..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, March 24, 2011

RAHSIA ALLAH SIAPA YANG TAHU

Saat-saat sibuk begini, saya sering rindukan zaman persekolahan juga zaman di mana saya dalam usaha menamatkan pengajian di universiti. Ketika bergelar pelajar, masalah yang digalas adalah berbeza dengan permasalahan yang aku tanggung kini. Masa lapang juga banyak. Kelas bukan sentiasa penuh dari pagi ke petang. Kadang-kadang, kelas cuma 4 hari seminggu. Banyaknya masa yang berlebihan.

Itu dulu, semuanya sudah tinggal kenangan dan menjadi sejarah... Berbeza dengan sekarang. Bergelar seorang pekerja yang makan gaji. Bekerja dari jam 7.40 pagi hingga 3 petang. Pagi-pagi seawal jam 6.50 pagi sudah keluar dari rumah. Waktu bekerja tamat pukul 3. Itu jika tiada urusan kerja yang perlu disegerakan, jika tidak, selagi matahari tidak tenggelam, selagi itulah kaki tidak melangkah pulang kembali ke rumah. Sebaik tiba di rumah, badan pula lesu. Pakaian perlu dicuci, digosok. Bilik perlu dikemas. Teman-teman difacebook juga bertanya khabar. Belum lagi semak e-mel dan macam-macam lagi.(itulah dikatakan hendak seribu daya tak nak seribu dalih...hehhehe sekadar luahaan bukan merungut)

Masa cepat berlalu tanpa sedar. Hari ke hari, minggu ke minggu, begitulah perjalanan hidup ini. Sudah menginjak sebulan aku berkhidmat sebagai guru..Syukur Alhamdulillah kerana aku diberi peluang mengumpul pengalaman hidup..Aku sendiri masih belajar, mohon doa agar segala uruan aku untuk mendidik anak bangsaku dipermudahkan, moga kamai dapat mellahirkan umat Islam yang cemerlang,gemilang dan terbilang, InsyAllah....

Aku akui,Walaupun kadang aku sendiri Jarang benar punyai masa untuk diri sendiri bersantai, apatah lagi berkhayal dan berangan.
Oleh kerana masa saya sangat singkat. Selalunya ketika memandu otak saya ligat berputar. Berfikir tentang pelbagai perkara. Macam-macam. Jarak tempat kerja saya dari rumah adalah kira-kira 20 km, jadi saya perlu mengambil masa lebih 20 minit untuk tiba ke tempat kerja.Masa untuk diri sendiri.


Ketika memandu pulang dari kerja petang semalam, saya tersenyum saja.. Actualy for no reason, cuma terfikir.. Indahnya ciptaan Ilahi, ajal dan jodoh sudah ditentukan tp kenapa ia dirahsiakan? Ada yg berkahwin tp bercerai, kononnya tiada jodoh, apatah lagi yg bertunang dan bercinta, bila2 masa saja terpisah, jodoh belum tentu.. Rahsia. Tiada siapa yang tahu.. Uniknya! Agak-agaknya.. Apa ibrah di sebalik ketentuan Allah yang satu ini?

Saya percaya, setiap dari kita pastinya mempunyai jawapan masing-masing yang tersendiri.Sya juga ada jawapan yang tersendiri

Sungguh kita tidak tahu, siapa jodoh kita. Tidakkah kita pernah terfikir dan berasa hairan, bagaimana seseorang yang asalnya dari Selatan Tanah Air bisa bernikah dengan pasangan yang asalnya dari Utara Tanah Air. Pernahkah anda berasa hairan, melihat si suami yang tampan mempunyai isteri yang kurang dari segi paras rupanya. Dan pernahkah pula anda berasa hairan melihat dua orang yang sangat berbeza karektornya, akhirnya bersatu dengan ikatan pernikahan yang suci? Maha suci Allah.

Sungguh akal kita benar-benar terbatas. Kadang-kadang tidak terjangkau dek akal kita perihal 'keunikan' dalam sesebuah jodoh pertemuan. Ada yang sejak kecil seperti anjing dan kucing, pantang bertemu ada saja pergaduhan tapi bila dewasa rupanya takdir mereka untuk bersama. Tiada siapa yang tahu perancangan Tuhan.

Setiap apa yang Allah ciptakan, tiada yang untuk sia-sia. Segalanya pasti bersebab dan punyai hikmahnya yang tersendiri. Apa agaknya ibrah di sebalik rahsia jodoh?Mohon doa agar dipertemukan jodoh...

Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kite menangisi kehilangannya.

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita.

Sekian, wassalam

0 comments: