..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, November 11, 2010

KEPULANGAN YANG DINANTI



SYUKUR KE HADRAT ILAHI DENGAN KURNIAAN DAN NIKMAT YANG DIBERIKAN TERHADAP KU DAN SEMUA AHLI KELUARGA DAN SELURUH UMAT ISLAM...

SYUKUR ALHAMDULILLAH KU PANJATKAN...
KEPULANGAN YANG DINANTI-NANTIKAN...

Alhamdulillah Tuhan masih memberi keizinan untuk saya mencoret sepatah dua kata DI LAMAN YANG KIAN BERSAWANG INI....
CEPAT betul masa berlalu,pejam celik sudah 11 november hari ini..lagi 17 hari akan menjelang 28 november, dah tak lama dah ayah dan emak aku akan pulang dari menunaikan haji...aku akui aku terlalu merindui dan mengasihi mereka...

Rindu pada insan pertama menyintaiku. Sepenuh hatinya menyintaiku, sebelum sempat aku melihat dunia. Biarpun tidak pernah bertemu muka, bertentang mata, bertatap wajah. Dia sentiasa mengasihiku setiap waktu. Aku rindu pada insan yang melindungiku setiap masa, menenangkan aku tatkala aku kegelisahan. Menyapu airmata yang murah mengalir di pipi. Memeluk aku di saat aku ketakutan.

Bila aku terjatuh, dialah insan pertama yang menghulurkan tangan untuk menarikku kembali ke atas. Bila aku terluka, dialah insan pertama yang membalut luka, menuang seribu penawar biarpun luka itu tiada berdarah. Bila aku gentar mendongak kepala memandang ke hadapan, dia memimpin tanganku, menerangi jalan buatku.

Ibu, kau dicipta sempurna oleh-Nya. Dikaulah 'malaikatku' yang sentiasa aku kasihi dan aku rindui. Moga kita kekal bahagia, sampai syurga.

Ibuku. Aku sayang kamu.

Rinduku bertebaran. Berlabuh pula pada seorang insan yang setia di sisiku. Dia yang mendokong aku, menyokong aku, mengajar aku bertatih, mengajarkan aku alif ba ta. Dia yang menghiburkan aku, menyanyikan lagu bila aku berduka. Dia yang mengusap kepalaku dengan tangan kasarnya penuh kasih. Dia yang tak betah melihat aku menangis.

Dialah ayah yang aku kasihi.

Biarpun susah, demi melihat segaris senyuman di wajahku, ayah sanggup mengalah. Biarpun penat dan lelah, demi melihat aku gembira ayah sanggup berbuat apa sahaja. Kita bergurau senda, ketawa sama-sama. Dan ayah, anakmu kini sudah dewasa.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu-bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku masih kecil. Aku juga memohon pada Mu, Kurniakanlah kesihatan yang baik dan permudah kan urusan kedua ibubapaku disana agar mereka mendapat haji yang Mabrur...InsyAllah...

0 comments: