
Wednesday, July 28, 2010
MENGENALI BULAN SYAABAN

Posted by NuR Iema Khalija at 11:42 AM 0 comments
Monday, July 26, 2010
WHAT PEOPLE SAY ABOUT 'HISTORY'


Apatah lagi di dalam sistem pendidikan kita yang banyak dipengaruhi oleh orientasi peperiksaan, sejarah diolah dan dianalisis dengan cara yang amat sepi daripada unsur-unsur yang boleh mencelikkan mata.Al-Quran yang progresif, berdaya maju, serta menjadi pendorong kejayaan, mengemukakan aspek sejarah sebagai tubuh badannya yang utama. Selain ayat-ayat yang berkaitan dengan akidah kepercayaan, hukum amali dan akhlak diri, al-Quran juga membentangkan persoalan sejarah di sebahagian besar lembarannya.
Di sini, dengan kata lain, al-Quran telah memberikan satu definisi yang istimewa kepada sejarah. Kedudukan sejarah tinggi di mata al-Quran kerana ia adalah wasilah untuk manusia mendengar bicara Allah tentang peraturan serta hukum-hukumnya yang terlaksana ke atas setiap kejadian dan kehidupan alam inI.Walaupun zaman silih berganti menyusul, bicara itu tetap sama, sekelian alam perlu tetap tersusun atur mengikut ketetapan Allah.Maka amat malang jika umat Islam yang sinonim dengan sejarah itu mengabaikannya.
Mentaliti terpilih amat jarang diperuntukkan untuk mendalami sejarah. Fakulti-fakulti sejarah di menara gading juga kurang menonjol di tengah masyarakat sebagaimana fakulti lain yang lebih segera membawa pulangan terhitung...
Posted by NuR Iema Khalija at 3:51 PM 0 comments
Labels: Sejarah
Thursday, July 22, 2010
KEAGUNGAN TAMADUN ISLAM
Cerita ku masih panjang. Namun ku tidak akan berhenti..akan terus berjuang mencari sebuah destinasi...Banyak keagungan tamadun Islam yang masih belum terungkai,malah banyk sejarah yang telah digelapkan... dan apa yang telah disembunyikan . Semoga kita semua beroleh manfaat.
Tamadun Islam telah sampai kemuncak kegemilangannya pada akhir kurun ke-10 masihi, Qutubah (Cordova) telah menjadi ibu kota ataupun pusat pemerintahan Khulafah Umaiyyah. telah menjadi sebuah bandar yang termaju pada ketika itu. Situasi ini berbeza dengan senario di Kota London pada ketika itu tiada lampu neon yang menerangi jalan dan lorong di Bandar itu. Demikian cahaya Tamadun Islam yang bersinar dan bersemarak di Andalus terutama dalam bidang berkaitan ekonomi, pendidikan, dan kesenian di mana cahayanya menyinari seluruh benua Eropah Barat pada ketika itu. dari abad ke-12 hingga abad ke-13.
KESAN PERANG SALIB DI TIMUR TENGAH
Perang salib yang berlaku di negara SYAM telah mempengaruhi perkembangan politik, dan perniagaan kuasa-kuasa Islam dan Kristian di timur dan barat. perang yang meletus menjadi titik tolak dalam usaha memindahkan tamadun Islam ke Eropah Barat kerana tentera Salib datang menyerang bukan bertujuan untuk mencari ilmu pengetahun sebaliknya untuk memerangi orang Islam.
Perang Salib telah meninggalkan banyak pengajaran dalam mengatur strategi serta taktik peperangan di kalangan orang Eropah, seperti membina kubu, cara mengepung musuh, menuggang kuda menggunakan perisai, mengutus surat yang dibawa oleh burung merpati serta banyak lagi.(untuk maklumat lanjut boleh rujuk buku yang ditulis oleh Ahmad Yahya).
perpindahan lain yang boleh dilihat ialah perpindahan spesis tumbuh-tumbuhan dan hasil tanaman dari timur tengah ke Eropah seperti bijan, padi, limau, tembikai, bawang putih, ramuan-ramuan perubatan, rempah ratus dan sebagainya..
Ketika orang Eropah mula menaruh minat terhadap peradaban Islam, mereka menumpukan segenap usaha dan tenaga bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam. mereka melakukan dengan penuh bersemangat . Hasilnya banyak karya islam telah berjaya diterjemahkan ke bahasa-bahasa asing terutamanya bahasa latin..
Untuk maklumat lanjut tentang 'Keagungan Tamadun Islam', boleh didapati dalam buku tulisan Ahmad Yahya...
Posted by NuR Iema Khalija at 1:05 PM 0 comments
Labels: Sejarah


