..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

KITA TIDAK PERNAH BERSEORANGAN

Jika kita merasa kesunyian, berzikirlah atau bersolatlah kerana disitu adalah hubungan utama kita dengan Allah Swt. Hubungan dengan Allah Swt lebih bersifat kerohanian kerana ia adalah berkaitan dengan ruh dan hati.

Tatkala kita merasa sunyi tanpa hubungan dengan manusia, sunyi itu membawa kita lebih mengingati Allah Swt. Barangkali rasa sunyi itu petanda untuk kita lebih tunduk dan khusyuk kepada Allah Swt. Ketika itu, mintalah bantuan Allah Swt, pengampunanNya, RahmatNya, Kasih SayangNya, HidayahNya untuk memenuhi ruang hati kita sehingga kita benar-benar cinta kepada Allah Swt.

"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram".(Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Anda Tidak Pernah Keseorangan!!!

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡہَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيہَا‌ۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬
Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 4)

PADANYA KU MEMOHON KEKUATAN

Assalamualaikum.... "Ssungguhnya pada-NYA ku memohon kekuatan, agar diberi kekuatan dan petunjuk untuk mengharungi semua ini...Terasa ingin menangis, merungkai segala kekusutan yang dirasakan, ingin mencari jawapan untuk persoalan yang belum ada kepastian....

Tapi bagi satu persoalan yang pasti dan ingin ku kejari adalah "syurga" iaitu destinasi terakhir yang ingin ku tuju...Tempat yang kekal abadi di sana nanti.


Tapi....sudah banyak perkataan "Tapi" yang ku ungkapkan....adakah semuanya Tapi...Tapi sahaja....aku sendiri kdang terasa keliru dengan perasaan yang hadir tanpa di duga ini...Subhnallah...Allahuakbar....Pada-NYA ku mohon diberi kekuatan dan petunjuk...

"Salahkah kalau aku tidak bergelar isteri orang pada usia aku 24 tahun ini? Berdosakah aku?" Telah lama aku menyepi, kembali merenung dan muhasabaah diri ini.

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku, ke kanan kemudian ke kiri dan ke kanan sekali lagi.Memikirkan apakah kesudahan jalan cerita ku ini.

"Kalau aku tidak bersalah, jadi mengapa aku dihukum?" Mengapa ada segelintir manusia yang suka menghukum orang dengan sesuka hati mereka sahaja, tanpa mengira perasaan orang lain...Pastinya soalan yang tiada jawapannya.Tegas suaranya menikam hingga ke tangkai jantungku.Menusuk hingga ke kalbu..

Adakah aku dihukum?...persoalan yang masih berlegar-legar dalam kepala otak ku ini...

"Kau dihukum atau kau yang menghukum dirimu sendiri?" Bertalu-talu pula aku menyoal diriku sendiri.. Ah! Barangkali kerana aku masih belum punya jawapan bagi soalan pembuka bicaranya itu.


"Yalah, kau kata kau rasa terhukum. Tapi sebenarnya siapa yang menghukummu? Atau ia cuma tak lebih sekadar perasaanmu saja? Ibarat kau yang menghukum dirimu sendiri.." Aku bersilang kata. Bagai tergigit lidah sendiri. Terbelit dengan butir bicara yang terluncur dari lidahku.

"Kau mungkin tidak mengerti.." Perlahan suaranya hampir tidak kedengaran.
"Jadi, bantu aku agar aku mengerti..." Aku membalas.

"Masa silam yang pernah aku lalui, pengalaman orang sekeliling membuatkan aku selesa dengan hidupku sekarang, bersyukur seadanya dengan apa yang aku ada kini biarpun aku tiada tempat untuk bernaung menumpang kasih sebagai seorang isteri. Aku bahagia dengan hidupku kini tapi mengapa aku sering dipandang serong? Seolah-olah aku ini cacat dan tidak sempurna. Seolah-olah aku seorang pesalah! Apakah benar aku bersalah? Salahkah aku mencuba untuk menjadi manusia yang redha dengan apa yang aku miliki? Syukuri apa yang sedang aku lalui, bahagia dengan cara aku sendiri. Salahkah aku tidak bergelar isteri orang?" Suaranya mendatar. Aku cuba untuk mengerti. Dan bukanlah susah untuk aku mengerti kerana aku dan dia adalah satu.

"Tidakkah mereka tahu, dunia ini cuma sementara? Biarpun aku mungkin tidak sebahagia mereka, tanpa anak tanpa suami tapi setidak-tidaknya aku tahu, aku hidup di dunia ini bukan untuk selama-lamanya. Suatu hari nanti aku juga akan mati dan derita aku ini juga akan berakhir. Berkahwin atau tidak, bukan soalnya yang utama, kerana apa yang lebih utama adalah ganjaran syurga dari Allah. Aku mahu yang itu biar apapun caranya. Aku ingin syurga! Aku bukan Asiah, aku bukan Siti Hajar. Aku mungkin boleh saja jadi isteri derhaka yang dibenci Allah. Dan aku juga tahu, aku bukanlah Maryam. Aku juga mungkin tidak mampu menjaga kesucianku selamanya... "

"Aku percaya Allah lebih mengetahui atas segalanya. Aku tidak harapkan suami yang soleh. Anak-anak yang banyak. Aku hidup bukan untuk itu semata-mata. Aku harapkan syurga Allah. Andai dengan hidup begini, keimanan dan ketakwaanku bertambah, apalah salahnya aku terus hidup begini..."

"Dan seandainya dengan bernikah keimananmu dan ketakwaanmu akan lebih bertambah, itu juga hanya Allah yang tahu, kan?" Aku memintas kata-katanya.

Dia angguk. "Ya.." Sepatah dia menyambung.

"Kau benar, kau tidak bersalah. Memang tiada salahnya belum bergelar isteri orang. Aku tahu itu juga di luar kemampuanmu. Bukan pintamu untuk hidup menyendiri selamanya. Aku mengerti. Dan mungkin bukan niat mereka untuk menghukum kamu, cuma sekadar refleksi atas dasar prihatin." Aku mengulas, kemudian berhenti seketika.

"Prihatin? Maksud kamu apa?" Dia bertanya kepadaku. Aku masih membisu.

"Ya, prihatin dan barangkali simpati. Bukankah fitrah alam setiap sesuatu diciptakan berpasang-pasang. Malam pasangannya siang. Gelap pasangannya terang. Hitam pasangannya putih. Betina pasangannya jantan. Sebagaimana Adam menginginkan Hawa, begitu juga wanita, inginkan lelaki. Kau juga tidak terkecuali." Aku menyambung setelah diam untuk beberapa detik.

"Jadi, aku dihukum kerana aku wanita yang belum ketemu pasangannya? Begitu?" Dia masih kekeliruan. Aku tumpang simpati.

"Bukan dihukum, tapi mereka mungkin berharap agar kamu segera ketemu pasanganmu, agar kamu mendapat sakinah, mawaddah warahmah menerusi pernikahan itu. Allah telah berfirman dalam Surah Ar-Ruum, ayat yang ke-21, yang mana bermaksud, Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir..." Begitu aku menyambung bicara. Kemudian menarik nafasku dalam-dalam lalu menghembuskannya. Bagai berbisik kepada diriku sendiri.

"Usah lagi berfikiran negatif. Jangan difikirkan sangat kata orang. Teruskan hidup dengan ceria. Nikmati segala apa yang kau miliki hari ini dengan sebaik yang mungkin kerana esok kau mungkin bukan lagi kau seperti hari ini, mungkin kau akan bergelar isteri orang dan mungkin juga esok kau akan kembali ke alam barzakh..Senyum, okay?" Aku meneruskan lagi kata-kataku. ...agar terus diberi kekuatan dalam menngharungi hidup ini untuk menuju destinasi ku yang satu iaitu syurga yang kekal abadi.......

Thursday, July 28, 2011

KENALI PERIBADI MELALUI TULISAN

Rahsia Melalui tulisan Dr. Mohd Fadzilah Kamsah...

Tekanan

1) tekanan Yang kuat
-seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya hingga berbekas di bahagian belakang kertas adalah digambarkan sebagai seorang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.





2) tekanan yang ringan
- seseorang yang menulis dengan lembut dan tidak berbekas digambarkan sebagai seorang yang kurang bertenaga, kurang sihat, dan mudah diserang penyakit.


Bentuk Tulisan


1) tulisan yang bulat- bulat
- semua huruf ditulis dengan bulat digambarkan sebg seorang yg emosional, prihatin, pengasih, penyayang, kepekaan tinggi dan banyak menggunakan otak sebelah kanan ( otak kreatif).

2) tulisan yang tajam atau leper
- tulisan yang angular dan sharp- gambaran sbg seorang yang rasional, bekerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak menggunakan otak sebelah kiri ( otak logik)

Kecondongan

1)
tulisan condong ke kanan adalah seoarang yg extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain,peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah mempamerkan kasih sayang, berani dan bersifat pemurah.

2) condong ke kiri- seorang yang introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, x suka berubah, amat setia pada kekasih, keluarga, organisasi, dan negara tapi tak suka bercampur dengan orang.

3) tegak- seorang yang sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tapi tak mencari kawan sebaliknya kawan yang cari dia, tak suka gaduh- gaduh, suka ambil jalan tangah dan jadi orang tengah.

4) tulisan yang campur- campur ada tegak, condong ke kiri atau kanan- seorang yang emosi x tetap macam remaja yang belum cukup umur atau perangai macam orang perempuan yang datang bulan.

Kerapatan

1)
tulisan yang jarang- jarang- seorang yang tidak suka bercampur dengan orang lain, kurang mesra dan sedikit boros.

2) rapat- rapat- seorang yang suka bercampur dengan orang lain, amat bergantung kepada orang lain, seorang yang jimat dan kedekut.

pada huruf J, G, Y, Z

1)
jika huruf di atas ada ekor dan ditulis dengan besar, panjang dan sempurna
- menunjukkan tahap emosi yang di pamer adalah jelas, pengasih dan penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, suka mempamerkan tahap kerajinan.

2) bila ditulis dengan kecil dan tidak sempurna.
- menggambarkan seorang yang tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalm diri.

Pada palang huruf kecil (t)

-Kalau palang kecil huruf (t) tinggi- menunjukkan tahap aspirasinya tinggi.

-kalu rendah- mudah berpuas hati, cita- cita rendah.

-
tengah- tengah-= usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.

Rumusanya...

Tulisan mencerminkan peribadi seseorang...kita mampu mengubah perangai kita jika kita berusaha untuk mengubah bentuk tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti, kita dengan sengaja,atau pun secara tak sengaja..supaya kita cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat...InsyAllah...segala yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita sendiri sbg hambanya yang khilaf...

Jadikan yang tebal itu IMAN, yang nipis itu lidah, yang tajam itu AKAl, yang lembut itu HATI, Yang ringan itu sOLAT, Yang halus itu Suara, YAng Luas itu Ilmu, yang manis itu Senyuman...

Tuesday, July 26, 2011

KETENTUAN ILAHI

Assalamualaikum…sekali lagi entry sama yang masuk, kenapa lama sangat aku tak update blog. Aku still akan guna alasan yang sama, iaitu aku kekeringan idea dan tiada apa yang nak di tulis. Entah kenapa tetiba je terasa ada sesuatu yang ingin di coretkan..

Kadang- kadang aku tertanya mampukah aku untuk menjadi seorang anak yang akan mmebahagikan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Mampukah aku melakukan sedemikian. Jika ditanya sekarang memang lidah akn berkata manis belaka. Tapi hakikat kehidupan yang bakal berlaku dalam detik 5 atau 10 tahun akan datang. Cuba fikir apakah kita akan menunaikan janji yang pernah kita taburkan dahulu. Ini adalah untuk ingatan aku. Mampukah aku melaksanakan apa yang telah aku janjikan. Oleh itu, aku meminta pada Yang Maha Esa agar aku ditetapkan iman untuk menjadi seorang hambanya yang beriman dan menjadi seorang anak yang solehah..aminnn …insyAllah…

Adakah semua ini sebagai satu kebetuan atau memang telah di tentukan oleh Allah...Tiada siapa yang mengetahui akan kuasaNya...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala seuatu...Kadang-kadanng sesuatu perkara itu kita sangkakan baik untuk kita, tetapi sebaliknya hanya Allah Yang Maha Mengetahui bahawa apa yang kita rancangkan itu tidak baik bagi kita....Wallahu'alam...

JUMAAT: Adakah Ia Satu Kebetulan Atau Petanda? "Renungkan.. 27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha, 18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah, 25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas, 01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi, 26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW, 02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus, 28-06-2010 Jumaat Hari Wesak, 05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali, 10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri, 01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan, 15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari; Kepada semua kenalanku..sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT.. renungan bersama.."

Monday, July 18, 2011

RESIPI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

ASSALAMUALAIKUM...Sudah lama rasanya tidak menjengah ke ruangan alam maya ini..sudah berminggu-minggu aku meninggalkan ruangan ini..

Bukan niat di hati sudah tidak ada apa yang ingin dicoretkan,tetapi kekangan masa yang telah menghalang aku dari menoretkan sesuatu di ruangan ini...

Apakah kriteria dan sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?

Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.

1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah

Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.

Sesetengah orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.

Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.

2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad

Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.

Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.

3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif

Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.

4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda

Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.

Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.

Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.

5. Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah

Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.

Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.

6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif

Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?

Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.

Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.

Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".

JANGANN JADIKAN MASALAH YANG KECIL SUKAR UNTUK DIKENDALLIKAN...SETIAP MASALAH YANG DI HADAPI PASTI AKAN ADA PENYELESAIANNYA INSYALLAH....MAKE YOUR LIFE EASY....DAN ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA HAMBANYA YANG SENTIASA MENDIRIKAN SOLAT, BERDOA DAN SABAR..INSYALLAH AKAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA DI DUNIA DAN AKHIRAT...AMIN

Thursday, July 7, 2011

TIADA APA UNTUK DIKATA

assalamualaikum...terasa begitu cepat masa berlalu..sekarang kita sudah berada di awal bulan tujuh iaiatu bersamaan dengan bulan Syaaban...Hanya lagi beberapa minggu sahaja Ramadhan yang kita nanti ddan tunggu-tunggu akan menjengah tidak lama lagi...Subhanallah begitu cepat masa berlalu..

Sudah masuk bulan ke-4 aku berkhidmat di sini..Moga segala urusan ku ini akan dipermudahkana oleh Allah SWT...InsyAllah

I'm a teacher because I love to teach.

I'm a teacher because I care for the young minds.

The ones that will one day lead our country when we are in our golden ages.

I'm a teacher. And I'm very proud to be one.

Itulah Ungkapan yang dapat aku nyatakan...Tiada apa atau kata yang mampu ku ungkapkan..
Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui Segala-galanya...Keluargaku,nyawaku, dan cinta hatiku menjadi keutamaan buat diriku...Moga mereka semua dilindungi Allah walau di mana jua kami berada...

Kerana kita tidak tahu, apa yang akan terjadi seminit lagi selepas saat ini, apatah lagi sehari selepas hari ini atau setahun dari sekarang. Kerana kita tidak tahu apa-apa. Kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Kerana kita tidak tahu apa yang terjadi pada masa akan datang.

Kita terus berlari dan mencari. Mengimpikan yang terbaik dan yang tercantik. Mengharapkan yang mudah tiada yang payah. Menginginkan bahagia tanpa derita. Biarpun kita tahu, esok belum tentu lagi milik kita. Dan kita juga tahu, setiap yang berlaku hanya akan berlaku dengan keizinan-Nya semata-mata.

Namun, selagi harapan masih ada. Selagi impian masih di dada. Kita terus berbaik sangka dan optimis. Mengukir pelbagai cerita versi kita. Melakar mimpi dalam jaga. Kita berharap dan berdoa. Moga esok akan bertambah baik. Kejayaan mungkin datang pada kemudian hari. Kebahagiaan mungkin akan menghiasi kehidupan mendatang. Kerana sesungguhnya hanya itu yang kita harap-harapkan.

Biarpun sering jatuh dan terluka. Biarpun selalu sakit dan perit. Biarpun langit tak selalunya cerah. Biarpun diri tak selalunya di atas. Biarpun cerita tak selalu indah. Biarpun pelangi tak sentiasa di dada langit. Kerana tiada siapapun antara kita yang inginkan penderitaan dan penyiksaan. Kerana tiada siapa pun antara kita yang inginkan kegagalan dan kepayahan. Kerana tiada siapa pun antara kita yang inginkan kegelapan dan kesengsaraan.

Hari ini mungkin kita berasa payah hidup sendirian sebatang kara. Lalu kita menadah tangan bermohon kepada Ilahi agar esok kita dikurniakan pasangan dan zuriat yang dapat menemani perjalanan hidup kita. Biarpun kita tidak tahu apa yang menanti di alam berumahtangga . Apakah mungkin hidup bekeluarga lebih sukar daripada hidup sendiri? Kita tidak tahu kerana langit tidak selalunya cerah.

Jangan berasa sedih bila doa kita belum dimakbulkan. Jangan berasa kecewa bila Allah belum kurniakan apa yang kita impikan. Jangan sekali-kali berasa hampa dan beranggapan bahawa Allah itu kejam dan zalim. Ingatlah, mungkin ini sebenarnya lebih baik buat kita. Bukakah Dia memberi ujian hanya kepada hamba-Nya yang mampu.

Mungkin, kepayahan hidup bersendiri ini jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan kepayahan setelah berkeluarga. Kerana kita tidak tahu dan Dia mengetahui segalanya. Dan sungguh, langit tak selalunya cerah.

Analogi yang mudah. Kita mungkin tidak gembira memandu sebuah kereta buruk, lembap dan uzur. Sering rosak sana sini. Lalu kita mengimpikan sebuah kereta baru yang cantik, mantap dan cekap. Dan kita terlupa, langit tidak selalunya cerah. Bilamana kita memiliki kereta yang baru dan cekap, kita mungkin memandu lebih laju dan akan mengakibatkan kemalangan.

Dan mungkin kaki atau tangan kita akan putus atau patah. Cacatlah kita. Sedangkan dengan kereta buruk kita sempurna kaki dan tangan. Dan mungkin waktu itu barulah kita sedar, alangkah indahnya hidup kita jika kita tidak memiliki kereta baru dan masih lagi memandu kereta buruk.

Sungguh, kerana kita tidak tahu apa-apa.

Maka, nikmatilah setiap kepayahan yang sedang kita galas dengan penuh rasa rendah diri. Hargailah setiap penderitaan yang sedang kita alami dengan penuh rasa kesyukuran. Kerana mungkin, esok lebih payah dari hari ini. Kerana kita tidak tahu apa-apa.

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Hadid pada ayat ke 22 dan 23;

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di muka bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri kecuali telah tertulis dalam kitab(lauh mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang sedemikianitu) supaya kalian tidak berputus asa atas apa yang luput dari kalian dan supaya kalian tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kalian. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."

Dan Allah juga berfirman dalam Surah At-Taghaabun ayat yang ke-11;

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Nikmatilah dan hargailah hari ini. Seolah-olah esok tiada lagi buat kita.

Allah berfirman, “Sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah mencukupkan keperluannya.” Surah At-Talaq : Ayat 3

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Surah Al-Faatihah : Ayat 5

Sunday, May 15, 2011

ALLAH ALWAYS WITH US


ASSALAMUALAIKUM, Insyallah hari ini tanggal 15 Mei 2011, bersamaan dengan 11 jamadilakhir 1432 H. Alhamdulillah aku masih diberi kudrat untuk menulis sesuatu kembali dalam laman blog yang kian bersawang ini...

Benar kata pepatah kalau Ikutkan hati mati. Ikutkan rasa, binasa. Sungguh, kadang-kadang saya sendiri lelah dalam mengharungi arus kehidupan yang dikatakan macam roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah, Itulah kehidupan manusia sekejap ada pasang surutnya. Ada masa dan ketikanya saya nyaris berputus asa, mahu saja mengalah tidak mahu meneruskan langkah untuk terus mara ke hadapan. Itulah dikatakan kita sebagai Hamba yang kadang-kadang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Pernah juga terlintas di fikiran senteng ini, 'alangkah bagusnya andai diri ini tidur.. sampai... bila-bila...Biarlah tiada lagi esok untuk aku.



Astagfirullahalazim. Singkat sungguh pemikiran hamba-Mu ini bila difikirkan kembali, terlampau singkatnya pemikiran manusia ketika itu. Seolah-olah mati mampu menyelesaikan segala masalah. Ibarat mati penamat segala derita. Lupa, bahawasanya sesudah mati, alam abadi sedang menanti. Ampunkanlah dosaku Ya Tuhan. Mudah benar hamba-Mu ini menzalimi dirinya sendiri. ASTAFIRULLAHALAZIM...



Sungguh Allah tahu. Allah jua yang mengetahui segala-galanya. Betapa diri ini kian menghampiri keputus-asaan. Betapa diri ini makin goyah, mudah untuk menyerah kalah pada dugaan dan ujian yang datang menduga. Allah Maha Mengetahui dan walaupun saya tahu Allah tahu, tapi entah mengapa sering saja diri ini mahu memalingkan wajah. Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Rabbi..



Namun begitu. Biar apapun kesukaran yang telah ku tempuhi sehingga sekarang, Syukur Alhamdulillah. Saya masih lagi saya. Saya masih lagi mampu tersenyum, masih mampu meneruskan langkah. Sungguh. Saya bersyukur pada Ilahi, kerana Dia tidak pernah meninggalkan diri ini keseorangan.Walau apa jua rintangan dan masalah yang saya tempuhi, ku tetap mampu tersenyum, Kerana kaalimah yang sering aku ungkapkan ialah, Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Allah sentiasa bersama-sama hambanya yang sabar...Alhamdulillah



Saya bersyukur sesungguhnya, kerana saya insan terpilih, yang dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam. Kerana saya beragama Islam, saya yakin bahawasanya Allah sentiasa ada bersama saya. Setiap kali kaki terasa penat, jiwa terasa kosong, hidup terasa sepi, bahu terasa berat, kepala bagaikan mahu pecah, kalimah ini akan terngiang-ngiang di telinga ini..





"Allah kan ada."





Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana agaknya hidup ini tanpa Allah.



Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana hidup mereka yang tidak yakin dan percaya pada Allah. Menyedihkan.



Bayangkan, diri terasa penat dan lelah, hidup sarat dengan penderitaan yang tidak pernah mahu berakhir, sering saja jatuh ditimpa tangga pula. Ujian bertali arus bagai tiada tanda akan bernoktah. Dada bagaikan mahu pecah tidak mampu menahan gelodak rasa. Jiwa meronta-ronta, menangis dan merintih, ingin mengadu, tapi tiada siapa di sisi. Hanya sepi. Hidup sebatang kara, seorang diri. Tiada teman, tiada saudara, tiada Allah. Hanya kesunyian.



Tidak!! Tak mungkin saya mampu meneruskan kehidupan andai saya di tempat itu. Tak mungkin... Tanpa Allah, hidup ini tak mungkin setabah ini. Tanpa Allah, ujian ini tak mungkin dapat saya gagahi.



Yakin dan percayalah. Allah sentiasa ada untuk kita. Allah bukan hanya ada saat kita duduk di atas sejadah. Atau ketika kita mengangkat takbir dan berdiri menunaikan solat. Allah sentiasa ada tidak mengira waktu, ruang dan ketika. Tidak kira samada kita susah atau senang. Dia sentiasa ada untuk kita, cuma kita yang sering saja melupainya. Kufur. Ego. Sombong. Takbur. Riak. Alpa. Leka. Lupa. Kita yang sering mengabaikannya.Nauzubillah....Hindar diri hamba mu ini dari bersikap sedemikian....


Peringatan untuk diri saya sendiri. Kita adalah duta agama kita. Jangan kerana kita, sifat negative kita – agama kita yang dipersalahkan. Ayuh. Tunjukkan sikap dan keperibadian yang mulia. Biarpun diberi racun, kerana Allah, cubalah untuk membalasnya dengan madu. Biarlah mereka berterus-terusan berbuat kejahatan, mungkin mereka tidak tahu, jom, kita sama-sama doakan kebaikan buat mereka. InsyaALlah.



"Ya Tuhan kami, janganlah Kau jadikan kami sasaran (fitnah) bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami, ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau yang maha perkasa, yang maha bijaksana.” (Al-Mumtahanah : ayat 5)





SAHABAT. DOAKAN AGAR SAYA, DAN KITA SEMUA, MENDAPAT KEBERKATAN DAN RAHMAT, SERTA KEAMPUNAN DARI-NYA. WASSALAM.

Wednesday, April 27, 2011

PERJALANAN YANG MASIH PANJANG


ASSAALAMUALAIKUM...... Sudah lama rasanya aku tidak menitip sebarang bicara dalam ruang yang kian sepi ini...bukan tidak mahu mencoretkan sesuatu, tetapi kekangan masa telah membatasi pergerakan aku untuk menulis sesuatu di ruang ini. Saya tak sedar masa berjalan begitu pantas, sehinggalah saya melihat permata hati yang kecil lagi comel, Fatin Jannah kini sudah menginjak usia remaja.

Allahu. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau sebelum ini, aku sibuk dan banyak masa dihabiskan di sekolah selepas dua bulan bergelar pendidik Maha suci Allah. Yang menciptakan dan menghidupkan.

Yang berkuasa atas segalanya. Sudah Besar dan menginjak usia remaja anak saudara ku, tahun ini dia akan mengambil UPSR. Kami sekeluarga mendoakan agar kak long memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini. inilah luahan hati ku sebagai mak sedara nya...



Rahsia Allah hanya Dia Yang Tahu. Aku juga Tidak tahu ke manakah perjalanan aku yang seterusnya dan ke mana kah destinasi aku seterusnya.
Hari semalam adalah sejarah yang telah pun berlalu dan tidak mungkin berlaku lagi. Hari ini, adalah kenyataan yang sewajarnya aku tempuhi seindah yang mungkin. Kerana hari ini jugalah penentu bagaimana rupaku pada esok hari. Esok yang belum tentu akan tiba.

Esok belum tentu aku masih bernafas di bumi indah ciptaan Ilahi. Esok belum tentu menjanjikan kebahagiaan, namun sekadar mampu aku akan berusaha untuk memastikan ianya lebih baik dari hari ini, moga Allah mengizinkannya.
Pengembaraan aku baru saja bermula, Perjalanan ku baru saja bermula, kemanakah destinasi aku seterusnya aku sendiri tidak tahu, Hanya Dia Yang Maha Mengetahui...

Pengembaraan ini datang tanpa aku menduganya. Pengembaraan ini datang tanpa sempat aku bersedia mengumpul bekalan. Allah! Beginikah rupaku di alam kekal nanti?? Tidak!! Aku belum bersedia untuk mati. Amalku belum cukup ya Allah. Tapi siapalah aku untuk menentang ketentuan-Mu. Siapalah aku untuk menentukan hidup dan matiku? Bukankah semuanya di tangan-Mu. Hanya Engkau yang berhak, yang menghidupkan dan mematikan. Allah. Aku cuma hamba! Di dalam hati, aku merintih sayu.

Ibaratnya sebuah kehidupan. Yang sentiasa bergerak ke hadapan. Tiada u-turn. Tetap ke hadapan. Kitalah penumpang keretapi itu. Yang terus hidup dan bernafas, di dalam kehidupan ini selagi Allah mengizinkannya. Yang terus tua dan tidak mungkin kembali muda. Yang pasti mati, bila tiba masanya..

"Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.” Al-Baqarah : Ayat 132.



Wednesday, March 23, 2011

PENGALAMAN YANG MENDEWASAKAN...

Assalamualaikum.....

sudah lama rasanya aku membiarkan laman ini....bukan sudah di lupakan, tetapi kekangan masa yang menjadikan aku tidak sempat untuk meng update blog ini...

Benarlah manusia akan berubah, tapi itu semua terpulang pada individu itu sendiri..begitu juga dengan iman seseorang. Benarlah iman kita ini ada musimnya, ada pasang dan surutnya, ada naik dan turunnya. Sekejap di atas, beberapa minitnya mungkin di bawah. Astaghfirullahalazim.

sudah lama tiada sesi menulis di ruangan ini. lebih kepada luahan..

Ada masanya kita sangat suka melakukan kebaikan dan kebajikan, bijaksana dalam mentadbir perasaan dan mengawal hati. Dan ada masanya juga, hati kita menjadi goyah. Mudah terpengaruh dan tergoda dengan hasutan syaitan dan nafsu jahat.

Seketika kita mungkin tekun dan khusyuk di atas sejadah, membaca Quran, menolak segala bisikan-bisikan yang memudaratkan jasad dan rohani. Dan beberapa ketika kemudiannya, kita mungkin asyik berkumpul bersama sahabat. Mengumpat dan memfitnah tanpa sedikit rasa kesal di dalam jiwa.

Kita mungkin begitu. Saya juga tidak terkecuali. Ada masanya, saya juga tewas! Allah...ampunilah dosa hamba mu ini....

sudah tiga minggu aku berkhidmat sebagai pendidik di sekolah ini, sudah hampir sebulan juga la rasanya...Tanggungjawab menjadi seorng pendidik...Aku sentiasa memohon pada Allah agar permudahkan segala urusan aku untuk menjadi seorang pendidik..Aku perlu tempuhi suasana yang baru, moga segala urusan aku ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Pengalaman ini banyak mengajar aku untuk sentiasa berhati-hati dan pandai menghormati orang sekeliling, jangan terlalu takbur atau sombong berada di Bumi Allah ini...Aku sentiasa memohon pada Allah moga setiap langkah dan pperjalanan hidup ku didorong ke jalan kebaikan dan diredhai oleh Allah..insyAllah....

Mungkin bagi sesetengah orang, menjaga kelakuan dan pertuturan tidak susah. Apatah lagi menjaga hati. Bukanlah susah sangat kerana apa yang ada dalam hati kita, tiada siapa pun yang tahu. Kita mungkin membenci dan mendendami sahabat kita, tapi selagi kita tidak mengucapkannya dengan bibir kita, atau menunjukkan sebarang kelakuan yang mencurigakan.

Tiada siapa yang tahu!

Kita mungkin berprasangka negatif terhadap kawan kita. Mencurigai dan sering berburuk sangka padanya. Tidak ikhlas bersahabat dengannya. Tapi selagi kita tidak mengakuinya dengan lidah kita. Tiada siapa yang tahu.

Jadi, bukanlah susah menjaga hati. Sapa kata untuk menjaga hati bukanlah sesuatu yang susah, Tapi hakikat yang sebenar ianya bukanlah sesuatu yang mudah...Pengalaman pertama bergelar pendidik, menjadi guru kelas bagi tingkatan satu, bukanlah suatu yang muda, aku masih mencari pendekatan untuk mudahkan mereka fahami apa yang akan aku sampaikan...Mungkin keadaan yang tidak mematangkan dan mendewasakan pelajar ini...rasa terguris dengan sikap pelajar, ya pegalaman ini sudah pun aku rasakan...Tapi itu mungkin bukan salah mereka, Mungkin keadaaan yang menjadikan mereka sedemikian...Hnaya Allah Yang Maha Mengetahui....Wallahualam...

Tapi bagi saya, menjaga hati ini bukanlah suatu yang mudah. Sangat sukar. Kadang masanya, di awal perbuatan dimulakan dengan niat yang baik, namun dipertengahannya sempat hati ini menyeleweng. Terbit perasaan-perasaan negatif cuba mencuri tumpuan. Kadang-kadang mengerti niat sahabat adalah baik, menegur untuk mengingatkan. Tapi hati ini tetap juga negatif, degil untuk menidakkan. Memprotes. Dijentik amarah.

Allah berfirman;

"Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (A-li'Imraan 3:29)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah 2:286)










Wednesday, January 19, 2011

ANDAIKAN KALAU SEMUA NYA MENJADI “KALAU”.

Assalamualaikum wrbth….

Sudah lama rasanya aku membiarkan laman blog ini tidak terisi dengan sebarang juadah untuk santapan rohani dan jiwa buat diri ku sendiri.

Apa yang ingin ku nyatakan di sini, sesungguhnya aku hanya lah insan dan manusia yang lemah. Ku akui kadangkala sifat dan kelakuan aku tidak stabil. Itulah kelemahan yang harus aku akui.


Sering aku impikan andaikan kalau lah semua yang aku impikan akan menjadi kenyataan. Bermacam-macam perkara yang terngiang-ngiang dalam kepala otak aku sendiri. Kalaulah dulu aku belajar rajin sikit mesti aku boleh sambung study kat luar Negara. Kalaulah mak dan ayah aku bukan duduk kat kampung, pasti aku akan ada kehidupan yang lebih baik.

Itulah kelemahan dan hakikat yang kadang kala aku terlupa untuk menghadapi realiti. Itulah yang dikatakan aku hanyalah manusia biasa yang kadang-kadang alpa dan lalai dalam menilai kehidupan sendiri.


Kini, aku mulai sedar setiap apa yang telah diaturkan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sesungguhnya kita sebagai manusia biasa sering merancang untuk menginginkan sesuatu, tetapi ketahuilah hakikatnya bahawa perancangan yang telah diaturkan olah Allah SWT terhadap hambanya adalah yang paling terbaik buat hambanya. Allah SWT akan sentiasa berada dalam hati ku.


Dari masa ke semasa aku masih belajar untuk mengenali diri aku sendiri. Mencari keredhaan dan akan terus mencari keredhaan ilahi...Aku akan terus memperbaiki diri ini agar menjadi seorang anak dan hambaNya yang soleh..insyAllah...Bantulah Hambamu ini Ya Allah....

Tuesday, September 7, 2010

ASK YOURSELF VS LELAKI IDAMAN






LELAKI IDAMANKU UTK MENUJU KEBAHAGIAAN DI DUNIA N AKHIRAT


Lelaki idamanku adalah seorang lelaki yang beriman Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah


Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam


Yang sentiasa haus dengan ilmu Yang sentiasa dahaga akan pahala


Yang solatnya adalah maruah dirinya


Yang tidak pernah takut untuk berkata benar


Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu


Yang sentiasa bersama kumpulan orang2 yang berjuang dijalan Allah Lelaki idamanku adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya


Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya


Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya Yang sentiasa berbuat kebajkan kerana sifatnya yang penyayang


Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang Lelaki idamanku adalah lelaki yang menghormati ibunya


Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga


Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga


Yang akan mendidik isteri dan anak2 mendalami Islam


Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat Lelaki idamanku tidak pernah membazirkan masa Matanya kepenatan kerana penat membaca


Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir


Tidurnya lena dengan cahaya keimanan Bangunnya subuh penuh kecergasan Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki idamanku sentiasa mengingati mati


Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat


Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik


Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idamanku adalah lelaki Yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan Syurga Di situlah rumah idamannya Dan dia ingin membawa ku bersama


Dialah lelaki idaman ku…..


semuanya 'Yang'...But ask Yourself..apa yang ada dengan diri kita..kadang-kadang kita inginkan yang terbaik, sedangkan diri kita sendiri adakah sudah menadi yang terbaik...renung-renungkanlah...


kita selalu meninginkan orang lain ,enjadi terbaik pada pandangan mata kita sendiri, tapi adakah diri kita sudah yang terbaik...sebelum kita menghukum seseorang, kita perlu lihat dan cermin diri sendiri dahulu....


ASK YOURSELF THEN YOU CAN ASK ANYBODY...


ASK YOURSELF (ADA APA DENGAN DIRI KITA)


TIAP2 HARI KITA TANYA DIRI..............
ADA APA DENGAN DIRI................. ADA APA DENGAN DIRI YA?????


TAPI DIRI SLALU JAWAB CARILAH SENDIRI...........


TIAP2 HARI KAKI INI MELANGKAH...DAN TERUS MELANGKAH....
MELANGKAH MENUJU KE SUATU DESTINASI.....

DAH JAUH DAN PENAT KAKI INI MELANGKAH.......

TAPI MASIH LAGI GAGAL TANYA "ADA APA DGN DIRI"????...

TIAP2 HARI ATAU KADANG2 DIRI BUAT DOSA......
AMAL USAH DITANYA...ENTAH SEJAUH MANA YANG DIRI KITA LAKUKAN...


TAPI SERING KATA PADA DIRI SENDIRI.... APAKAH HIKMAH PERBUATAN KU INI...


TAPI DIRI SERING BERKATA DAN MEMBISIKKAN KATA2...
BERSABAR LAH... ITU ADALAH UJIAN-NYA DAN MESTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA...


TAPI KADANG- KADANG AIR MATA JATUH MEMBASAHI PIPI INI........
ENTAH KENAPA SENYUMAN MANIS MASIH BOLEH TERUKIR WALAUPUN DIRI KITA KETIKA ITU SEDANG BERSEDIH...........PELIK...PELIK KAN.....

BILA SEDIH JE....
DIRI KITA AKAN DUDUK DIAM SAJA..... DIRI INI SERING PENDAM SEGALA SEDIH DI HATI....

PENDAM PUNYA LA PENDAM AKHIRNYA.... AIR MATA JATUH MEMBASAHI BUMI....


KADANG- KADANG GELAK TAWA MENGHIASI HARI- HARI KITA........

NAMUN, MASIH TIDAK DAPAT MENUTUP SEGALA SEDIH DI HATI.......
ENTAH APA2 JA KAN.....


KETAWA PUNYA LA KETAWA AKHIRNYA MEMBUATKAN......... DIRI JADI HEPI!!!
ADA APA DGN DIRI?
DLM DIRI ADA DIRI KITA SENDIRI...


YG SELALU TEMANI KITA , TIKA KITA SUNYI...

YG SELALU TEMANI KITA, TIME KITA TAKOTTTT....

YG SELALU BRSAMA KITA, WALAU SUSAH DAN SENANG...

ADA APA DGN DIRI....
DIRI ITU ADALAH DIRI KITA SENDIRI......

SO, SETIAP APA YANG TERJADI KEATAS DIRI KITA, KITA SENDIRI LAH YANG MENCORAKKANNYA....


FIKIR DAN RENUNGLAH SENDIRI, DI MANA "DIRI" KITA SEKARANG...


