..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, July 26, 2010

DI PENGHUJUNG

Assalamualaikum...marilah bersama kita membentuk insan-insan berilmu...InsyAllah..
mengapa entry kali ini digunakan sebagai Di Penghujung..

Pengalaman beberapa hari aku bermalam di Hospital untuk menjaga tok sedara. Keadaan ini telah banyak mengajar aku untuk kembali memuhasabah diri ini, Subhanallah..
Sebenarnya nikmat yang dipinjamkan oleh Allah hanyalah sementara sahaja, terpulang kita pada hamba-NYA untuk mensyukuri nikmat ini...

Apa yang terjadi adalah kisah benar, betul pengalaman hidup yang aku lalui banyak memberi pengajaran..Sesungguhnya pengalaman ini tidak diajar dalam mana-mana silibus yang aku belajar..betapa kehidupan manuasia yang tidak tahu mensyukuri..minta kau dan semua ahli keluarga aku dihindari daripada semua perkara yang tidak baik ini..Nauzubillah..

Namun apa yang akan berlaku pada hari esok bukan kerana apa yang telah berlaku semalam. Jadi aku mesti berusaha sedaya upaya, bagi memastikan apa yang berlaku pada hari ini, penentu bagi sesuatu yang baik atau buruk pada hari esok. Kemarin yang berlaku adalah sejarah yang telah membuatkan aku menangis. Aku harus bangkit dan mencuba, meneruskan kehidupan ini tanpa terus dihantui kesilapan semalam. Bukan mudah untuk menghilangkan sejarah yang telah terjadi, tapi aku terpaksa! Terpaksa bangkit dari kesilapan lalu untuk terus maju di dunia dan akhirat...InsyAllah.


Memang diakui Sakit dan pedih yang aku rasa bukan sedikit. Bagi mereka yang pernah melaluinya mungkin akan memahami penderitaan dan kesakitan tersebut. Tiada siapa yang tahu cerita duka aku ini sepenuhnya kecuali Allah S.W.T? Ain, Najaha, krul teman saya yang paling baik dan rapat pun cuma tahu 1% daripada keseluruhan cerita. Dan mereka pernah memberi aku semangat dan kekuatan..Thanks A lot my friends..I'm Really appreciate. Thanx friends for always being there for me. Support me no matter how hard i am.Hanya Allah yang mampu membalas segalanya.. Alhamdulillah, selepas apa yang berlaku, aku memang telah hilang arah dan teramat kecewa dgn apa yang telah terjadi..tapi Alhamdulillah aku mendapat kekuatan dan waktu itu aku percaya, Tuhan akan memberi dugaan hanya kepada hamba2-Nya yang mampu dan alhamdulillah, i am still alive. till now..

Namun apa pun, aku sangat2 bersyukur kerana dengan nikmat Iman dan Islam ini masih kukuh ada dalam diri aku. Syukur kerana dikurniakan Keluarga yang amat menyayangi diriku. Alhamdulillah. Itu sudah lebih dari memadai. Betul kata orang 'Experience is the best teacher' iaitu Pengalaman mampu mematangkan diri seseorang. Ramai yang belajar dari pengalaman, namun jangan kerana mahu belajar dari pengalaman sendiri, kita akan menyesal seumur hidup. Nasi sudah menjadi bubur tak mungkin dapat jadi beras semula.

justeru itu, berilah kemaafan kepada semua musuh atau orang yang pernah menyakiti hati kita, agar diri kita ini terhindar dari segala pemusuhan, iri hati, bentuk balas dendam, dan kebencian yang akan terus menyelubungi hidup kita.

Diantara perkara yang boleh membuatkan hati seseorang menjadi tenang dan lapang adalah dengan merenungkan keindahan ciptaan Allah Yang Maha Agung di alam semesta. maksudnya, semua ciptaan Allah dilakukan dengan perhitungan yang cermat, dgn hikmah, dengan kerapian, dan dgn berperaturan. sesiapa pun yg melihat alam semesta ini akan tahu bahawa di sana ada Tuhan Yang Maha Kuasa yang melakukan segala sesuatu dgn tidak main- main. Dialah TUHAN YANG MAHA AGUNG lagi MAHA MULIA...

0 comments: