..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, July 28, 2010

ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN




ASSALAMUALAIKUM W.R.W

Orang yang beramal tidak berpandukan ilmu pengetahuan, maka amalannya akan tertolak. Sebabnya Ilmu adalah petunjuk bagi kita. Oleh itu kita perlu tahu tentang sesuatu ilmu itu untuk kita mengetahui mana arah tujuan kepada sesuatu matlamat yang ingin di tuju..Sekiranya kita tidak ada ilmu, walaupun ada usaha untuk kita maju ke depan, kita tidak akan nampak jalan, seumpama orang meredah hutan belukar sahaja..Akhirnya matlamat atau tujuan kita tidak akan tercapai..Kita akan tersesat jalan walaupun pada hakikat niatnya baik..

Sebaliknya pula, bagi orang yang berilmu tetapi tidak beramal, dia akan masuk dulu ke dalam neraka daripada penyembah-penyembah berhala yang kekal di sana tetapi orang tidak berilmu tidak kekal...

Oleh yang demikian, jika kita hendak beramal, maka terpaksalah kita mencari pengetahuan. Setelah kita ada ilmu Pengetahuan, hendaklah kita berazam mencari dan mnegamalkan ilmu itu..Jika kita sudah berusaha mengamalkan ilmu itu sungguh-sungguh walaupun terpaksa menghadapi kesusahan dan amalan kita itu hendaklah di buat secara istiqamah atau secara tetap dan terus menerus..Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baik amal itu ialah amal yang sentiasa di buat walaupun sedikit".

Amal yang tetap dan berterusan (istiqamah) itu adalah lebih baik walaupun sedikit. Ianya adalah sebaik-baik amal yang banyak tetapi di buat sekali-kala. Kadang-kadang buat dan kadang-kadang tidak. ianya tidak akan membawa apa-apa pengertian, iaitu ibarat air yang menitis setitik demi setitik di atas batu dengan berterusan hingga bertahun-tahun, Btau itu nanti akan menjadi lekuk...Sebaliknya kalau datang datang hujan yang lebat hingga berlaku banjir hingga melanda pokok-pokok dan rumah-rumah tetapi melanda sekali saja...Kemudian ia tidak akan memberi apa2 kesan kerana selepas itu akan berlaku kemarau yang bertahun-tahun. Batu itu tidak mungkin akan menjadi lekuk...

Dalam melakukan amal ini tidak boleh berlandaskan dorongan dan semangat semata-mata. Umpamanya kita mendengar orang menceritakan fadhilat membaca Al-Quran. Ini bukan Istiqamah namanya. Sepatutnya mulalah secara beransur-ansur. Umpamanya dua baris dalam satu hari kemudian semakin bertambah dan seterusnya...Disamping buat hari-hari itu, disamping kita mengetahui ilmu yang terkandung dalam kalam itu, barulah ada usaha kita menambahkan amalan tersebut..Apabila dalam diri kita ada unsur-unsur amal itu, maka lama kelamaan ia akan menjadi Istiqamah.....

Bersama-sama kita Istiqamah dalm bulan Syaaban, disamping akan menjelangnya bulan Ramadhan untu mendapat keberkatan dari Allah SWT...insyAllah...

Sesungguhnya Allah telah membuatkan hati yang muram menjadi tenang, yang suram bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Bila kesunyian melanda, hati dan fikiran kita janganlah terus dibiarkan terus suram dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah ingin menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita hanyalah untuk menguji sedalam mana cinta kita kepada-Nya....

Jika kita hari ini tidak bertambah baik daripada hari semalam, ternyata kita adalah orang yang rugi. Mungkin kita tak mampu untuk mencapai kesempurnaan sepenuhnya, tapi , kita seharusnya berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya..insyAllah...

0 comments: