..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, March 25, 2011

WARNA-WARNA KEHIDUPAN


Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Faatihah 1:5)

Allahu Allah.

Berulang kali kita lafazkan ungkapan ini. Berulang kali kita tuturkan menggunakan lidah dan bibir kita. Menyebut-nyebut bahawasanya hanya Allah yang kita sembah, dan hanya kepada Allah jualah kita memohon pertolongan. Tapi mengapa, tiap kali diri ditimpa musibah, mudahnya kita mengeluh. Tiap kali diri berdepan dengan cubaan dan ujian, mudah saja airmata kita mengalir. Tiap kali diri diancam, dikhianati, dilukai, disisihkan, dilupai, diabaikan, ditinggalkan, didustai, disakiti, Allah menjadi tempat terakhir yang kita cari, tempat terakhir untuk kita mengadu dan memohon? Setelah usaha-usaha lain ketemu jalan buntu. Barulah kita menadah tangan berdoa dan bermohon pada-Nya.

Kenapa?

Apakah kerana kita tidak yakin, bahawasanya Allah Maha Berkuasa atas segalanya? Atau kita tidak yakin bahawa Allah Maha Mengetahui tiap apa yang telah terjadi mahupun apa yang bakal terjadi? Atau kita kita tidak yakin, bahawa setiap yang berlaku, hanya berlaku dengan keizinan-Nya. Astagfirullahalazim.

Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (Al-Mu'minuun 23:78)

Saya menyukat diri sendiri. Menyemak diri saya sendiri. Selama ini, apa yang telah saya lakukan dan apa pula yang tidak saya lakukan? Sungguh, nikmat dan anugerah Allah berikan pada saya tidak terhitung banyaknya, namun ternyata, terlalu sedikit saya mensyukuri nikmat pemberian-Nya. Malahan, saya hamba yang hina ini sering pula melakukan dosa dan kesilapan.

Bukan saya tidak tahu bahawasanya neraka itu ada. Bukan saya tidak tahu bahawasanya syurga itu benar-benar ada. Tapi entah di mana silapnya. Saya sering alpa dan lalai. Mudah tergelincir dan terpesong dari jalan yang lurus. Tersesat dan mencari jalan pulang. Mencari cahaya setelah sekian waktu hidup dalam kegelapan. Bangkit setelah jatuh berkali-kali. Barangkali Allah tahu, hati ini lebih mudah menerima cinta-Nya ketika diri ini dalam kesakitan, penderitaan. Barangkali Allah tahu, hati ini lebih lazat menikmati indah kasih-Nya ketika pipi ini basah dengan airmata.

Moga Allah mengampunkan dosa-dosa ini. Tiada siapapun dari kita yang bebas dari melakukan dosa dan kesilapan. Namun begitu, tidak maksum bukan alasan yang terbaik untuk kita membela diri. Saya optimis dan saya percaya, Allah bukan sengaja membiarkan saya menangis, tapi Dia lebih mengetahui segalanya dan saya yakin, Dia mengasihi diri ini. Terima kasih Tuhan, atas segalanya. Nikmat susah dan senang. Dan nikmat kebahagiaan saat airmata keinsafan mengalir di kedua belah pipi ini.

Saya ibarat sang musafir tersesat sendirian di tengah padang pasir, panas, tandus dan kering kontang. Peluh memercik dari setiap liang roma. Saya kepenatan dan kehausan. Dan akhirnya hujan turun membasahi bumi yang gersang. Titik jernih yang jatuh dari langit diminum sepuas-puasnya penuh kelazatan. Membuang segala rasa haus dan dahaga. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan. Rasanya begitu indah.

Saya hari ini adalah kerana apa yang telah saya lakukan pada hari-hari kelmarin. Ujian zaman silam adalah warna hitam dalam sejarah hidup saya. Biarpun sekuat mana saya berusaha untuk melupakan segala kisah yang pernah mencorak masa silam saya, sisa dan bakinya tetap ada tidak mahu hilang.

Ia akan selamanya terus membayangi saya, sampai mati, sampai ke hari pembalasan. Hanya keampunan dan kemaafan dari-Nya yang mampu menyelamatkan saya dari segala azab. Sungguh, tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Allah. Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku.


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:284)


Hidup di dunia bukan mudah. Ujian datang pelbagai warna, mencorak kehidupan kita. Terserah kepada kita bagaimana meladeni warna-warna tersebut, mengolah dan menggubahnya menjadi sebuah lukisan yang indah atau sebaliknya. Ingatlah firman Allah;



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah 2:286)


Wahai diri. Bersyukurlah bila diuji. Ada orang diuji dengan kesenangan, dan ada yang diuji dengan kesempitan. Ada yang diuji dengan kesihatan yang merosot dan banyak lagi, setimpal dengan kemampuan kita. Ada orang, makin besar ujiannya bila dia makin berusaha untuk mendekati Allah. Ada pula sesetengah orang, yang terus dibiarkan dalam kesenangan dan kesesatan. Baginya segala-galanya indah. Hinggakan dia lupa, dunia hanya sementara. Hingga dia lupa, dunia hanyalah senda gurau dan permainan, sedangkan akhirat adalah kehidupan yang sebenar. Naauzubillahiminzalik..

Andai kita diuji. Janganlah goyah atau menyalahkan takdir. Jangan sekali-kali menganggap bahawa Allah tidak adil dan tidak menyayangi diri kita. Ketahuilah bahawa ujian yang paling berat adalah ujian para Nabi. Apakah mereka diuji kerana Allah tidak kasihkan mereka? Pujuklah diri dan hati. Bertabahlah. Allah beri ujian dan dugaan, kerana Allah kasihkan kita. Agar kita kembali dekat dengan-Nya.. Sebelum mati menjemput kita. Sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Anbiya' dan Surah Al-Ahzab;

Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat. (Surah As-Sajadah : Ayat 21)

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiyaa' 21:35)


Yakinlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Bila kita diuji, bersyukurlah kerana Allah sedang 'memberi perhatiannya' kepada kita. Bersyukurlah kerana Allah sedang memberi kita peluang untuk kembali dekat dengan-Nya.

Mungkin sebelum ini kita pernah berbuat dosa. Mohonlah keampunan dari-Nya.
Mungkin sebelum ini kita pernah melupakan Allah. Insaflah. Beristighfarlah.

Sesungguhnya, hanya Dia yang kita sembah, dan hanya kepada Dialah, kita memohon pertolongan. Dan kepada-Nya jualah, kita akan dikembalikan. Bila sampai waktunya nanti.
Perjalanan masih jauh. Mungkin mati akan tiba tidak lama lagi, tapi perjalanan ke negeri abadi memerlukan bekalan yang banyak. Kehidupan selepas mati adalah pasti.
Ya Allah, kami mohon petunjuk dan keampunan dari-Mu. Berikanlah kami kebaikan, di dunia dan di akhirat...

Moga ujian-ujianku, suatu hari nanti, tercantum menjadi sebuah pelangi yang terindah. Amin ya rabb..

Thursday, March 24, 2011

RAHSIA ALLAH SIAPA YANG TAHU

Saat-saat sibuk begini, saya sering rindukan zaman persekolahan juga zaman di mana saya dalam usaha menamatkan pengajian di universiti. Ketika bergelar pelajar, masalah yang digalas adalah berbeza dengan permasalahan yang aku tanggung kini. Masa lapang juga banyak. Kelas bukan sentiasa penuh dari pagi ke petang. Kadang-kadang, kelas cuma 4 hari seminggu. Banyaknya masa yang berlebihan.

Itu dulu, semuanya sudah tinggal kenangan dan menjadi sejarah... Berbeza dengan sekarang. Bergelar seorang pekerja yang makan gaji. Bekerja dari jam 7.40 pagi hingga 3 petang. Pagi-pagi seawal jam 6.50 pagi sudah keluar dari rumah. Waktu bekerja tamat pukul 3. Itu jika tiada urusan kerja yang perlu disegerakan, jika tidak, selagi matahari tidak tenggelam, selagi itulah kaki tidak melangkah pulang kembali ke rumah. Sebaik tiba di rumah, badan pula lesu. Pakaian perlu dicuci, digosok. Bilik perlu dikemas. Teman-teman difacebook juga bertanya khabar. Belum lagi semak e-mel dan macam-macam lagi.(itulah dikatakan hendak seribu daya tak nak seribu dalih...hehhehe sekadar luahaan bukan merungut)

Masa cepat berlalu tanpa sedar. Hari ke hari, minggu ke minggu, begitulah perjalanan hidup ini. Sudah menginjak sebulan aku berkhidmat sebagai guru..Syukur Alhamdulillah kerana aku diberi peluang mengumpul pengalaman hidup..Aku sendiri masih belajar, mohon doa agar segala uruan aku untuk mendidik anak bangsaku dipermudahkan, moga kamai dapat mellahirkan umat Islam yang cemerlang,gemilang dan terbilang, InsyAllah....

Aku akui,Walaupun kadang aku sendiri Jarang benar punyai masa untuk diri sendiri bersantai, apatah lagi berkhayal dan berangan.
Oleh kerana masa saya sangat singkat. Selalunya ketika memandu otak saya ligat berputar. Berfikir tentang pelbagai perkara. Macam-macam. Jarak tempat kerja saya dari rumah adalah kira-kira 20 km, jadi saya perlu mengambil masa lebih 20 minit untuk tiba ke tempat kerja.Masa untuk diri sendiri.


Ketika memandu pulang dari kerja petang semalam, saya tersenyum saja.. Actualy for no reason, cuma terfikir.. Indahnya ciptaan Ilahi, ajal dan jodoh sudah ditentukan tp kenapa ia dirahsiakan? Ada yg berkahwin tp bercerai, kononnya tiada jodoh, apatah lagi yg bertunang dan bercinta, bila2 masa saja terpisah, jodoh belum tentu.. Rahsia. Tiada siapa yang tahu.. Uniknya! Agak-agaknya.. Apa ibrah di sebalik ketentuan Allah yang satu ini?

Saya percaya, setiap dari kita pastinya mempunyai jawapan masing-masing yang tersendiri.Sya juga ada jawapan yang tersendiri

Sungguh kita tidak tahu, siapa jodoh kita. Tidakkah kita pernah terfikir dan berasa hairan, bagaimana seseorang yang asalnya dari Selatan Tanah Air bisa bernikah dengan pasangan yang asalnya dari Utara Tanah Air. Pernahkah anda berasa hairan, melihat si suami yang tampan mempunyai isteri yang kurang dari segi paras rupanya. Dan pernahkah pula anda berasa hairan melihat dua orang yang sangat berbeza karektornya, akhirnya bersatu dengan ikatan pernikahan yang suci? Maha suci Allah.

Sungguh akal kita benar-benar terbatas. Kadang-kadang tidak terjangkau dek akal kita perihal 'keunikan' dalam sesebuah jodoh pertemuan. Ada yang sejak kecil seperti anjing dan kucing, pantang bertemu ada saja pergaduhan tapi bila dewasa rupanya takdir mereka untuk bersama. Tiada siapa yang tahu perancangan Tuhan.

Setiap apa yang Allah ciptakan, tiada yang untuk sia-sia. Segalanya pasti bersebab dan punyai hikmahnya yang tersendiri. Apa agaknya ibrah di sebalik rahsia jodoh?Mohon doa agar dipertemukan jodoh...

Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kite menangisi kehilangannya.

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita.

Sekian, wassalam

Wednesday, March 23, 2011

PENGALAMAN YANG MENDEWASAKAN...

Assalamualaikum.....

sudah lama rasanya aku membiarkan laman ini....bukan sudah di lupakan, tetapi kekangan masa yang menjadikan aku tidak sempat untuk meng update blog ini...

Benarlah manusia akan berubah, tapi itu semua terpulang pada individu itu sendiri..begitu juga dengan iman seseorang. Benarlah iman kita ini ada musimnya, ada pasang dan surutnya, ada naik dan turunnya. Sekejap di atas, beberapa minitnya mungkin di bawah. Astaghfirullahalazim.

sudah lama tiada sesi menulis di ruangan ini. lebih kepada luahan..

Ada masanya kita sangat suka melakukan kebaikan dan kebajikan, bijaksana dalam mentadbir perasaan dan mengawal hati. Dan ada masanya juga, hati kita menjadi goyah. Mudah terpengaruh dan tergoda dengan hasutan syaitan dan nafsu jahat.

Seketika kita mungkin tekun dan khusyuk di atas sejadah, membaca Quran, menolak segala bisikan-bisikan yang memudaratkan jasad dan rohani. Dan beberapa ketika kemudiannya, kita mungkin asyik berkumpul bersama sahabat. Mengumpat dan memfitnah tanpa sedikit rasa kesal di dalam jiwa.

Kita mungkin begitu. Saya juga tidak terkecuali. Ada masanya, saya juga tewas! Allah...ampunilah dosa hamba mu ini....

sudah tiga minggu aku berkhidmat sebagai pendidik di sekolah ini, sudah hampir sebulan juga la rasanya...Tanggungjawab menjadi seorng pendidik...Aku sentiasa memohon pada Allah agar permudahkan segala urusan aku untuk menjadi seorang pendidik..Aku perlu tempuhi suasana yang baru, moga segala urusan aku ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Pengalaman ini banyak mengajar aku untuk sentiasa berhati-hati dan pandai menghormati orang sekeliling, jangan terlalu takbur atau sombong berada di Bumi Allah ini...Aku sentiasa memohon pada Allah moga setiap langkah dan pperjalanan hidup ku didorong ke jalan kebaikan dan diredhai oleh Allah..insyAllah....

Mungkin bagi sesetengah orang, menjaga kelakuan dan pertuturan tidak susah. Apatah lagi menjaga hati. Bukanlah susah sangat kerana apa yang ada dalam hati kita, tiada siapa pun yang tahu. Kita mungkin membenci dan mendendami sahabat kita, tapi selagi kita tidak mengucapkannya dengan bibir kita, atau menunjukkan sebarang kelakuan yang mencurigakan.

Tiada siapa yang tahu!

Kita mungkin berprasangka negatif terhadap kawan kita. Mencurigai dan sering berburuk sangka padanya. Tidak ikhlas bersahabat dengannya. Tapi selagi kita tidak mengakuinya dengan lidah kita. Tiada siapa yang tahu.

Jadi, bukanlah susah menjaga hati. Sapa kata untuk menjaga hati bukanlah sesuatu yang susah, Tapi hakikat yang sebenar ianya bukanlah sesuatu yang mudah...Pengalaman pertama bergelar pendidik, menjadi guru kelas bagi tingkatan satu, bukanlah suatu yang muda, aku masih mencari pendekatan untuk mudahkan mereka fahami apa yang akan aku sampaikan...Mungkin keadaan yang tidak mematangkan dan mendewasakan pelajar ini...rasa terguris dengan sikap pelajar, ya pegalaman ini sudah pun aku rasakan...Tapi itu mungkin bukan salah mereka, Mungkin keadaaan yang menjadikan mereka sedemikian...Hnaya Allah Yang Maha Mengetahui....Wallahualam...

Tapi bagi saya, menjaga hati ini bukanlah suatu yang mudah. Sangat sukar. Kadang masanya, di awal perbuatan dimulakan dengan niat yang baik, namun dipertengahannya sempat hati ini menyeleweng. Terbit perasaan-perasaan negatif cuba mencuri tumpuan. Kadang-kadang mengerti niat sahabat adalah baik, menegur untuk mengingatkan. Tapi hati ini tetap juga negatif, degil untuk menidakkan. Memprotes. Dijentik amarah.

Allah berfirman;

"Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (A-li'Imraan 3:29)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah 2:286)










Monday, March 7, 2011

PENGALAMAN HIDP

Assalamualaikum wbt..

Semoga kita semua sentiasa dikasihi dan dirahmati Allah swt..

Lama tak bersua, alhamdulillah kali ini diizinkan oleh-Nya untuk kembali menukil coretan, barang sepatah dua kata. Sekadar entri pendek.

Pengalaman hidup akan menjadikan seseorang itu dewasa,melalui pengalaman juga akan menjadikan seseorang itu berfikiran dewasa. Tapi tak tahulah kalau ada sebaliknya.

Pertama kali bergelar guru, ak begitu terasa kekok, memang itulah yang aku akui. Aku mencuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah tersebut. Itu adalah pengalaman yang berguna buat dirik. Aku disini adalah untuk muhasabah diri sendiri, dan mungkin, boleh ambil sedikit pengajaran dari apa yang berlaku di persekitaran yang akan aku tempuhi..

1- Don't judge the book by it's cover

Most of us very familiar with this quote. Yup. True. First impression is important. Boleh memberi 99% gambaran daripada jumlah penuh 100%. Tapi harus diingatkan juga, tidak semua pandangan pertama adalah 100% tepat dan benar. Kadang-kadang, apa yang kita lihat cuma mewakili 1% daripada cerita sebenar dan boleh membawa ke arah salah sangka dan buruk sangka. Berhati-hati dalam membuat andaian jangan sampai tersilap langkah.begitu juga jangan terlalu menghukum seseorang itu hanya melihat dari luaran sahaja. Kadang-kadang apa yang dilihat dari luar tidak sama apa yang tersirat di sanubari seseorang itu.

2- I am not perfect too.
Bear in mind that every of us have possibility to make a mistake or doing wrong. Kita juga tak mungkin terlepas dari melakukan kesalahan, kesilapan mahupun dosa. Kita juga ada kebarangkalian untuk gagal dan tidak berjaya. Begitu juga dalam bersuara dan memberi pandangan. Jangan memandang rendah atau memperlekehkan pandangan orang lain. Mungkin kita hebat. Mungkin benar kita banyak ilmu, tapi itu tidak bermakna kita boleh menjatuhkan maruah orang lain, menghina atau menyindir orang lain. Mungkin pandangan, cara melihat mahupun idea mereka pelik, tapi tidak mustahil mereka betul dan yang salah sebenarnya kita.Jadi tak salah sekiranya kita belajar dari kesilapan lalu.

3- Dark water have no reflection
Cermin yang kotor akan memberi pantulan yang kotor juga. Air yang hitam pekat mana mungkin dapat menghasilkan bayang yang indah dan putih bersih. Begitu juga hati yang busuk dan penuh dengan perasaan negatif, mana mungkin mampu memberi tafsiran yang positif? Segalanya akan kelihatan buruk dan ditafsirkan negatif. Apa saja, ada saja yang tidak kena. Oleh itu, untuk menghasilkan bayang-bayang yang cantik, haruslah bersihkan air supaya jernih dan tenang. Untuk membuahkan pemikiran dan tanggapan yang positif, juga harus membersihkan hati dari segala anasir-anasir yang negatif.

4- Think big and creative

Jangan terlalu sempitkan pemikiran, jumud atau 'rigid'. Variasikan dan pelbagaikan sudut pandang dan cambahkan lagi idea. Luaskan lagi cara melihat. Jangan sekat dan kongkong pemikiran sendiri. Jangan mudah berputus asa dan cepat berpuas hati dengan hasil usaha tanpa memikirkan kaedah-kaedah lain untuk mantapkan lagi apa yang kita miliki. Bersyukur itu perlu namun orang-orang yang beruntung adalah orang yang hari ini lebih baik dari hari semalam.


moga kita semua akan berada di bawah lindungan Rahmat Allah SWT...

WASSALAM..