Tuesday, August 24, 2010

RAMADHAN



Makin lama blog ini tidak ter-update, makin terserlah kekalutan dan keserabutan dalam kepala saya. Allahu. Sungguh aku malu dengan diri sendiri, malu dengan-Mu Tuhan, baru sedikit cubaan mendatang, betapa terjejasnya diri ini hanya Engkau yang Maha Tahu....

Apapun, hidup harus diteruskan. Penuh makna dan penuh kesyukuran. Alhamdulillah kerana tahun ini kita sekali lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk menikmati bulan yang penuh keberkatan, yakni Ramadhan al-Mubarak. Datang setahun sekali, cuma 30 hari kemudian berlalu pergi meninggalkan kita. Tahun hadapan belum tentu lagi kita dapat bersua dengannya. Mungkin kita sudah meninggalkan bumi ini, atau mungkin juga bumi ini yang telah musnah. Sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui segalanya. Apa yang ada di langit dan di bumi. Semuanya dalam kekuasaan-Nya...

Syukur ke hadrat ilahi aku hidup lagi untuk menikmati bulan yang penuh barakah ini...Alhamdulillah...

Tertunduk malu, merenung diri sendiri. Apakah layak diri ini menjadi ummat Muhammad saw? Mulia pekertinya, kesabaran dan ketabahannya. Kekuatan dan keyakinannya. Keimanan dan ketakwaannya. Kerendahan diri dan keluhuran budinya. Segalanya, ternyata diri ini masih punyai banyak kekurangan.

Baginda pernah dibaling batu dan dihalau namun baginda memaafkan dan menghadiahkan doa. Baginda pernah dicaci dan dikatakan gila oleh sang buta namun baginda menyuapkan makanan ke mulut sang buta itu. Baginda dicaci maki namun bagindalah orang pertama yang menziarah apabila si pemaki jatuh sakit. Allahu Akbar.

Apakah diri ku ini mampu mencontohi baginda? Aku ingin namun sungguh diri ini masih punyai banyak belenggu. Menjerut leher mengikat kaki ini. Bagai meniti bara merah.

Harapan saya, moga dengan kehadiran Ramadhan ini, saya dan kita semua, dapat memperbaiki diri, pertingkatkan amalan. Semoga dosa-dosa kita terampun dan semoga kita benar-benar menghayati bulan yang mulia ini penuh rasa syukur.

Ramadhan menziarah cuma sekejap, mari kita hargai ia sebaik yang mungkin.Hidup harus diteruskan. Semoga hari-hari mendatang, lebih baik dari sebelumnya.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini....moga membawa seribu rahmat..InsyAllah...Aminnnn

Thursday, August 12, 2010

RENUNGAN BERSAMA

Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka Dia Ingin Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.


ADA HIKMAH!

peganglah dan ingatlah ayat ini sampai bila2.........

aku sendiri selalu letak mindset PASTI SESUATU TERJADI ADA HIKMAH DAN AKU TAK TAW APA YANG TERSEMBUNYI!!!!! Tapi biasa la aku pun manusia biasa yang kadang- kadang terleka skit, itu semua atas diri sendiri untuk merubah sesuatu...


bagi aku mindset ni akan buat kita lebih brsyukur pada Allah...InsyAllah

fikirkan dan renung- renungkanlah...

apa rasional jika kita pegang ADA HIKMAH dalam setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita?


ingat la selalu........

bukankah Allah dah janji...

setiap musibah,kesedihan, bahkan duri yang buat kita luka itu merupakan 1 kifarah yakni pengampunan dosa... kifarah yang dimaksudkan kat sini bukan denda tau... hehhe jangan salah faham plak....



ADA HIKMAH!

Rasional?

sometime benda yg kite nak tp x dpt... mybe Allah nk bg yg lg baik drpd itu... ADA HIKMAH!

sometime nak nek bas tp ketinggalan bas.. mybe Allah nk selamatkn kite drpd accident atau H1N1.. ADA HIKMAH!!

Sometime kita xda duit nak makan.. mybe Allah nak tarbiyyah kita agar ingat org yang lagi susah apabila dah kaya.. ADA HIKMAH!

sometime kita buat dosa.... mybe Allah nak tunjukkan kita dosa dan pahala dpn mata... ADA HIKMAH...

sometime kita bgn lewat p keje... mybe Allah saja bg tidor mana nak tahu masa on d way kene langgar.. ADA HIKMAH...

sometime kita sedih sgt2... mybe ALLAH nak ampunkan dosa kita melalui sedi yg kita alami.. ADA HIKMAH...

sometime kita demam... mybe Allah nak ajar kita pasal 5 perkara sblm 5 perkara: sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua...so setiap perkara tu mesti... ADA HIKMAH....

sometime kita x kaya miskin.. mybe kaya kang buat maksiat lupa diri pulak... ADA HIKMAH...

sometime kita kene tipu.. mybe someday org tu kne tipu... ADA HIKMAH.....

sometime org sakitkan hati kita.. mybe ALLAH nak naikkan taraf kita di sisinya.. ADA HIKMAH...


ada hikmah?

anda fikir, saya fikir dan mari la kita sama- sama tentukan.....tepuk dada tanya lah iman...bukan tanya selera plak...hehhee


hikmah itu kdgkala terhijab di hadapan mata kita... kadangkala hijab hikmah itu trbuka luas di depan mata kita...

cara Allah tarbiyyah...

kdgkala tabiyyah Allah ada pada air mata kita...

kdgkala tarbiyyah Allah ada pada gelak tawa anda...

kdgkala tarbiyyah Allah ada pada sudut 360 darjah dari dalam diri kita sendiri...