..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, November 26, 2010

KETULUSAN HATI

ASSALAMUALAIKUM....


Bukan hendak menyatakan bahawa diri ini betul, tapi itulah realiti yang berlaku di depan mata. Bukan Niat di hati untuk menyangkal realiti yang terjadi..Sejarah turut membuktikan apabila orang melayu berpegang teguh pada amalan Islam kita akan menjadi bangsa yang dihormati. Kita perlulah melakukan hijrah dengan membuat pembaharuan transformasi.

Segetir mana pun ujian yang harus dilalui dalam kehidupan ini, kita tidak harus berputus asa, sebaliknya kita mestilah bersedia untuk menghadapi apa saja asalkan tidak menyimpang daripada kehendaknya. Kadangkala terbit dari hati dan sanubari..Pasrah dengan apa yang sudah berlaku, dan menganggap setiap ketentuan Allah SWT telah tersirat sejuta hikmah, adalah satu sifat mulia dan terpuji yang dituntut dalam Islam. Agama juga telah mendidik umatnya sentiasa reda melakukan kebaikan dan menerima segala ujian dengan hati yang terbuka.

Ketetapan Allah adalah sesuatu yang tidak dapat ditandingi, apatah lagi kita ingkar kerana kita hamba yang selalu diuji untuk menambahkan keimanan dalam diri.

Setiap daripada kita, atau mungkin kita semua tentunya punyai kekurangan dan kelemahan masing-masing. Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi 'Nobody is perfect!'...

Aku, sentiasa berdoa agar sentiasa diberi kekuatan dalam menghadapi semua dugaan dan rintangan hidup ini...Ku berharap agar apa yang terjadi dalam kehidupan seharian aku akan ada perubahan..Semoga semua ahli keluarga ku akan sentiasa di bawah Rahmat Allah SWT..AMINN n insyAllah...

Namun harus sentiasa sematkan di dalam jiwa, kekurangan itu bukanlah segala-galanya yang menjadi penyebab gagalnya segala impian dan cita-cita kita. Janganlah kelemahan dan ketidaksempurnaan yang ada pada diri kita, menjadi alasan untuk kita tidak mencapai kejayaan. Janganlah kerana kecacatan itu, kita mudah berputus asa dan cepat mengaku kalah. Janganlah kerana kekurangan kita itu, kita selalu mengeluh dan merungut, menjadi malas untuk berusaha. Naauzubillahiminzalik.

Ingat jangan lupa, firman Allah dalam Surah At-Tiin, ayat 4 yang bermaksud;

Aku berlindung dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
[Surah At-Tiin : Ayat 4]


Oleh yang demikian, tanganilah kelemahan yang ada pada diri kita sebaik yang mungkin. Cubalah untuk menutup dan mengatasi kelemahan kita itu dengan kekuatan dan kelebihan lain yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Dan jadikan ketidaksempurnaan kita itu sebagai pembakar semangat, pemangkin untuk kita berusaha lebih gigih, agar kita setanding atau lebih baik daripada insan-insan lain.

Worry ends when faith begin. Trust me.. And more than that, trust Allah. I believe that we can do it, with Allah wills. All the best and till we meet again.

Wassalam

Tuesday, November 23, 2010

I'M Back

ALHAMDULILLAH AKU MASIH LAGI HIDUP DAN BERNAFAS PADA USIA INI...

Semalam atau Jumaat yang lalu 19/11/ 2010 bersamaan dengan 12 Zulhijjah 1431 H genap usiaku 23 tahun..Terima Kasih pada kedua ibubapaku, keluarga dan semua teman- teman yang turut mendoakan kesejahteraan hidup ku...InsyAllah moga doa kita semua di makbulkan...Aminnn...Tiada apa yang aku dambakan cukup sekadar doa yang kalian sudi titipkan buatku...hanya ucapan terima kasih yang mampu ku ungkapkan dan hanya Allah yang mampu membalas semuanya..InsyALLAH...Pejam celik sungguh pantas masa berlalu..

Aku tertanya- tanya adakah diriku sudah matang untuk terus meneroka hidup ini. Memang tak dapat dinafikan aku ada cita- cita yang ingin aku kejar, Terasa ingin mencoretkan sesuatu, tak dapat dinafikan dengan gelaran pelajar tahun akhir telah membuatkan diri aku terlalu sibuk..sehinggakan aku tidak pulang ke kampung pada cuti semester ini...

kalaulah ada insan- insan yang mengerti di sinilah duniaku, walaupun apa yang aku coretkan ini bukanlah 100 % kebenaran..tapi itu lah hakikat dan realiti yang harus aku, kamu atau kita semua harus hadapi dan lalui dalam menjalani kehidupan di dunia fana ini..apa yang aku coretkan di sini adalah dari pengalaman hidup aku dan teman- temanku sendiri...

Aku tertanya- tanya apa yang aku inginkan dalam hidupku ini??? Aku tidak mahu membuat apa2 permintaan, tapi aku ingin membuat satu titik perubahan dalam hidupku. Aku sedar umurku sekarang sudah menjangkau 23 tahun bukan lagi seorang yang berusia belasan tahun yang boleh mengambil mudah dalam semua hal..

tertanya- tanya pada diriku..apakah yang sudah aku lakukan sepanjang usiaku 22 tahun, sifatku dan sikapku adakah masih sama, suka membebel dan marah..aku juga masih lagi bersifat 'childish'..tu pun berlaku kadang- kadang tanpa diriku sedari..apa yang aku ketahui aku, masih ambil mudah terhadap semua perkara dan masih lagi bersendirian...tapi aku yakin semua itu ada hikmah disebaliknya..."Hasbunallah wa ni' mal wakil..Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik- baik pelindung"...

Tak dinafikan bahawa, aku banyak melakukan kesilapan pada usia aku menjangkau 22 tahun, Aku akui sedikit sebanyak ianya telah meninggalkan kesan wat diri ku...Alhamdulillah berkat kesabaran dan semangat yang tinggal aku mulai Belajar dari kesilapan, kata orang, pengalaman adalah guru yang paling hebat. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan serupa sebagaimana yang telah saya lakukan ketika masih berusia belasan tahun.

Alhamdulillah pada usia aku 23 tahun ini aku berjaya memperoleh Ijazah...Syukur Alhamdulillah..semua ini adalah atas berkat doa dan sokongan dari semua ahli keluarga dan sahabat2 sekalian, aku ingin terus berusaha untuk menjadi yg lebih baik pada hari2 akan mendatang..insyAllah...

Masa terus berlalu, dari hari ke hari, tahun ke tahun. Saya memandang ke depan, setiap saat dan detik. Mungkin hidup saya tidak seindah hidup kalian, tidak sebahagia sahabat-sahabat yang lain namun saya syukuri setiap apa yang saya miliki hari ini seadanya. Kadang terbit perasaan resah dan bimbang dalam diri ini, apakah yang akan terjadi kepada diri saya kelak bila saya bukan lagi saya seperti hari ini?

Bukan saya tidak takut untuk terus melangkah ke hadapan. Tapi saya juga sedar, ketakutan itu tidak akan ke mana-mana. Umpama bayang-bayang yang tidak mampu melukai saya walau seinci. Belum tentu menjelma atau tidak. Semuanya tidak pasti. Hidup ini adalah suatu perjuangan yang sentiasa berpanjangan, yang kita tidak tahu di mana pengakhirannya. Dan selagi kita masih bernafas, selagi itu jugalah, kita harus sentiasa berjuang. Aku akan terus berjuang dan sentiasa akan mencari keredhaan dari Allah swt dan kedua ibu bapaku, untuk menjadi hambanya yang beriman, bertaqwa dan berjaya di dunia dan akhirat...Aminnn Ya Rabbal A'lamin...

