..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, November 11, 2010

JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI

ASSALAMUALAIKUM....

Rasanya sudah lama tidak mencoretkan apa-apa dalam laman blog..Boleh dikatakan sudah lama tidak meluahkan buah fikiran, sudah lama terdiam menyepi hinggakan telah meninggalkan sesawang...

Tiada kata yang dapat diluahkan apabila perasaan rindu yang kian mengcengkam jiwa..Dikatakan sudah hampir menjengah sebulan pemergian mereka yang aku sayangi ke Tanah Suci Mekah..betul ada pepatah megatakan jika tiada depan mata baru kita akan mula teringat pada orang yang jauh dari kita..Sedangkan apabila di depan mata langsung tidak diendahkan @ kita menunjukkan rasa saynag yang kita rasa...

Sesungguhnya saya bersyukur , kerana saya insan terpilih, yang dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam. Kerana saya beragama Islam, saya yakin bahawasanya Allah sentiasa ada bersama saya. Setiap kali kaki terasa penat, jiwa terasa kosong, hidup terasa sepi, bahu terasa berat, kepala bagaikan mahu pecah, kalimah ini terngiang-ngiang di telinga ini..

"Allah kan ada."

Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana agaknya hidup ini tanpa Allah. Tanpa orang-orang yang menyayangiku..Aku terlalu bersyukur dengan kurniaan ini ya Allah.
Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana hidup mereka yang tidak yakin dan percaya pada Allah. Menyedihkan.

Bayangkan, diri terasa penat dan lelah, hidup sarat dengan penderitaan yang tidak pernah mahu berakhir, sering saja jatuh ditimpa tangga pula. Ujian bertali arus bagai tiada tanda akan bernoktah. Dada bagaikan mahu pecah tidak mampu menahan gelodak rasa. Jiwa meronta-ronta, menangis dan merintih, ingin mengadu, tapi tiada siapa di sisi. Hanya sepi. Hidup sebatang kara, seorang diri. Tiada teman, tiada saudara, tiada Allah. Hanya kesunyian.

Tidak!! Tak mungkin aku mampu meneruskan kehidupan andai saya di tempat itu. Tak mungkin... Tanpa Allah, hidup ini tak mungkin setabah ini. Tanpa Allah, ujian ini tak mungkin dapat saya gagahi.

Yakin dan percayalah. Allah sentiasa ada untuk kita. Allah bukan hanya ada saat kita duduk di atas sejadah. Atau ketika kita mengangkat takbir dan berdiri menunaikan solat. Allah sentiasa ada tidak mengira waktu, ruang dan ketika. Tidak kira samada kita susah atau senang. Dia sentiasa ada untuk kita, cuma kita yang sering saja melupainya. Kufur. Ego. Sombong. Takbur. Riak. Alpa. Leka. Lupa. Kita yang sering mengabaikannya.

Moga kita semua akan tetap dipelihara iman sepanjang hidup, ketika mati dan selepas mati kita..sentiasa ditetapkan iman dan sentiasa mensyukuri nikmat Allah S.W.T.

0 comments: