..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Sunday, May 15, 2011

ALLAH ALWAYS WITH US


ASSALAMUALAIKUM, Insyallah hari ini tanggal 15 Mei 2011, bersamaan dengan 11 jamadilakhir 1432 H. Alhamdulillah aku masih diberi kudrat untuk menulis sesuatu kembali dalam laman blog yang kian bersawang ini...

Benar kata pepatah kalau Ikutkan hati mati. Ikutkan rasa, binasa. Sungguh, kadang-kadang saya sendiri lelah dalam mengharungi arus kehidupan yang dikatakan macam roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah, Itulah kehidupan manusia sekejap ada pasang surutnya. Ada masa dan ketikanya saya nyaris berputus asa, mahu saja mengalah tidak mahu meneruskan langkah untuk terus mara ke hadapan. Itulah dikatakan kita sebagai Hamba yang kadang-kadang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Pernah juga terlintas di fikiran senteng ini, 'alangkah bagusnya andai diri ini tidur.. sampai... bila-bila...Biarlah tiada lagi esok untuk aku.



Astagfirullahalazim. Singkat sungguh pemikiran hamba-Mu ini bila difikirkan kembali, terlampau singkatnya pemikiran manusia ketika itu. Seolah-olah mati mampu menyelesaikan segala masalah. Ibarat mati penamat segala derita. Lupa, bahawasanya sesudah mati, alam abadi sedang menanti. Ampunkanlah dosaku Ya Tuhan. Mudah benar hamba-Mu ini menzalimi dirinya sendiri. ASTAFIRULLAHALAZIM...



Sungguh Allah tahu. Allah jua yang mengetahui segala-galanya. Betapa diri ini kian menghampiri keputus-asaan. Betapa diri ini makin goyah, mudah untuk menyerah kalah pada dugaan dan ujian yang datang menduga. Allah Maha Mengetahui dan walaupun saya tahu Allah tahu, tapi entah mengapa sering saja diri ini mahu memalingkan wajah. Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Rabbi..



Namun begitu. Biar apapun kesukaran yang telah ku tempuhi sehingga sekarang, Syukur Alhamdulillah. Saya masih lagi saya. Saya masih lagi mampu tersenyum, masih mampu meneruskan langkah. Sungguh. Saya bersyukur pada Ilahi, kerana Dia tidak pernah meninggalkan diri ini keseorangan.Walau apa jua rintangan dan masalah yang saya tempuhi, ku tetap mampu tersenyum, Kerana kaalimah yang sering aku ungkapkan ialah, Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Allah sentiasa bersama-sama hambanya yang sabar...Alhamdulillah



Saya bersyukur sesungguhnya, kerana saya insan terpilih, yang dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam. Kerana saya beragama Islam, saya yakin bahawasanya Allah sentiasa ada bersama saya. Setiap kali kaki terasa penat, jiwa terasa kosong, hidup terasa sepi, bahu terasa berat, kepala bagaikan mahu pecah, kalimah ini akan terngiang-ngiang di telinga ini..





"Allah kan ada."





Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana agaknya hidup ini tanpa Allah.



Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana hidup mereka yang tidak yakin dan percaya pada Allah. Menyedihkan.



Bayangkan, diri terasa penat dan lelah, hidup sarat dengan penderitaan yang tidak pernah mahu berakhir, sering saja jatuh ditimpa tangga pula. Ujian bertali arus bagai tiada tanda akan bernoktah. Dada bagaikan mahu pecah tidak mampu menahan gelodak rasa. Jiwa meronta-ronta, menangis dan merintih, ingin mengadu, tapi tiada siapa di sisi. Hanya sepi. Hidup sebatang kara, seorang diri. Tiada teman, tiada saudara, tiada Allah. Hanya kesunyian.



Tidak!! Tak mungkin saya mampu meneruskan kehidupan andai saya di tempat itu. Tak mungkin... Tanpa Allah, hidup ini tak mungkin setabah ini. Tanpa Allah, ujian ini tak mungkin dapat saya gagahi.



Yakin dan percayalah. Allah sentiasa ada untuk kita. Allah bukan hanya ada saat kita duduk di atas sejadah. Atau ketika kita mengangkat takbir dan berdiri menunaikan solat. Allah sentiasa ada tidak mengira waktu, ruang dan ketika. Tidak kira samada kita susah atau senang. Dia sentiasa ada untuk kita, cuma kita yang sering saja melupainya. Kufur. Ego. Sombong. Takbur. Riak. Alpa. Leka. Lupa. Kita yang sering mengabaikannya.Nauzubillah....Hindar diri hamba mu ini dari bersikap sedemikian....


Peringatan untuk diri saya sendiri. Kita adalah duta agama kita. Jangan kerana kita, sifat negative kita – agama kita yang dipersalahkan. Ayuh. Tunjukkan sikap dan keperibadian yang mulia. Biarpun diberi racun, kerana Allah, cubalah untuk membalasnya dengan madu. Biarlah mereka berterus-terusan berbuat kejahatan, mungkin mereka tidak tahu, jom, kita sama-sama doakan kebaikan buat mereka. InsyaALlah.



"Ya Tuhan kami, janganlah Kau jadikan kami sasaran (fitnah) bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami, ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau yang maha perkasa, yang maha bijaksana.” (Al-Mumtahanah : ayat 5)





SAHABAT. DOAKAN AGAR SAYA, DAN KITA SEMUA, MENDAPAT KEBERKATAN DAN RAHMAT, SERTA KEAMPUNAN DARI-NYA. WASSALAM.