..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, July 29, 2010

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT



Assalamualaikum dan salam sejahtera, moga kehidupan kita hari ini lebih baik daripada hari semalam...moga iman kita makin bertambah..insyAllah...

Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan Allah SWT, Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hingga kita dewasa..Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan dan iman yang Allah kurniakan kepada kita sebagai hamba-NYA..Kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat..

Lantaran ianya telah menjadi sesuatu yang lumrah dalam kehidupan kita, kadang-kala kita tidak perasan dan menghiraukannya..Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan Allah SWT kepada kita..Bgitulah perangai kita yang tak ubah seperti "Kacang Lupakan kulit".

Seusp nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah SWT. Tanpa kurniaan ini, kita tidak mungkin dapat mengunyaj makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita..Selagi kita hidup di muka bumi ini kita tidak akan sunyi daripada menerima kurniaan ini...

Begitulah Allah maha penyanyang terhadap hamba-NYA...Allah yang bersifat Ar-Rahman. Allah menganugerahkan kurniaan-Nya kepada semua makhluk , sama ada yang taat kepada-NYA atau yang sebaliknya...Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini..Tapi Allah masih sayang kepada hamba-hambaNYA meskipun masih ramai yang tidak mahu bersyukur atas nikmat-nikmat itu..Sebanyak 31 kali dalam Al-Quran, Allah mengulangi ayat tersebut sebagai amaran dan peringatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmat-NYA..

Surah Ar-Rahman: "Yang mana satu nikmat Tuhan yang kamu dustakan?"...

Sebagai majhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikamt tersebut..Kesyukuran bukanlah semata-mata dengan mengucapkan 'Alhamdulillah". Ianya mesti dik\buktikan dengan tindakan berdasarkanprinsip 'amal makruh, nahi mungkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ia mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan...

Malangnya hari ini terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan Allah. Ramai yang tidak mendirikan solat melakukan segala suruhan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang ingkar dan menentang suruhanNYA dengan ,melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai manusia ramai di antara manusia yang tidak bersyukur seperti dalam Firman-NYa: "Sangat sedikit daripada hamba-hambaku yang bersyukur"...

Sebagai menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih kita kepada Allah, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepda Allah dengan segala bentuk ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat..Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hamba-Nya yang bersyukur...

Wasiat Imam Muslim:
" Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara manusia yang tidak bersyukur, seperti dalam firman-NYa: "sangat sedikit daripada Hamba-hamba-KU yang bersyukur".....

Dengan lafaz bismillah. Moga Allah kurniakan yang terbaik buat kita, bukan hanya untuk di dunia, tapi juga di akhirat, insyaAllah.

Wallahua'alam.


0 comments: