ASSALAMUALAIKUM...Lama sudah tidak menjengah ke laman blog...
Seiring dengan peredaran waktu. Pada peringkat kita dilahirkan, Mulanya seorang bayi, menjadi seorang kanak-kanak dan seterusnya menjejak ke alam remaja. Kata orang, alam remaja adalah alam yang penuh ujian dan cubaan. Tersilap mengatur langkah, boleh jatuh tersungkur menyembah bumi.
zaman pra remaja ku sudah berlalu, aku benar-benar tidak tahu apakah betul tindakan yang aku lakukan tadi. Inilah luahan hatiku dan inilah apa yang aku rasa. Betul kata orang zaman sekarang sudah berubah, faktor pemakanan juga akan mempengaruhi tindakan dan kelakuan seseorang. Bukan niat dihati ingin merungut, langsung tidak terniat..Nauzubillah. Tapi di sinilah dunia ku untuk meluahkan apa yang terbuku di hatiku.
Pengalaman menjadi seorang guru, pengalaman yang baru menginjak usia sebulan, benar-benar menguji diri aku, Subhanallah, MasyaAllah. Percaturan hidup kadang-kadang di luar jangkaan. Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan penentu segalanya. Inilah sesuatu yang Allah aturkan untuk diriku. Aku memohon agar Allah menjadikan aku orang yang sabar dan tabah dalam menghadapi apa-apa jua keadaan dan musibah yang melanda.
Namun benarlah, sesuatu yang terjadi hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Aku betul-betul rasa kecewa dan terkilan dengan sikap para pelajar aku. Kecewa dengan sikap kebudakan mereka yang terlampau, langsung tiada rasa hormat pada seorang guru. Sebenarnya imej Islam yang di tonjolkan oleh mereka tidak menggambarkan identiti yang cuba di bawa. Dimanakah silap dan salah nya. Benarlah kata orang, Islam itu adalah baik dan mulia, tetapi manusia yang merosakkan imej dan mencemarkan Islam itu sendiri..Nauzubillah..
Kisah ini bukanlah rekaan, tetapi realiti dan hakikat yang telah aku hadapi. Aku terpaksa melakukan sedemikian berhenti mengajar kerana timbul rasa kesal terhadap mereka yang tidak tahu menghargai ilmu yang cuba guru mereka sampaikan. Adakah ini sikap mereka yang terlalu dilimpahi dengan kemewahan hingga lupa pada adab yang menjadi lumrah dalam kehidupan setiap hambaNYA.
Aku bukanlah siapa-siapa, hanya seorang guru yang baru menumpang di sekolah tersebut, masih lagi untuk menimba pengalaman, tetapi persekitaran yang aku hadapi ini tidak seindah apa yang digambarkan. Tujuan aku di sini bukan untuk memburukkan sesiapa. Aku hanyalah insan biasa, masih mencari dan terus mencari dan mendapat keredhaan ilahi...
Benarlah iman kita ini ada musimnya, ada pasang dan surutnya, ada naik dan turunnya. Sekejap di atas, beberapa minitnya mungkin di bawah. Astaghfirullahalazim.
Ada masanya kita sangat suka melakukan kebaikan dan kebajikan, bijaksana dalam mentadbir perasaan dan mengawal hati. Dan ada masanya juga, hati kita menjadi goyah. Mudah terpengaruh dan tergoda dengan hasutan syaitan dan nafsu jahat.
Seketika kita mungkin tekun dan khusyuk di atas sejadah, membaca Quran, menolak segala bisikan-bisikan yang memudaratkan jasad dan rohani. Dan beberapa ketika kemudiannya, kita mungkin asyik berkumpul bersama sahabat. Mengumpat dan memfitnah tanpa sedikit rasa kesal di dalam jiwa.
Kita mungkin begitu. Saya juga tidak terkecuali. Ada masanya, saya juga tewas! Allah...
Mungkin bagi sesetengah orang, menjaga kelakuan dan pertuturan tidak susah. Apatah lagi menjaga hati. Bukanlah susah sangat kerana apa yang ada dalam hati kita, tiada siapa pun yang tahu. Kita mungkin membenci dan mendendami sahabat kita, tapi selagi kita tidak mengucapkannya dengan bibir kita, atau menunjukkan sebarang kelakuan yang mencurigakan.
Tiada siapa yang tahu!
Kita mungkin berprasangka negatif terhadap kawan kita. Mencurigai dan sering berburuk sangka padanya. Tidak ikhlas bersahabat dengannya. Tapi selagi kita tidak mengakuinya dengan lidah kita. Tiada siapa yang tahu.
Jadi, bukanlah susah menjaga hati.
Tapi bagi saya, menjaga hati ini bukanlah suatu yang mudah. Sangat sukar. Kadang masanya, di awal perbuatan dimulakan dengan niat yang baik, namun dipertengahannya sempat hati ini menyeleweng. Terbit perasaan-perasaan negatif cuba mencuri tumpuan. Kadang-kadang mengerti niat sahabat adalah baik, menegur untuk mengingatkan. Tapi hati ini tetap juga negatif, degil untuk menidakkan. Memprotes. Dijentik amarah. Allah..
"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah 2:216) Ya Allah, aku tahu Kau Maha Mengetahui, tapi mengapakah sukar untuk aku mendidik hati ini? Mengapa sukar aku menjaga imanku ini? Mengapa sukar untuk aku menjadi hamba-Mu yang solehah?
Ada apa pada seorang insan bergelar aku?
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (
Al-Baqarah 2:286)