju ke depan, kita tidak akan nampak jalan, seumpama orang meredah hutan belukar sahaja..Akhirnya matlamat atau tujuan kita tidak akan tercapai..Kita akan tersesat jalan walaupun pada hakikat niatnya baik..

Sebaliknya pula, bagi orang yang berilmu tetapi tidak beramal, dia akan masuk dulu ke dalam neraka daripada penyembah-penyembah berhala yang kekal di sana tetapi orang tidak berilmu tidak kekal...

Oleh yang demikian, jika kita hendak beramal, maka terpaksalah kita mencari pengetahuan. Setelah kita ada ilmu Pengetahuan, hendaklah kita berazam mencari dan mnegamalkan ilmu itu..Jika kita sudah berusaha mengamalkan ilmu itu sungguh-sungguh walaupun terpaksa menghadapi kesusahan dan amalan kita itu hendaklah di buat secara istiqamah atau secara tetap dan terus menerus..Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baik amal itu ialah amal yang sentiasa di buat walaupun sedikit".

Amal yang tetap dan berterusan (istiqamah) itu adalah lebih baik walaupun sedikit. Ianya adalah sebaik-baik amal yang banyak tetapi di buat sekali-kala. Kadang-kadang buat dan kadang-kadang tidak. ianya tidak akan membawa apa-apa pengertian, iaitu ibarat air yang menitis setitik demi setitik di atas batu dengan berterusan hingga bertahun-tahun, Btau itu nanti akan menjadi lekuk...Sebaliknya kalau datang datang hujan yang lebat hingga berlaku banjir hingga melanda pokok-pokok dan rumah-rumah tetapi melanda sekali saja...Kemudian ia tidak akan memberi apa2 kesan kerana selepas itu akan berlaku kemarau yang bertahun-tahun. Batu itu tidak mungkin akan menjadi lekuk...

Dalam melakukan amal ini tidak boleh berlandaskan dorongan dan semangat semata-mata. Umpamanya kita mendengar orang menceritakan fadhilat membaca Al-Quran. Ini bukan Istiqamah namanya. Sepatutnya mulalah secara beransur-ansur. Umpamanya dua baris dalam satu hari kemudian semakin bertambah dan seterusnya...Disamping buat hari-hari itu, disamping kita mengetahui ilmu yang terkandung dalam kalam itu, barulah ada usaha kita menambahkan amalan tersebut..Apabila dalam diri kita ada unsur-unsur amal itu, maka lama kelamaan ia akan menjadi Istiqamah.....

Bersama-sama kita Istiqamah dalm bulan Syaaban, disamping akan menjelangnya bulan Ramadhan untu mendapat keberkatan dari Allah SWT...insyAllah...

Sesungguhnya Allah telah membuatkan hati yang muram menjadi tenang, yang suram bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Bila kesunyian melanda, hati dan fikiran kita janganlah terus dibiarkan terus suram dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah ingin menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita hanyalah untuk menguji sedalam mana cinta kita kepada-Nya....

Jika kita hari ini tidak bertambah baik daripada hari semalam, ternyata kita adalah orang yang rugi. Mungkin kita tak mampu untuk mencapai kesempurnaan sepenuhnya, tapi , kita seharusnya berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya..insyAllah...

Monday, July 26, 2010

RENUNGAN BERSAMA

KALO LA ADA ORG TERBACA APA YG AKU POS NI MARILAH SMA2 KITA INSAF DAN SEDARI...MOGA KITA SEMI=UA SBG UMAT ISLAM DAPAT MANINGKATKAN LAGI MARUAH UMAT ISLAM DI MATA DUNIA...I LOVE ISLAM....MOGA INI SEMUA DPT MNJADI RENUNGAN KITA BERSAMA DAN ILMU YG KITA PEROLEH INI DPT DIPRAKTIKKAN UTK MEMBENTUK GENERASI ISLAM YANG AKAN DATANG....

PEMBERITAHUAN: ARTIKEL INI SY AMBIL DARI SEBUAH LAMAN WEB DAN TUJUAN SY POS DI BLOG SAYA NI ADLH DGN NIAT UTK MENYEBARKAN PADA RAKAN2 SEAGAMA YG MEMBACA, MOGA KITA SEMUA DIRAHMATI DAN DILIMPAHI KEREDHAAN DARI ALLAH S.W.T..AMINNNN

Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.


Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah.... (tekalah sendiri..!)

Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.


Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.

Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.


Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.


Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikuti generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh (firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.



Lumrah Kehidupan

Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik perhatian di antara lelaki dan wanita. Dan untuk itu, Allah juga yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan, agar di antara mereka tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian, ramai juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka tertunduk malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan. Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah Taala.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku. Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu.

Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain.

Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya. Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah.

Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum. "Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus. Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang.

Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga. Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk ditepi jalan agar menjaga hak-hak jalan, iaitu menjaga pandangan, tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry).

Ini bermakna, setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat. Tercatit dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi.

Allah lalu menurunkan firman Nya : "Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim : 1) Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh kerana itu, wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan.

Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina kebahagiaan, maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : "Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya." (Riwayat Tirmizi). Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash, bahawa Rasulullah bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)