..StArT tHE dAy WiTh SoMeThINg SwEeT.. DeNgAN LaFaZ:بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, November 26, 2010

KETULUSAN HATI

ASSALAMUALAIKUM....


Bukan hendak menyatakan bahawa diri ini betul, tapi itulah realiti yang berlaku di depan mata. Bukan Niat di hati untuk menyangkal realiti yang terjadi..Sejarah turut membuktikan apabila orang melayu berpegang teguh pada amalan Islam kita akan menjadi bangsa yang dihormati. Kita perlulah melakukan hijrah dengan membuat pembaharuan transformasi.

Segetir mana pun ujian yang harus dilalui dalam kehidupan ini, kita tidak harus berputus asa, sebaliknya kita mestilah bersedia untuk menghadapi apa saja asalkan tidak menyimpang daripada kehendaknya. Kadangkala terbit dari hati dan sanubari..Pasrah dengan apa yang sudah berlaku, dan menganggap setiap ketentuan Allah SWT telah tersirat sejuta hikmah, adalah satu sifat mulia dan terpuji yang dituntut dalam Islam. Agama juga telah mendidik umatnya sentiasa reda melakukan kebaikan dan menerima segala ujian dengan hati yang terbuka.

Ketetapan Allah adalah sesuatu yang tidak dapat ditandingi, apatah lagi kita ingkar kerana kita hamba yang selalu diuji untuk menambahkan keimanan dalam diri.

Setiap daripada kita, atau mungkin kita semua tentunya punyai kekurangan dan kelemahan masing-masing. Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi 'Nobody is perfect!'...

Aku, sentiasa berdoa agar sentiasa diberi kekuatan dalam menghadapi semua dugaan dan rintangan hidup ini...Ku berharap agar apa yang terjadi dalam kehidupan seharian aku akan ada perubahan..Semoga semua ahli keluarga ku akan sentiasa di bawah Rahmat Allah SWT..AMINN n insyAllah...

Namun harus sentiasa sematkan di dalam jiwa, kekurangan itu bukanlah segala-galanya yang menjadi penyebab gagalnya segala impian dan cita-cita kita. Janganlah kelemahan dan ketidaksempurnaan yang ada pada diri kita, menjadi alasan untuk kita tidak mencapai kejayaan. Janganlah kerana kecacatan itu, kita mudah berputus asa dan cepat mengaku kalah. Janganlah kerana kekurangan kita itu, kita selalu mengeluh dan merungut, menjadi malas untuk berusaha. Naauzubillahiminzalik.

Ingat jangan lupa, firman Allah dalam Surah At-Tiin, ayat 4 yang bermaksud;

Aku berlindung dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
[Surah At-Tiin : Ayat 4]


Oleh yang demikian, tanganilah kelemahan yang ada pada diri kita sebaik yang mungkin. Cubalah untuk menutup dan mengatasi kelemahan kita itu dengan kekuatan dan kelebihan lain yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Dan jadikan ketidaksempurnaan kita itu sebagai pembakar semangat, pemangkin untuk kita berusaha lebih gigih, agar kita setanding atau lebih baik daripada insan-insan lain.

Worry ends when faith begin. Trust me.. And more than that, trust Allah. I believe that we can do it, with Allah wills. All the best and till we meet again.

Wassalam

Tuesday, November 23, 2010

I'M Back

ALHAMDULILLAH AKU MASIH LAGI HIDUP DAN BERNAFAS PADA USIA INI...

Semalam atau Jumaat yang lalu 19/11/ 2010 bersamaan dengan 12 Zulhijjah 1431 H genap usiaku 23 tahun..Terima Kasih pada kedua ibubapaku, keluarga dan semua teman- teman yang turut mendoakan kesejahteraan hidup ku...InsyAllah moga doa kita semua di makbulkan...Aminnn...Tiada apa yang aku dambakan cukup sekadar doa yang kalian sudi titipkan buatku...hanya ucapan terima kasih yang mampu ku ungkapkan dan hanya Allah yang mampu membalas semuanya..InsyALLAH...Pejam celik sungguh pantas masa berlalu..

Aku tertanya- tanya adakah diriku sudah matang untuk terus meneroka hidup ini. Memang tak dapat dinafikan aku ada cita- cita yang ingin aku kejar, Terasa ingin mencoretkan sesuatu, tak dapat dinafikan dengan gelaran pelajar tahun akhir telah membuatkan diri aku terlalu sibuk..sehinggakan aku tidak pulang ke kampung pada cuti semester ini...

kalaulah ada insan- insan yang mengerti di sinilah duniaku, walaupun apa yang aku coretkan ini bukanlah 100 % kebenaran..tapi itu lah hakikat dan realiti yang harus aku, kamu atau kita semua harus hadapi dan lalui dalam menjalani kehidupan di dunia fana ini..apa yang aku coretkan di sini adalah dari pengalaman hidup aku dan teman- temanku sendiri...

