Cerita ku masih panjang. Namun ku tidak akan berhenti..akan terus berjuang mencari sebuah destinasi...Banyak keagungan tamadun Islam yang masih belum terungkai,malah banyk sejarah yang telah digelapkan... dan apa yang telah disembunyikan . Semoga kita semua beroleh manfaat.
Tamadun Islam telah sampai kemuncak kegemilangannya pada akhir kurun ke-10 masihi, Qutubah (Cordova) telah menjadi ibu kota ataupun pusat pemerintahan Khulafah Umaiyyah. telah menjadi sebuah bandar yang termaju pada ketika itu. Situasi ini berbeza dengan senario di Kota London pada ketika itu tiada lampu neon yang menerangi jalan dan lorong di Bandar itu. Demikian cahaya Tamadun Islam yang bersinar dan bersemarak di Andalus terutama dalam bidang berkaitan ekonomi, pendidikan, dan kesenian di mana cahayanya menyinari seluruh benua Eropah Barat pada ketika itu. dari abad ke-12 hingga abad ke-13.
KESAN PERANG SALIB DI TIMUR TENGAH
Perang salib yang berlaku di negara SYAM telah mempengaruhi perkembangan politik, dan perniagaan kuasa-kuasa Islam dan Kristian di timur dan barat. perang yang meletus menjadi titik tolak dalam usaha memindahkan tamadun Islam ke Eropah Barat kerana tentera Salib datang menyerang bukan bertujuan untuk mencari ilmu pengetahun sebaliknya untuk memerangi orang Islam.
Perang Salib telah meninggalkan banyak pengajaran dalam mengatur strategi serta taktik peperangan di kalangan orang Eropah, seperti membina kubu, cara mengepung musuh, menuggang kuda menggunakan perisai, mengutus surat yang dibawa oleh burung merpati serta banyak lagi.(untuk maklumat lanjut boleh rujuk buku yang ditulis oleh Ahmad Yahya).
perpindahan lain yang boleh dilihat ialah perpindahan spesis tumbuh-tumbuhan dan hasil tanaman dari timur tengah ke Eropah seperti bijan, padi, limau, tembikai, bawang putih, ramuan-ramuan perubatan, rempah ratus dan sebagainya..
Ketika orang Eropah mula menaruh minat terhadap peradaban Islam, mereka menumpukan segenap usaha dan tenaga bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam. mereka melakukan dengan penuh bersemangat . Hasilnya banyak karya islam telah berjaya diterjemahkan ke bahasa-bahasa asing terutamanya bahasa latin..
Untuk maklumat lanjut tentang 'Keagungan Tamadun Islam', boleh didapati dalam buku tulisan Ahmad Yahya...
Thursday, July 22, 2010
KEAGUNGAN TAMADUN ISLAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment