..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, September 22, 2011

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI

Assalamualaikum....

Sudah lama rasanya tiada kesempatan untuk mengupdate blog yang lama sudah di tinggalkan....Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dgn nikmat kesihatan yang telah dikurniakan kepada diriku...Walaupun sekarang sedang mengalami demam yang sudah seminggu berlanjutan...


Benarlah Firman Allah, sesudah kesulitan ada kemudahan. Akhirnya, barulah saya tahu dan yakin, tiada apa yang diciptakan-Nya sia-sia. Segalanya pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya, cuma bergantung kepada diri ini untuk bagaimana menilainya.

Saya hari ini adalah kerana apa yang telah saya lalui pada hari-hari semalam. Jika bukan kerana apa yang telah saya tempuhi, saya mungkin bukanlah saya seperti hari ini. Pengalaman yang mendewasakan saya. Biarpun sudah banyak harga yang telah dibayar demi erti sebuah kedewasaan, saya akur dan terimanya sebagai suratan hidup saya, yang tak perlu saya sesali. Segalanya adalah takdir Ilahi. Terjadi dengan keizinan-Nya semata-mata.

Tiada guna saya tangisi. Semuanya anugerah dari Ilahi. Mungkin waktu itu ianya perit untuk saya hadapi, tapi esok bagaimana, hanya Allah yang Maha Tahu. Dan Alhamdulillah, saya masih lagi yakin dan percaya pada janji-janji Allah. Setiap kebaikan pasti dibalas dengan lebih banyak kebaikan dari-Nya. InsyaAllah, saya akan terus bertahan, berbuat lebih banyak kebaikan. Mudah-mudahan, kebaikan itu mampu menghapus kejahatan yang pernah saya lakukan sebelum ini. Moga-moga, kebaikan itu bisa menempah suatu tempat di syurga buat saya kelak. Amin ya
rabb.


Moga diri ini mencontohi Asiah, menolak istana di dunia demi mengejar istana di akhirat.

Moga diri ini mencontohi Khadijah, mencintai dan dicintai manusia yang dicintai Allah.

Moga diri ini mencontohi Maryam, menjaga kesucian hingga ke negeri abadi.

Moga diri ini mencontohi Fatimah, sentiasa cukup dengan apa yang dimiliki.


Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.

Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.




Sunday, September 4, 2011

JIKA DI BERI PILIHAN

ASSALAMUALAIKUM wrbth wabarakatuh.....

Kehidupan boleh diibaratkan sebagai roda, sekejap kita akan berada di atas kemuncak, sekejap saja bila roda berputar kita mungkin akan berada di bawah...
Jika di mahkamah dunia salah dan silap seseorang tu akan ditentukan oleh seorang Hakim yang akan mengadili sebuah perbicaraan, serta akan di sokong oleh hujah-hujah yang akan dikemukakan 0leh peguam utk mengukuhkan fakta sama ada untuk menentukan yang menuduh atau yang di tuduh bersalah atau tidak....itulah pancaroba kehidupan di mahkamah dunia....

Bagaimana kehidupan kita semua di dunia yang satu lagi, di mana Allah yang akan menjadi AL-HAKIM, yang akan mengadili kehidupan kita semasa hidup di duni..Pada saat ini , jika kita sebagai hambaNYA diberi pilihan...Sudh tentu ramai yang meminta utk kembali ke dunia, ingin memperbetulkan segala salah dan silap, mungkin ada yang memninta utk kemmbali ke dunia untuk kembali beriman utk mengerjakan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang...
Sebgai hambaNYa kita perlu sentiasa mengakui bahawa kita bukan lah hamba yang ssempurna, masih banyak kekurangan yang perlu kita perbaiki..Dalam hati ini tiada siapa yang mengerti, apa yang kita rasakan hanya Allah Yang Maha Mengetahui semua ini..Hati ini milik Allah dan hanya PadaNya lah aku berserh diri, menghrapkan yang terbaik buat diri ku ini...

Kita Ada Kelemahan. Setiap daripada kita, atau mungkin kita semua tentunya punyai kekurangan dan kelemahan masing-masing. Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi

'Nobody is perfect!'
Namun harus sentiasa sematkan di dalam jiwa, kekurangan itu bukanlah segala-galanya yang menjadi penyebab gagalnya segala impian dan cita-cita kita. Janganlah kelemahan dan ketidaksempurnaan yang ada pada diri kita, menjadi alasan untuk kita tidak mencapai kejayaan. Janganlah kerana kecacatan itu, kita mudah berputus asa dan cepat mengaku kalah. Janganlah kerana kekurangan kita itu, kita selalu mengeluh dan merungut, menjadi malas untuk berusaha. Naauzubillahiminzalik.

Ingat jangan lupa, firman Allah dalam Surah At-Tiin, ayat 4 yang bermaksud; Aku berlindung dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."

[Surah At-Tiin : Ayat 4] Oleh yang demikian, tanganilah kelemahan yang ada pada diri kita sebaik yang mungkin. Cubalah untuk menutup dan mengatasi kelemahan kita itu dengan kekuatan dan kelebihan lain yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Dan jadikan ketidaksempurnaan kita itu sebagai pembakar semangat, pemangkin untuk kita berusaha lebih gigih, agar kita setanding atau lebih baik daripada insan-insan lain. InsyaAllah.

Try to take it easy. Bukan bererti kita lari dari masalah atau bersikap tidak ambil peduli, cuma, kita harus mengurangkan tekanan dalam jiwa dan minda kita, mengalih sedikit perhatian dan pandangan agar tidak terlalu fokus kepada kekurangan tersebut, cuba untuk sentiasa berlapang dada dan berfikiran positif serta optimis.

You are what you think. Jika kita menganggap dan mentafsirkannya sebagai masalah besar yang sangat serius, maka besarlah ia. Sebaliknya, jika kita menerimanya sebagai ujian kecil yang mampu kita atasi sebagaimana firman Allah, bahawa Dia memberi dugaan kepada hamba-Nya yang mampu memikulnya, insyaAllah, kita mampu menanganinya dengan baik, dengan izin Alah. Accept your weakness. Belajar untuk terima kekurangan dan ketidaksempurnaan dengan redha dan hati terbuka.

Yakinlah bahawa Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Percayalah bahawa setiap apa yang dicipta oleh-Nya, tentu ada hikmah dan ibrah yang tersembunyi. Mungkin pada kita ianya buruk tapi mungkin juga, itulah yang terbaik buat kita.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud..
"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

"
Saya sendiri, adakalanya tertekan dengan beberapa sifat negatif yang ada dalam diri saya, yang tidak mampu saya atasi biarpun usaha telah saya lakukan. Namun akhirnya saya sedar dan akur, ia menjadi negatif kerana saya yang menerimanya sebagai negatif, lalu saya cuba belajar untuk redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Semampu saya.

Mari kita cuba! Tafsirkannya sebagai positif, umpamanya; Saya berbeza daripada orang lain kerana saya memang diciptakan unik! Saya bukan cacat tapi saya sebenarnya istimewa! Saya tidak bodoh cuma insan terpilih untuk berusaha lebih gigih! Mari mencuba! Cubalah! Worry ends when faith begin. Trust me.. And more than that, trust Allah. I believe that we can do it, with Allah wills. All the best and till we meet again.

Wassalam.