..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, July 26, 2011

APA YANG TIDAK DI DUGAA SELALU TERJADI DENGAN TIBA-TIBA

ASSALAMUALAIKUM....BERSUA KEMBALI dengan idea yang entah apa2...

Persoalan yang pertama kenapa aku menulis di dalam blog ini...apa yang menarik...itu hanya diri aku sendiri yang mengetahuinya...memang mudah untuk menulis apa sahaja yang tersirat dan tersirat...Tapi di samping menulis sesuatu adakah aku mengerti maksud disebaliknya...Ask Yourself????

kadang- kadang betapa Mudahnya mereka bercakap soal hati, tentang perasaan sedangkan diri sendiri pun belum pernah bercinta. memang Mudah untuk kita berkata-kata, tetapi kadang kala memang sukar untuk diri kita melakukannya. bak kata orang, Cakap memang la senang dan mudah, tapi cuba la buat. Betul kata orang tua, bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang. Benar juga kata pepatah orang putih, "try to be in her/his shoe, then you will understand".Maksud yang mendalam tu...

kenapa ye kadang- kadang kita sebagai manusia biasa terlalu berhati- hati dan berwaspada, Sehinggakan kadang-kadang menjadikan saya 'manusia yang pelik'. Tetapi bagi diriku, pengalaman hidup lah yang akan mengajar aku seribu satu ilmu. Liku-liku dan ranjau kehidupan yang dilalui selama ini, penuh onak dan duri menjadikan siapa diri aku yang sebenar pada hari ini. Aku akui, aku pernah melakukan kesilapan dan telah pun mengakui kesilapan yang aku telah lakukan.Tetapi yang peliknya tiadakah unsur kemanusiaan yang boleh dipertimbangkan.

Memang manusia yang pelik kan, bagi aku, seolah- olah tiada hati perut apabila kesalahan yang telah diakui seperti tidak diberi pertimbangan.. Dan aku juga sedar, bahawa sejarah tidak mungkin dapat diubah apa yang tealah terjadi memang sudah terjadi dan akan terus kekal. Aku memang tidak mungkin mampu dan berdaya untuk mengubah masa. Biar mengalir airmata darah sekalipun, aku tetap tak mungkin mampu mengubah apa-apa.


Mahu atau tidak, aku menjdi redha dan pasrah dengan segala ketentuan Ilahi.Mungkin inilah Harga yang perlu dibayar kerana dosa semalam bukan sedikit. apa pun aku tetap Yakin bahawa Allah itu Maha Adil, suka atau tidak, aku harus menebus segala dosa-dosa yang pernah aku ukir dalam diari kehidupan aku selama aku hidup di dunia yang fana ini. Bagi ku Harganya memang tidak ternilai. Aku hidup hari ini adalah kerana apa yang telah aku lakukan pada hari semalam. Terus mencari keredhaan Ilahi dan keberkatan dariNYA...Cuba untuk membaiki kelemahan diri yang banyak kekurangan, dan sentiasa mengharap Pengampunan DariNYA....


Namun apa yang akan berlaku pada hari esok bukan kerana apa yang telah berlaku semalam. Jadi aku mesti berusaha sedaya upaya, bagi memastikan apa yang berlaku pada hari ini, penentu bagi sesuatu yang baik atau buruk pada hari esok. Kemarin yang berlaku adalah sejarah yang telah membuatkan aku menangis. Aku harus bangkit dan mencuba, meneruskan kehidupan ini tanpa terus dihantui kesilapan semalam. Bukan mudah untuk menghilangkan sejarah yang telah terjadi, tapi aku terpaksa! Terpaksa bangkit dari kesilapan lalu untuk terus maju di dunia dan akhirat...InsyAllah.
Menjadi terbaik dan yang terbaik buat kedua ibu bapaku, kerana aku terlalu mencintai dan menyayangi mereka...


Memang diakui Sakit dan pedih yang aku rasa bukan sedikit. Bagi mereka yang pernah melaluinya mungkin akan memahami penderitaan dan kesakitan tersebut. Tiada siapa yang tahu cerita duka aku ini sepenuhnya kecuali Allah S.W.T? Buat sahabat etia yang sentiasa menjadi peneman mengajak ke arah kebaikan, Dan mereka pernah memberi aku semangat dan kekuatan..Thanks A lot my friends..I'm Really appreciate. Thanks friends for always being there for me. Support me no matter how hard I am.Hanya Allah yang mampu membalas segalanya.. Alhamdulillah, selepas apa yang berlaku, aku memang telah hilang arah dan teramat kecewa dgn apa yang telah terjadi..tapi Alhamdulillah aku mendapat kekuatan dan waktu itu aku percaya, Tuhan akan memberi dugaan hanya kepada hamba2-Nya yang mampu dan alhamdulillah, I am still alive. till now..

Namun apa pun, aku sangat2 bersyukur kerana dengan nikmat Iman dan Islam ini masih kukuh ada dalam diri aku. Syukur kerana dikurniakan Keluarga yang amat menyayangi diriku. Alhamdulillah. Itu sudah lebih dari memadai. Betul kata orang 'Experience is the best teacher' iaitu Pengalaman mampu mematangkan diri seseorang. Ramai yang belajar dari pengalaman, namun jangan kerana mahu belajar dari pengalaman sendiri, kita akan menyesal seumur hidup. Nasi sudah menjadi bubur tak mungkin dapat jadi beras semula.

justeru itu, berilah kemaafan kepada semua musuh atau orang yang pernah menyakiti hati kita, agar diri kita ini terhindar dari segala pemusuhan, iri hati, bentuk balas dendam, dan kebencian yang akan terus menyelubungi hidup kita.

Diantara perkara yang boleh membuatkan hati seseorang menjadi tenang dan lapang adalah dengan merenungkan keindahan ciptaan Allah Yang Maha Agung di alam semesta. maksudnya, semua ciptaan Allah dilakukan dengan perhitungan yang cermat, dgn hikmah, dengan kerapian, dan dgn berperaturan. sesiapa pun yg melihat alam semesta ini akan tahu bahawa di sana ada Tuhan Yang Maha Kuasa yang melakukan segala sesuatu dgn tidak main- main. Dialah TUHAN YANG MAHA AGUNG lagi MAHA MULIA...


wassalam....

KETENTUAN ILAHI

Assalamualaikum…sekali lagi entry sama yang masuk, kenapa lama sangat aku tak update blog. Aku still akan guna alasan yang sama, iaitu aku kekeringan idea dan tiada apa yang nak di tulis. Entah kenapa tetiba je terasa ada sesuatu yang ingin di coretkan..

Kadang- kadang aku tertanya mampukah aku untuk menjadi seorang anak yang akan mmebahagikan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Mampukah aku melakukan sedemikian. Jika ditanya sekarang memang lidah akn berkata manis belaka. Tapi hakikat kehidupan yang bakal berlaku dalam detik 5 atau 10 tahun akan datang. Cuba fikir apakah kita akan menunaikan janji yang pernah kita taburkan dahulu. Ini adalah untuk ingatan aku. Mampukah aku melaksanakan apa yang telah aku janjikan. Oleh itu, aku meminta pada Yang Maha Esa agar aku ditetapkan iman untuk menjadi seorang hambanya yang beriman dan menjadi seorang anak yang solehah..aminnn …insyAllah…

Adakah semua ini sebagai satu kebetuan atau memang telah di tentukan oleh Allah...Tiada siapa yang mengetahui akan kuasaNya...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala seuatu...Kadang-kadanng sesuatu perkara itu kita sangkakan baik untuk kita, tetapi sebaliknya hanya Allah Yang Maha Mengetahui bahawa apa yang kita rancangkan itu tidak baik bagi kita....Wallahu'alam...

JUMAAT: Adakah Ia Satu Kebetulan Atau Petanda? "Renungkan.. 27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha, 18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah, 25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas, 01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi, 26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW, 02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus, 28-06-2010 Jumaat Hari Wesak, 05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali, 10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri, 01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan, 15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari; Kepada semua kenalanku..sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT.. renungan bersama.."

Monday, July 18, 2011

RESIPI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

ASSALAMUALAIKUM...Sudah lama rasanya tidak menjengah ke ruangan alam maya ini..sudah berminggu-minggu aku meninggalkan ruangan ini..

Bukan niat di hati sudah tidak ada apa yang ingin dicoretkan,tetapi kekangan masa yang telah menghalang aku dari menoretkan sesuatu di ruangan ini...

Apakah kriteria dan sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?

Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.

1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah

Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.

Sesetengah orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.

Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.

2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad

Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.

Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.

3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif

Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.

4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda

Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.

Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.

Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.

5. Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah

Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.

Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.

6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif

Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?

Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.

Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.

Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".

JANGANN JADIKAN MASALAH YANG KECIL SUKAR UNTUK DIKENDALLIKAN...SETIAP MASALAH YANG DI HADAPI PASTI AKAN ADA PENYELESAIANNYA INSYALLAH....MAKE YOUR LIFE EASY....DAN ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA HAMBANYA YANG SENTIASA MENDIRIKAN SOLAT, BERDOA DAN SABAR..INSYALLAH AKAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA DI DUNIA DAN AKHIRAT...AMIN

Thursday, July 7, 2011

TIADA APA UNTUK DIKATA

assalamualaikum...terasa begitu cepat masa berlalu..sekarang kita sudah berada di awal bulan tujuh iaiatu bersamaan dengan bulan Syaaban...Hanya lagi beberapa minggu sahaja Ramadhan yang kita nanti ddan tunggu-tunggu akan menjengah tidak lama lagi...Subhanallah begitu cepat masa berlalu..

Sudah masuk bulan ke-4 aku berkhidmat di sini..Moga segala urusan ku ini akan dipermudahkana oleh Allah SWT...InsyAllah

I'm a teacher because I love to teach.

I'm a teacher because I care for the young minds.

The ones that will one day lead our country when we are in our golden ages.

I'm a teacher. And I'm very proud to be one.

Itulah Ungkapan yang dapat aku nyatakan...Tiada apa atau kata yang mampu ku ungkapkan..
Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui Segala-galanya...Keluargaku,nyawaku, dan cinta hatiku menjadi keutamaan buat diriku...Moga mereka semua dilindungi Allah walau di mana jua kami berada...

Kerana kita tidak tahu, apa yang akan terjadi seminit lagi selepas saat ini, apatah lagi sehari selepas hari ini atau setahun dari sekarang. Kerana kita tidak tahu apa-apa. Kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Kerana kita tidak tahu apa yang terjadi pada masa akan datang.

Kita terus berlari dan mencari. Mengimpikan yang terbaik dan yang tercantik. Mengharapkan yang mudah tiada yang payah. Menginginkan bahagia tanpa derita. Biarpun kita tahu, esok belum tentu lagi milik kita. Dan kita juga tahu, setiap yang berlaku hanya akan berlaku dengan keizinan-Nya semata-mata.

Namun, selagi harapan masih ada. Selagi impian masih di dada. Kita terus berbaik sangka dan optimis. Mengukir pelbagai cerita versi kita. Melakar mimpi dalam jaga. Kita berharap dan berdoa. Moga esok akan bertambah baik. Kejayaan mungkin datang pada kemudian hari. Kebahagiaan mungkin akan menghiasi kehidupan mendatang. Kerana sesungguhnya hanya itu yang kita harap-harapkan.

Biarpun sering jatuh dan terluka. Biarpun selalu sakit dan perit. Biarpun langit tak selalunya cerah. Biarpun diri tak selalunya di atas. Biarpun cerita tak selalu indah. Biarpun pelangi tak sentiasa di dada langit. Kerana tiada siapapun antara kita yang inginkan penderitaan dan penyiksaan. Kerana tiada siapa pun antara kita yang inginkan kegagalan dan kepayahan. Kerana tiada siapa pun antara kita yang inginkan kegelapan dan kesengsaraan.

Hari ini mungkin kita berasa payah hidup sendirian sebatang kara. Lalu kita menadah tangan bermohon kepada Ilahi agar esok kita dikurniakan pasangan dan zuriat yang dapat menemani perjalanan hidup kita. Biarpun kita tidak tahu apa yang menanti di alam berumahtangga . Apakah mungkin hidup bekeluarga lebih sukar daripada hidup sendiri? Kita tidak tahu kerana langit tidak selalunya cerah.

Jangan berasa sedih bila doa kita belum dimakbulkan. Jangan berasa kecewa bila Allah belum kurniakan apa yang kita impikan. Jangan sekali-kali berasa hampa dan beranggapan bahawa Allah itu kejam dan zalim. Ingatlah, mungkin ini sebenarnya lebih baik buat kita. Bukakah Dia memberi ujian hanya kepada hamba-Nya yang mampu.

Mungkin, kepayahan hidup bersendiri ini jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan kepayahan setelah berkeluarga. Kerana kita tidak tahu dan Dia mengetahui segalanya. Dan sungguh, langit tak selalunya cerah.

Analogi yang mudah. Kita mungkin tidak gembira memandu sebuah kereta buruk, lembap dan uzur. Sering rosak sana sini. Lalu kita mengimpikan sebuah kereta baru yang cantik, mantap dan cekap. Dan kita terlupa, langit tidak selalunya cerah. Bilamana kita memiliki kereta yang baru dan cekap, kita mungkin memandu lebih laju dan akan mengakibatkan kemalangan.

Dan mungkin kaki atau tangan kita akan putus atau patah. Cacatlah kita. Sedangkan dengan kereta buruk kita sempurna kaki dan tangan. Dan mungkin waktu itu barulah kita sedar, alangkah indahnya hidup kita jika kita tidak memiliki kereta baru dan masih lagi memandu kereta buruk.

Sungguh, kerana kita tidak tahu apa-apa.

Maka, nikmatilah setiap kepayahan yang sedang kita galas dengan penuh rasa rendah diri. Hargailah setiap penderitaan yang sedang kita alami dengan penuh rasa kesyukuran. Kerana mungkin, esok lebih payah dari hari ini. Kerana kita tidak tahu apa-apa.

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Hadid pada ayat ke 22 dan 23;

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di muka bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri kecuali telah tertulis dalam kitab(lauh mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang sedemikianitu) supaya kalian tidak berputus asa atas apa yang luput dari kalian dan supaya kalian tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kalian. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."

Dan Allah juga berfirman dalam Surah At-Taghaabun ayat yang ke-11;

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Nikmatilah dan hargailah hari ini. Seolah-olah esok tiada lagi buat kita.

Allah berfirman, “Sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah mencukupkan keperluannya.” Surah At-Talaq : Ayat 3

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Surah Al-Faatihah : Ayat 5

Thursday, June 23, 2011

Soalan CEPU MAS

ASSALAMUALAIKUM...Tetiba saja ari ni terasa nak mencoretkan sesuatu, ingin meluahkan apa saja yang terbuku di hati ini, bagaikan terasa mampat dada ini menahan gelora dan gelojak yang berlaku.

apakah ini boleh digelarkan sebagai satu persoalan yang mungkin dihadapi oleh semua orang. Mungkin kot...heheheh

Soalan cepu emas! Saya kira, setiap dari kita paling tidak, sekali seumur hidup tentu pernah ditanya soalan seperti itu. merujuk kepada pengalaman sendiri, persekitaran dan bahan bacaan.

Mungkin nanti, entri kali ini, boleh dijadikan 'panduan' atau 'skema jawapan' bila kelak nanti ditanya soalan yang serupa.

"Bila nak kahwin?"

"Bila nak kahwin?"

"Bila nak kahwin?"

Letih juga kan bila selalu ditanya soalan yang serupa. Kawan saya ada bercerita. Kakaknya kini berusia awal 30-an selalu mengelak untuk balik kampung, apatah lagi menghadiri majlis kenduri kendara kerana 'muak' diasak dengan soalan yang sama...
"Apakah mereka sedikit pun tidak ingin mahu mengerti??"

Entahlah..

Mari kita cuba untuk buat 'mereka' mengerti.

Pertama sekali - kepada yang bertanya dan yang ditanya, cubalah untuk faham. Tiada seorang manusia pun yang saja-saja tidak mahu bernikah tanpa sebab. Bukankah Allah telah berfirman, Dia ciptakan semuanya berpasang-pasangan. Jantan dengan betina. Adam dengan hawa. Ini adalah fitrah!

Cuba kita selami.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang lelaki atau wanita belum berkahwin/tidak bertemu jodoh - setelah mencapai usia yang wajar atau sesuai untuk berkahwin.

i) Trauma / Fobia
Trauma dan fobia ini berpunca daripada beberapa sebab. Antaranya mungkin kerana perceraian ibubapa atau orang yang rapat. Melihat dan melalui sendiri pengalaman buruk akibat daripada kegagalan sesebuah pernikahan. Sebab lain fobia dan trauma adalah mungkin kerana pernah gagal dalam percintaan. Biasanya, orang sukar melupai cinta pertama. Dan biasanya juga. Makin dalam kita mencintai, makin dalam luka dan pedih yang tercipta bilamana percintaan yg dipupuk itu mencapai titik akhir. Sering dibayangi masa lampau yang pelbagai - membuatkan seseorang itu takut dan fobia untuk menerima kehadiran insan baru sebagai pasangan hidup.

ii) Tidak mahu terikat dengan komitmen.
Lebih suka hidup sendirian - lebih bebas untuk ke mana sahaja tanpa perlu bergantung kepada sesiapa. Tanpa perlu meminta izin, 'membuat laporan' setiap kali ingin keluar rumah dan sebagainya.

iii) Terlalu setia.
Ada orang sanggup membujang sampai mati bila 'sidia' yang dipuja, yang diimpikan sebagai pasangan hidup tidak membalas cinta. Setia menanti biarpun seribu tahun. Tak kahwin pun tak apa selagi cinta tidak bersatu. Ada orang yang terikat pada janji - kononnya si dia telah berjanji untuk sehidup semati - maka setialah dia menunggu sedangkan si pujaan hati menghilang entah ke mana. Ada juga yang terlalu percaya pada mimpi - kononnya firasat hati yang kuat bahawa si dia adalah jodoh yang terbaik. Menanti dan terus menanti. Entah sampai bila.

iv) Terlalu banyak rahsia.
Ada orang yang mengelak untuk berkahwin kerana perjalanan hidup yang penuh onak dan duri. Mempunyai masa silam yang 'hitam' dan tidak bersedia untuk membongkar kisah lalu. Tidak sanggup untuk berkongsi kenangan 'hitam' dengan bakal pasangan. Takut untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan terjadi sekiranya rahsia masa lampau terbongkar.

v) Cita-cita mengatasi cinta.
Terlalu bercita-cita tinggi. Sibuk dan tiada masa untuk memikirkan urusan soal nikah kahwin. Bimbang sekiranya bila berkahwin, pasangan akan menjadi penghalang untuk mencapai cita-cita. Cita-cita mungkin keinginan untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya, berjawatan tinggi, berpangkat besar atau bergaji tinggi. Cita-cita mungkin ingin merantau ke seluruh dunia. Cita-cita mungkin ingin menjadi seorang pendakwah - yang mengajak ummah ke arah kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Cita-cita mungkin ingin menjadi anak yang soleh dan taat hanya kepada ibu-bapa dan keluarga.

vi) Survivor. Boleh hidup tanpa lelaki/wanita
Single is simple. Double is trouble. :D

vii) Rendah diri.
Perasaan rendah diri ini hadir juga kerana beberapa sebab. Antaranya, mungkin kerana kecacatan samada cacat kekal atau cacat sementara. Seterusnya, perasaan rendah diri hadir kerana seseorang itu mempunyai penyakit samada penyakit atau mungkin mandul. Berasa kurang keyakinan diri kerana tidak berilmu, tidak berpendidikan tinggi, tidak mempunyai sumber pendapatan yang lumayan, miskin, tidak cantik, tidak putih gebu, tidak tinggi lampai. Juga berasa kurang keyakinan diri kerana latar belakang keluarga yang tidak berapa baik, contohnya keluarga yang bercerai berai atau mempunyai ahli keluarga yang menagih dadah dan sebagainya.

viii) Terlalu memilih.
Ada orang, menangguhkan pernikahannya kerana masih mencari dan mencari dan mencari. Menunggu bidadari dari kayangan. Mungkin!

viiii) Ingin jadi yang terbaik
Ada juga yang menangguhkan pernikahan kerana berasakan masih belum bersedia untuk melangkah ke alam baru. Kononnya ingin persiapkan diri sebaik yang mungkin sebelum bergelar isteri. Mahu belajar masak, menjahit, menghafal Quran, mengumpul wang berjuta-juta, memiliki rumah banglo sepuluh tingkat dan sebagainya terlebih dulu. Kot.

x) Keluarga yang cerewet
Ada juga yang tak nikah-nikah sebab emak dan ayahnya cerewet. Serba tak kena dengan calon menantu. Meletakkan syarat yang bukan-bukan, wang hantaran yang tinggi dan sebagainya. Ada juga keluarga yang mementingkan darjat dan darah keturunan. Contohnya, kalau Syed harus bernikah dengan Syarifah. Dan ada juga ibu bapa yang sengaja menangguhkan pernikahan anak2 mereka kerana tidak mahu berkongsi kasih dengan bakal menantu. Bimbang anak akan mengabaikan mereka setelah menjadi isteri/suami orang.

xi) Gaya hidup yang terlalu bebas.
Tak kahwin pun tak apa! Bebas untuk memuaskan nafsu dengan sesiapa. Petik jari saja. Anytime! Anywhere!

xii) Perangai tidak disenangi
Ada orang, jodohnya lambat kerana sikapnya sendiri yang merimaskan orang lain. Contohnya terlalu cerewet, suka merungut, panas baran, kuat cemburu dan sebagainya. Orang tak betah duduk lama dengannya, apatah lagi hidup sebumbung hingga ke akhir hayat (bernikah)

xiii) Tidak menjaga penampilan diri.
Comot. Tak mandi. Tak gosok gigi.

xiii) Sihir
Pernah tengok tv, kalau tak silap, "semanis kurma" ada membicarakan isu ini. Ada orang, tidak bertemu jodoh kerana disihir. Maaf. Saya kurang arif bab ini. Boleh rujuk kepada ustaz.

Last but not least.

Tiada medium untuk mencari pasangan.
Contohnya, ibu bapa tidak memainkan peranan untuk mencarikan calon suami/isteri untuk anak-anak. Contoh lain, lebih gemar memerap di rumah dan tidak suka bergaul dengan orang juga merupakan antara faktor penyebab kenapa jodoh lambat.

Okeh, demikian, antara beberapa faktor - penyebab kenapa seseorang itu masih belum bernikah atau masih belum bertemu jodoh. Jadi, sekiranya anda bertemu dengan mereka yang belum bernikah, sebelum bertanya soalan 'cepu emas'- eloklah di 'refresh' kesemua faktor-faktor di atas dan silalah pilih salah satu daripadanya - tanpa perlu meneruskan soalan. Ini mungkin dapat menjimatkan air liur anda dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan si dia yang masih belum berumah tangga.

Dan, kepada sesiapa yang masih belum berumahtangga, boleh juga menghafal kesemua faktor di atas. Jika mahu, boleh juga print 'skema jawapan' tersebut - mudah nanti bila ada yang bertanya. Tak perlu cakap apa. Cuma perlu memberi skema jawapan kepada si dia yang bertanya. Mudah! Kan? Hehe.

Baiklah. Sampai di sini dulu. Sedikit sebanyak kajian dan karutan saya. Peringatan. Kesemua di atas adalah menurut pendapat dan idea saya semata-mata, tidak sesuai untuk dijadikan rujukan ilmiah. Mungkin jika ada masa nanti, boleh sambung episod seterusnya pula - bagaimana menangani faktor-faktor lambat bertemu jodoh. InsyaAllah.

Sunday, May 15, 2011

ALLAH ALWAYS WITH US


ASSALAMUALAIKUM, Insyallah hari ini tanggal 15 Mei 2011, bersamaan dengan 11 jamadilakhir 1432 H. Alhamdulillah aku masih diberi kudrat untuk menulis sesuatu kembali dalam laman blog yang kian bersawang ini...

Benar kata pepatah kalau Ikutkan hati mati. Ikutkan rasa, binasa. Sungguh, kadang-kadang saya sendiri lelah dalam mengharungi arus kehidupan yang dikatakan macam roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah, Itulah kehidupan manusia sekejap ada pasang surutnya. Ada masa dan ketikanya saya nyaris berputus asa, mahu saja mengalah tidak mahu meneruskan langkah untuk terus mara ke hadapan. Itulah dikatakan kita sebagai Hamba yang kadang-kadang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Pernah juga terlintas di fikiran senteng ini, 'alangkah bagusnya andai diri ini tidur.. sampai... bila-bila...Biarlah tiada lagi esok untuk aku.



Astagfirullahalazim. Singkat sungguh pemikiran hamba-Mu ini bila difikirkan kembali, terlampau singkatnya pemikiran manusia ketika itu. Seolah-olah mati mampu menyelesaikan segala masalah. Ibarat mati penamat segala derita. Lupa, bahawasanya sesudah mati, alam abadi sedang menanti. Ampunkanlah dosaku Ya Tuhan. Mudah benar hamba-Mu ini menzalimi dirinya sendiri. ASTAFIRULLAHALAZIM...



Sungguh Allah tahu. Allah jua yang mengetahui segala-galanya. Betapa diri ini kian menghampiri keputus-asaan. Betapa diri ini makin goyah, mudah untuk menyerah kalah pada dugaan dan ujian yang datang menduga. Allah Maha Mengetahui dan walaupun saya tahu Allah tahu, tapi entah mengapa sering saja diri ini mahu memalingkan wajah. Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Rabbi..



Namun begitu. Biar apapun kesukaran yang telah ku tempuhi sehingga sekarang, Syukur Alhamdulillah. Saya masih lagi saya. Saya masih lagi mampu tersenyum, masih mampu meneruskan langkah. Sungguh. Saya bersyukur pada Ilahi, kerana Dia tidak pernah meninggalkan diri ini keseorangan.Walau apa jua rintangan dan masalah yang saya tempuhi, ku tetap mampu tersenyum, Kerana kaalimah yang sering aku ungkapkan ialah, Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Allah sentiasa bersama-sama hambanya yang sabar...Alhamdulillah



Saya bersyukur sesungguhnya, kerana saya insan terpilih, yang dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam. Kerana saya beragama Islam, saya yakin bahawasanya Allah sentiasa ada bersama saya. Setiap kali kaki terasa penat, jiwa terasa kosong, hidup terasa sepi, bahu terasa berat, kepala bagaikan mahu pecah, kalimah ini akan terngiang-ngiang di telinga ini..





"Allah kan ada."





Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana agaknya hidup ini tanpa Allah.



Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana hidup mereka yang tidak yakin dan percaya pada Allah. Menyedihkan.



Bayangkan, diri terasa penat dan lelah, hidup sarat dengan penderitaan yang tidak pernah mahu berakhir, sering saja jatuh ditimpa tangga pula. Ujian bertali arus bagai tiada tanda akan bernoktah. Dada bagaikan mahu pecah tidak mampu menahan gelodak rasa. Jiwa meronta-ronta, menangis dan merintih, ingin mengadu, tapi tiada siapa di sisi. Hanya sepi. Hidup sebatang kara, seorang diri. Tiada teman, tiada saudara, tiada Allah. Hanya kesunyian.



Tidak!! Tak mungkin saya mampu meneruskan kehidupan andai saya di tempat itu. Tak mungkin... Tanpa Allah, hidup ini tak mungkin setabah ini. Tanpa Allah, ujian ini tak mungkin dapat saya gagahi.



Yakin dan percayalah. Allah sentiasa ada untuk kita. Allah bukan hanya ada saat kita duduk di atas sejadah. Atau ketika kita mengangkat takbir dan berdiri menunaikan solat. Allah sentiasa ada tidak mengira waktu, ruang dan ketika. Tidak kira samada kita susah atau senang. Dia sentiasa ada untuk kita, cuma kita yang sering saja melupainya. Kufur. Ego. Sombong. Takbur. Riak. Alpa. Leka. Lupa. Kita yang sering mengabaikannya.Nauzubillah....Hindar diri hamba mu ini dari bersikap sedemikian....


Peringatan untuk diri saya sendiri. Kita adalah duta agama kita. Jangan kerana kita, sifat negative kita – agama kita yang dipersalahkan. Ayuh. Tunjukkan sikap dan keperibadian yang mulia. Biarpun diberi racun, kerana Allah, cubalah untuk membalasnya dengan madu. Biarlah mereka berterus-terusan berbuat kejahatan, mungkin mereka tidak tahu, jom, kita sama-sama doakan kebaikan buat mereka. InsyaALlah.



"Ya Tuhan kami, janganlah Kau jadikan kami sasaran (fitnah) bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami, ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau yang maha perkasa, yang maha bijaksana.” (Al-Mumtahanah : ayat 5)





SAHABAT. DOAKAN AGAR SAYA, DAN KITA SEMUA, MENDAPAT KEBERKATAN DAN RAHMAT, SERTA KEAMPUNAN DARI-NYA. WASSALAM.

Wednesday, April 27, 2011

BICARA LUQMANUL HAKIM DAN DEMI MASA

Hai anakku! Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah; orang yang membolehkan dirinya insaf dan sabar menerima nasihat orang lain, tandanya ia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah; berasa hina diri dlm ibadat dan bertaat kepada Allah Taala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepadaNya dan boleh menghindarkan diri daripada maksiat.

Hai anakku! Jauhkanlah dirimu daripada berhutang; sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Hai anakku! Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripada temanmu itu, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu.

Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat berat, tetapi akan lebih berat lagi dari itu, bila kau mempunyai tetangga yang jahat.

Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung; walau sedikit sahaja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.

Hai anakku! Kalau bertemu dua perkara, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri majlis perkahwinan maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingat diri pulang ke kampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingatkan diri kepada kesenangan duniawi sahaja.

Hai anakku! Janganlah engkau makan sampai berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberi makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.

Hai anakku! Janganlah engkau terus-menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya..(yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit, sedang yang pahit bisa menjadi ubat)

Hai anakku! Makanlah makanan bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, rundingkanlah urusanmu dengan alim ulama (dengan cara meminta nasihat kepadanya)

Hai anakku! Bukanlah baik namaya bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedang ilmu yang sedang diperoleh belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya seperti perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkannya lalu dipikulnya tetapi dia tak larat membawanya, namun dia terus menambah lagi.


DEMI MASSA....


Bismillah

A001
Demi Masa! (Al-'Asr 103:1)

A002

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - (Al-'Asr 103:2)

A003

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-'Asr 103:3)