Saya hanyalah manusia biasa. Namun saya percaya, hanya Allah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Beri peluang untuk jiwa dan rohani kita menerima santapan-santapan yang bermanfaat. Jangan biar ia kelaparan hanya semata-mata kerana kita rasa kita sudah cukup kenyang. Moga-moga, kita peroleh kebahagiaan, dunia dan akhirat.


wassalam....

Monday, November 15, 2010

APA YANG AKU RASA...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Apa khabar Saudara saudari yang sudi menjadi pengunjung blog yang masih banyak kekurangannya.. Moga kita sentiasa di bawah naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi, amin.. Mohon ampun maaf kerana kebelakangan ini tidak berkesempatan untuk kemas kini blog ini. Bukan sengaja menjauhkan diri, cuma, ketidakmampuan diri ini untuk menulis sepatah dua kata di laman yang kian bersawang ini.

Hidup ini ibarat sebuah pengembaraan panjang. Suatu proses perjalanan yang sering memaksa kita membuat keputusan, setiap masa dan ketika. Kanan atau kiri. Baik atau buruk. Syurga atau neraka. Dan banyak lagi.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana pada hari sabtu lepas saya telah berjaya menduduki ujian MTEST....Ku memohon agar segala apa yang telah aku selesaikan dipermudahkan oleh Allah SWT...sAYA hanya merancang, tetapi penentu segala nya adalah Allah SWT...JIKA apa yang telah ditentukan oleh NYA untuk saya menjadi seorang pendidik pasti akan ada juga rezeki itu, kerana saya percaya sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah dan telah ditentukan oleh-NYA...

Benarlah, saya hanyalah manusia yang lemah, tidak tahu apa yang bakal terjadi . Saya juga tidak tahu apa yang sedang menanti di hadapan sana. Dalam hati ini sentiasa berharap dan berdoa agar akan ada pintu rezeki yang terbuka untuk diri ku ini....

SENTIASA MEMOHON DAN MEMINTA PADA YANG BERHAK....

Mungkin kata-kata itu, atau persoalan tersebut pernah terlintas dalam sanubari kita tatkala resah gelisah dan gundah gulana bertandang di jiwa. Mungkin keyakinan yang ditanam tidak cukup utuh, mudah goyah bilamana angin dugaan datang menguji hamba yang lemah ini.

Mungkin juga, diri ini dan kita yang sering tidak tahu menghargai dan mensyukuri segala anugerah dan pemberian-Nya, lalu kita sengaja membina benteng, membutakan mata, memekakkan telinga, menafikan segala kebesaran dan keagungan Tuhan yang Esa. Biarpun segalanya terbentang luas di depan mata. Ibarat hamba yang tidak mengenang budi. Menafikan Sang Pencipta. Benar-benar lupa diri. Sungguh aku benar-benar mengaku seringkali alpa...

Sabarlah menanti. Saat itu pasti tiba. Dan semoga, bila ianya hadir, kita tidak gentar dan tidak lemah. Moga Allah memakbulkan doa-doa kita semua dan tempatkan kita semua dalam kalangan orang2 yang beriman.

Wassalam.

APA YANG AKU RASA...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Apa khabar Saudara saudari yang sudi menjadi pengunjung blog yang masih banyak kekurangannya.. Moga kita sentiasa di bawah naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi, amin.. Mohon ampun maaf kerana kebelakangan ini tidak berkesempatan untuk kemas kini blog ini. Bukan sengaja menjauhkan diri, cuma, ketidakmampuan diri ini untuk menulis sepatah dua kata di laman yang kian bersawang ini.

Hidup ini ibarat sebuah pengembaraan panjang. Suatu proses perjalanan yang sering memaksa kita membuat keputusan, setiap masa dan ketika. Kanan atau kiri. Baik atau buruk. Syurga atau neraka. Dan banyak lagi.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana pada hari sabtu lepas saya telah berjaya menduduki ujian MTEST....Ku memohon agar segala apa yang telah aku selesaikan dipermudahkan oleh Allah SWT...sAYA hanya merancang, tetapi penentu segala nya adalah Allah SWT...JIKA apa yang telah ditentukan oleh NYA untuk saya menjadi seorang pendidik pasti akan ada juga rezeki itu, kerana saya percaya sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah dan telah ditentukan oleh-NYA...

Benarlah, saya hanyalah manusia yang lemah, tidak tahu apa yang bakal terjadi . Saya juga tidak tahu apa yang sedang menanti di hadapan sana. Dalam hati ini sentiasa berharap dan berdoa agar akan ada pintu rezeki yang terbuka untuk diri ku ini....

SENTIASA MEMOHON DAN MEMINTA PADA YANG BERHAK....

Mungkin kata-kata itu, atau persoalan tersebut pernah terlintas dalam sanubari kita tatkala resah gelisah dan gundah gulana bertandang di jiwa. Mungkin keyakinan yang ditanam tidak cukup utuh, mudah goyah bilamana angin dugaan datang menguji hamba yang lemah ini.

Mungkin juga, diri ini dan kita yang sering tidak tahu menghargai dan mensyukuri segala anugerah dan pemberian-Nya, lalu kita sengaja membina benteng, membutakan mata, memekakkan telinga, menafikan segala kebesaran dan keagungan Tuhan yang Esa. Biarpun segalanya terbentang luas di depan mata. Ibarat hamba yang tidak mengenang budi. Menafikan Sang Pencipta. Benar-benar lupa diri. Sungguh aku benar-benar mengaku seringkali alpa...

Moga Allah memakbulkan doa-doa kita semua.

Wassalam.

Thursday, November 11, 2010

KEPULANGAN YANG DINANTI



SYUKUR KE HADRAT ILAHI DENGAN KURNIAAN DAN NIKMAT YANG DIBERIKAN TERHADAP KU DAN SEMUA AHLI KELUARGA DAN SELURUH UMAT ISLAM...

SYUKUR ALHAMDULILLAH KU PANJATKAN...
KEPULANGAN YANG DINANTI-NANTIKAN...

Alhamdulillah Tuhan masih memberi keizinan untuk saya mencoret sepatah dua kata DI LAMAN YANG KIAN BERSAWANG INI....
CEPAT betul masa berlalu,pejam celik sudah 11 november hari ini..lagi 17 hari akan menjelang 28 november, dah tak lama dah ayah dan emak aku akan pulang dari menunaikan haji...aku akui aku terlalu merindui dan mengasihi mereka...

Rindu pada insan pertama menyintaiku. Sepenuh hatinya menyintaiku, sebelum sempat aku melihat dunia. Biarpun tidak pernah bertemu muka, bertentang mata, bertatap wajah. Dia sentiasa mengasihiku setiap waktu. Aku rindu pada insan yang melindungiku setiap masa, menenangkan aku tatkala aku kegelisahan. Menyapu airmata yang murah mengalir di pipi. Memeluk aku di saat aku ketakutan.

Bila aku terjatuh, dialah insan pertama yang menghulurkan tangan untuk menarikku kembali ke atas. Bila aku terluka, dialah insan pertama yang membalut luka, menuang seribu penawar biarpun luka itu tiada berdarah. Bila aku gentar mendongak kepala memandang ke hadapan, dia memimpin tanganku, menerangi jalan buatku.

Ibu, kau dicipta sempurna oleh-Nya. Dikaulah 'malaikatku' yang sentiasa aku kasihi dan aku rindui. Moga kita kekal bahagia, sampai syurga.

Ibuku. Aku sayang kamu.

Rinduku bertebaran. Berlabuh pula pada seorang insan yang setia di sisiku. Dia yang mendokong aku, menyokong aku, mengajar aku bertatih, mengajarkan aku alif ba ta. Dia yang menghiburkan aku, menyanyikan lagu bila aku berduka. Dia yang mengusap kepalaku dengan tangan kasarnya penuh kasih. Dia yang tak betah melihat aku menangis.

Dialah ayah yang aku kasihi.

Biarpun susah, demi melihat segaris senyuman di wajahku, ayah sanggup mengalah. Biarpun penat dan lelah, demi melihat aku gembira ayah sanggup berbuat apa sahaja. Kita bergurau senda, ketawa sama-sama. Dan ayah, anakmu kini sudah dewasa.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu-bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku masih kecil. Aku juga memohon pada Mu, Kurniakanlah kesihatan yang baik dan permudah kan urusan kedua ibubapaku disana agar mereka mendapat haji yang Mabrur...InsyAllah...

JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI

ASSALAMUALAIKUM....

Rasanya sudah lama tidak mencoretkan apa-apa dalam laman blog..Boleh dikatakan sudah lama tidak meluahkan buah fikiran, sudah lama terdiam menyepi hinggakan telah meninggalkan sesawang...

Tiada kata yang dapat diluahkan apabila perasaan rindu yang kian mengcengkam jiwa..Dikatakan sudah hampir menjengah sebulan pemergian mereka yang aku sayangi ke Tanah Suci Mekah..betul ada pepatah megatakan jika tiada depan mata baru kita akan mula teringat pada orang yang jauh dari kita..Sedangkan apabila di depan mata langsung tidak diendahkan @ kita menunjukkan rasa saynag yang kita rasa...

Sesungguhnya saya bersyukur , kerana saya insan terpilih, yang dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam. Kerana saya beragama Islam, saya yakin bahawasanya Allah sentiasa ada bersama saya. Setiap kali kaki terasa penat, jiwa terasa kosong, hidup terasa sepi, bahu terasa berat, kepala bagaikan mahu pecah, kalimah ini terngiang-ngiang di telinga ini..

"Allah kan ada."

Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana agaknya hidup ini tanpa Allah. Tanpa orang-orang yang menyayangiku..Aku terlalu bersyukur dengan kurniaan ini ya Allah.
Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana hidup mereka yang tidak yakin dan percaya pada Allah. Menyedihkan.

Bayangkan, diri terasa penat dan lelah, hidup sarat dengan penderitaan yang tidak pernah mahu berakhir, sering saja jatuh ditimpa tangga pula. Ujian bertali arus bagai tiada tanda akan bernoktah. Dada bagaikan mahu pecah tidak mampu menahan gelodak rasa. Jiwa meronta-ronta, menangis dan merintih, ingin mengadu, tapi tiada siapa di sisi. Hanya sepi. Hidup sebatang kara, seorang diri. Tiada teman, tiada saudara, tiada Allah. Hanya kesunyian.

Tidak!! Tak mungkin aku mampu meneruskan kehidupan andai saya di tempat itu. Tak mungkin... Tanpa Allah, hidup ini tak mungkin setabah ini. Tanpa Allah, ujian ini tak mungkin dapat saya gagahi.

Yakin dan percayalah. Allah sentiasa ada untuk kita. Allah bukan hanya ada saat kita duduk di atas sejadah. Atau ketika kita mengangkat takbir dan berdiri menunaikan solat. Allah sentiasa ada tidak mengira waktu, ruang dan ketika. Tidak kira samada kita susah atau senang. Dia sentiasa ada untuk kita, cuma kita yang sering saja melupainya. Kufur. Ego. Sombong. Takbur. Riak. Alpa. Leka. Lupa. Kita yang sering mengabaikannya.

Moga kita semua akan tetap dipelihara iman sepanjang hidup, ketika mati dan selepas mati kita..sentiasa ditetapkan iman dan sentiasa mensyukuri nikmat Allah S.W.T.