ASSALAMUALAIKUM....
Bukan hendak menyatakan bahawa diri ini betul, tapi itulah realiti yang berlaku di depan mata. Bukan Niat di hati untuk menyangkal realiti yang terjadi..Sejarah turut membuktikan apabila orang melayu berpegang teguh pada amalan Islam kita akan menjadi bangsa yang dihormati. Kita perlulah melakukan hijrah dengan membuat pembaharuan transformasi.
Segetir mana pun ujian yang harus dilalui dalam kehidupan ini, kita tidak harus berputus asa, sebaliknya kita mestilah bersedia untuk menghadapi apa saja asalkan tidak menyimpang daripada kehendaknya. Kadangkala terbit dari hati dan sanubari..Pasrah dengan apa yang sudah berlaku, dan menganggap setiap ketentuan Allah SWT telah tersirat sejuta hikmah, adalah satu sifat mulia dan terpuji yang dituntut dalam Islam. Agama juga telah mendidik umatnya sentiasa reda melakukan kebaikan dan menerima segala ujian dengan hati yang terbuka.
Ketetapan Allah adalah sesuatu yang tidak dapat ditandingi, apatah lagi kita ingkar kerana kita hamba yang selalu diuji untuk menambahkan keimanan dalam diri.
Setiap daripada kita, atau mungkin kita semua tentunya punyai kekurangan dan kelemahan masing-masing. Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi 'Nobody is perfect!'...
Aku, sentiasa berdoa agar sentiasa diberi kekuatan dalam menghadapi semua dugaan dan rintangan hidup ini...Ku berharap agar apa yang terjadi dalam kehidupan seharian aku akan ada perubahan..Semoga semua ahli keluarga ku akan sentiasa di bawah Rahmat Allah SWT..AMINN n insyAllah...
Namun harus sentiasa sematkan di dalam jiwa, kekurangan itu bukanlah segala-galanya yang menjadi penyebab gagalnya segala impian dan cita-cita kita. Janganlah kelemahan dan ketidaksempurnaan yang ada pada diri kita, menjadi alasan untuk kita tidak mencapai kejayaan. Janganlah kerana kecacatan itu, kita mudah berputus asa dan cepat mengaku kalah. Janganlah kerana kekurangan kita itu, kita selalu mengeluh dan merungut, menjadi malas untuk berusaha. Naauzubillahiminzalik.
Ingat jangan lupa, firman Allah dalam Surah At-Tiin, ayat 4 yang bermaksud;
Aku berlindung dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
[Surah At-Tiin : Ayat 4]
Oleh yang demikian, tanganilah kelemahan yang ada pada diri kita sebaik yang mungkin. Cubalah untuk menutup dan mengatasi kelemahan kita itu dengan kekuatan dan kelebihan lain yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Dan jadikan ketidaksempurnaan kita itu sebagai pembakar semangat, pemangkin untuk kita berusaha lebih gigih, agar kita setanding atau lebih baik daripada insan-insan lain.

Worry ends when faith begin. Trust me.. And more than that, trust Allah. I believe that we can do it, with Allah wills. All the best and till we meet again.
Wassalam

0 comments:
Post a Comment