Aku tertanya- tanya apa yang aku inginkan dalam hidupku ini??? Aku tidak mahu membuat apa2 permintaan, tapi aku ingin membuat satu titik perubahan dalam hidupku. Aku sedar umurku sekarang sudah menjangkau 23 tahun bukan lagi seorang yang berusia belasan tahun yang boleh mengambil mudah dalam semua hal..

tertanya- tanya pada diriku..apakah yang sudah aku lakukan sepanjang usiaku 22 tahun, sifatku dan sikapku adakah masih sama, suka membebel dan marah..aku juga masih lagi bersifat 'childish'..tu pun berlaku kadang- kadang tanpa diriku sedari..apa yang aku ketahui aku, masih ambil mudah terhadap semua perkara dan masih lagi bersendirian...tapi aku yakin semua itu ada hikmah disebaliknya..."Hasbunallah wa ni' mal wakil..Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik- baik pelindung"...

Tak dinafikan bahawa, aku banyak melakukan kesilapan pada usia aku menjangkau 22 tahun, Aku akui sedikit sebanyak ianya telah meninggalkan kesan wat diri ku...Alhamdulillah berkat kesabaran dan semangat yang tinggal aku mulai Belajar dari kesilapan, kata orang, pengalaman adalah guru yang paling hebat. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan serupa sebagaimana yang telah saya lakukan ketika masih berusia belasan tahun.

Alhamdulillah pada usia aku 23 tahun ini aku berjaya memperoleh Ijazah...Syukur Alhamdulillah..semua ini adalah atas berkat doa dan sokongan dari semua ahli keluarga dan sahabat2 sekalian, aku ingin terus berusaha untuk menjadi yg lebih baik pada hari2 akan mendatang..insyAllah...

Masa terus berlalu, dari hari ke hari, tahun ke tahun. Saya memandang ke depan, setiap saat dan detik. Mungkin hidup saya tidak seindah hidup kalian, tidak sebahagia sahabat-sahabat yang lain namun saya syukuri setiap apa yang saya miliki hari ini seadanya. Kadang terbit perasaan resah dan bimbang dalam diri ini, apakah yang akan terjadi kepada diri saya kelak bila saya bukan lagi saya seperti hari ini?

Bukan saya tidak takut untuk terus melangkah ke hadapan. Tapi saya juga sedar, ketakutan itu tidak akan ke mana-mana. Umpama bayang-bayang yang tidak mampu melukai saya walau seinci. Belum tentu menjelma atau tidak. Semuanya tidak pasti. Hidup ini adalah suatu perjuangan yang sentiasa berpanjangan, yang kita tidak tahu di mana pengakhirannya. Dan selagi kita masih bernafas, selagi itu jugalah, kita harus sentiasa berjuang. Aku akan terus berjuang dan sentiasa akan mencari keredhaan dari Allah swt dan kedua ibu bapaku, untuk menjadi hambanya yang beriman, bertaqwa dan berjaya di dunia dan akhirat...Aminnn Ya Rabbal A'lamin...

Saya hanyalah manusia biasa. Namun saya percaya, hanya Allah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Beri peluang untuk jiwa dan rohani kita menerima santapan-santapan yang bermanfaat. Jangan biar ia kelaparan hanya semata-mata kerana kita rasa kita sudah cukup kenyang. Moga-moga, kita peroleh kebahagiaan, dunia dan akhirat.


wassalam....

Monday, November 15, 2010

APA YANG AKU RASA...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Apa khabar Saudara saudari yang sudi menjadi pengunjung blog yang masih banyak kekurangannya.. Moga kita sentiasa di bawah naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi, amin.. Mohon ampun maaf kerana kebelakangan ini tidak berkesempatan untuk kemas kini blog ini. Bukan sengaja menjauhkan diri, cuma, ketidakmampuan diri ini untuk menulis sepatah dua kata di laman yang kian bersawang ini.

Hidup ini ibarat sebuah pengembaraan panjang. Suatu proses perjalanan yang sering memaksa kita membuat keputusan, setiap masa dan ketika. Kanan atau kiri. Baik atau buruk. Syurga atau neraka. Dan banyak lagi.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana pada hari sabtu lepas saya telah berjaya menduduki ujian MTEST....Ku memohon agar segala apa yang telah aku selesaikan dipermudahkan oleh Allah SWT...sAYA hanya merancang, tetapi penentu segala nya adalah Allah SWT...JIKA apa yang telah ditentukan oleh NYA untuk saya menjadi seorang pendidik pasti akan ada juga rezeki itu, kerana saya percaya sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah dan telah ditentukan oleh-NYA...

Benarlah, saya hanyalah manusia yang lemah, tidak tahu apa yang bakal terjadi . Saya juga tidak tahu apa yang sedang menanti di hadapan sana. Dalam hati ini sentiasa berharap dan berdoa agar akan ada pintu rezeki yang terbuka untuk diri ku ini....

SENTIASA MEMOHON DAN MEMINTA PADA YANG BERHAK....

Mungkin kata-kata itu, atau persoalan tersebut pernah terlintas dalam sanubari kita tatkala resah gelisah dan gundah gulana bertandang di jiwa. Mungkin keyakinan yang ditanam tidak cukup utuh, mudah goyah bilamana angin dugaan datang menguji hamba yang lemah ini.

Mungkin juga, diri ini dan kita yang sering tidak tahu menghargai dan mensyukuri segala anugerah dan pemberian-Nya, lalu kita sengaja membina benteng, membutakan mata, memekakkan telinga, menafikan segala kebesaran dan keagungan Tuhan yang Esa. Biarpun segalanya terbentang luas di depan mata. Ibarat hamba yang tidak mengenang budi. Menafikan Sang Pencipta. Benar-benar lupa diri. Sungguh aku benar-benar mengaku seringkali alpa...

Sabarlah menanti. Saat itu pasti tiba. Dan semoga, bila ianya hadir, kita tidak gentar dan tidak lemah. Moga Allah memakbulkan doa-doa kita semua dan tempatkan kita semua dalam kalangan orang2 yang beriman.

Wassalam.

APA YANG AKU RASA...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Apa khabar Saudara saudari yang sudi menjadi pengunjung blog yang masih banyak kekurangannya.. Moga kita sentiasa di bawah naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi, amin.. Mohon ampun maaf kerana kebelakangan ini tidak berkesempatan untuk kemas kini blog ini. Bukan sengaja menjauhkan diri, cuma, ketidakmampuan diri ini untuk menulis sepatah dua kata di laman yang kian bersawang ini.

Hidup ini ibarat sebuah pengembaraan panjang. Suatu proses perjalanan yang sering memaksa kita membuat keputusan, setiap masa dan ketika. Kanan atau kiri. Baik atau buruk. Syurga atau neraka. Dan banyak lagi.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana pada hari sabtu lepas saya telah berjaya menduduki ujian MTEST....Ku memohon agar segala apa yang telah aku selesaikan dipermudahkan oleh Allah SWT...sAYA hanya merancang, tetapi penentu segala nya adalah Allah SWT...JIKA apa yang telah ditentukan oleh NYA untuk saya menjadi seorang pendidik pasti akan ada juga rezeki itu, kerana saya percaya sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah dan telah ditentukan oleh-NYA...

Benarlah, saya hanyalah manusia yang lemah, tidak tahu apa yang bakal terjadi . Saya juga tidak tahu apa yang sedang menanti di hadapan sana. Dalam hati ini sentiasa berharap dan berdoa agar akan ada pintu rezeki yang terbuka untuk diri ku ini....

SENTIASA MEMOHON DAN MEMINTA PADA YANG BERHAK....

Mungkin kata-kata itu, atau persoalan tersebut pernah terlintas dalam sanubari kita tatkala resah gelisah dan gundah gulana bertandang di jiwa. Mungkin keyakinan yang ditanam tidak cukup utuh, mudah goyah bilamana angin dugaan datang menguji hamba yang lemah ini.

Mungkin juga, diri ini dan kita yang sering tidak tahu menghargai dan mensyukuri segala anugerah dan pemberian-Nya, lalu kita sengaja membina benteng, membutakan mata, memekakkan telinga, menafikan segala kebesaran dan keagungan Tuhan yang Esa. Biarpun segalanya terbentang luas di depan mata. Ibarat hamba yang tidak mengenang budi. Menafikan Sang Pencipta. Benar-benar lupa diri. Sungguh aku benar-benar mengaku seringkali alpa...

Moga Allah memakbulkan doa-doa kita semua.

Wassalam.

Thursday, November 11, 2010

KEPULANGAN YANG DINANTI



SYUKUR KE HADRAT ILAHI DENGAN KURNIAAN DAN NIKMAT YANG DIBERIKAN TERHADAP KU DAN SEMUA AHLI KELUARGA DAN SELURUH UMAT ISLAM...

SYUKUR ALHAMDULILLAH KU PANJATKAN...
KEPULANGAN YANG DINANTI-NANTIKAN...

Alhamdulillah Tuhan masih memberi keizinan untuk saya mencoret sepatah dua kata DI LAMAN YANG KIAN BERSAWANG INI....
CEPAT betul masa berlalu,pejam celik sudah 11 november hari ini..lagi 17 hari akan menjelang 28 november, dah tak lama dah ayah dan emak aku akan pulang dari menunaikan haji...aku akui aku terlalu merindui dan mengasihi mereka...

Rindu pada insan pertama menyintaiku. Sepenuh hatinya menyintaiku, sebelum sempat aku melihat dunia. Biarpun tidak pernah bertemu muka, bertentang mata, bertatap wajah. Dia sentiasa mengasihiku setiap waktu. Aku rindu pada insan yang melindungiku setiap masa, menenangkan aku tatkala aku kegelisahan. Menyapu airmata yang murah mengalir di pipi. Memeluk aku di saat aku ketakutan.

Bila aku terjatuh, dialah insan pertama yang menghulurkan tangan untuk menarikku kembali ke atas. Bila aku terluka, dialah insan pertama yang membalut luka, menuang seribu penawar biarpun luka itu tiada berdarah. Bila aku gentar mendongak kepala memandang ke hadapan, dia memimpin tanganku, menerangi jalan buatku.

Ibu, kau dicipta sempurna oleh-Nya. Dikaulah 'malaikatku' yang sentiasa aku kasihi dan aku rindui. Moga kita kekal bahagia, sampai syurga.

Ibuku. Aku sayang kamu.

Rinduku bertebaran. Berlabuh pula pada seorang insan yang setia di sisiku. Dia yang mendokong aku, menyokong aku, mengajar aku bertatih, mengajarkan aku alif ba ta. Dia yang menghiburkan aku, menyanyikan lagu bila aku berduka. Dia yang mengusap kepalaku dengan tangan kasarnya penuh kasih. Dia yang tak betah melihat aku menangis.

Dialah ayah yang aku kasihi.

Biarpun susah, demi melihat segaris senyuman di wajahku, ayah sanggup mengalah. Biarpun penat dan lelah, demi melihat aku gembira ayah sanggup berbuat apa sahaja. Kita bergurau senda, ketawa sama-sama. Dan ayah, anakmu kini sudah dewasa.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu-bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku masih kecil. Aku juga memohon pada Mu, Kurniakanlah kesihatan yang baik dan permudah kan urusan kedua ibubapaku disana agar mereka mendapat haji yang Mabrur...InsyAllah...

JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI

ASSALAMUALAIKUM....

Rasanya sudah lama tidak mencoretkan apa-apa dalam laman blog..Boleh dikatakan sudah lama tidak meluahkan buah fikiran, sudah lama terdiam menyepi hinggakan telah meninggalkan sesawang...

Tiada kata yang dapat diluahkan apabila perasaan rindu yang kian mengcengkam jiwa..Dikatakan sudah hampir menjengah sebulan pemergian mereka yang aku sayangi ke Tanah Suci Mekah..betul ada pepatah megatakan jika tiada depan mata baru kita akan mula teringat pada orang yang jauh dari kita..Sedangkan apabila di depan mata langsung tidak diendahkan @ kita menunjukkan rasa saynag yang kita rasa...

Sesungguhnya saya bersyukur , kerana saya insan terpilih, yang dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam. Kerana saya beragama Islam, saya yakin bahawasanya Allah sentiasa ada bersama saya. Setiap kali kaki terasa penat, jiwa terasa kosong, hidup terasa sepi, bahu terasa berat, kepala bagaikan mahu pecah, kalimah ini terngiang-ngiang di telinga ini..

"Allah kan ada."

Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana agaknya hidup ini tanpa Allah. Tanpa orang-orang yang menyayangiku..Aku terlalu bersyukur dengan kurniaan ini ya Allah.
Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana hidup mereka yang tidak yakin dan percaya pada Allah. Menyedihkan.

Bayangkan, diri terasa penat dan lelah, hidup sarat dengan penderitaan yang tidak pernah mahu berakhir, sering saja jatuh ditimpa tangga pula. Ujian bertali arus bagai tiada tanda akan bernoktah. Dada bagaikan mahu pecah tidak mampu menahan gelodak rasa. Jiwa meronta-ronta, menangis dan merintih, ingin mengadu, tapi tiada siapa di sisi. Hanya sepi. Hidup sebatang kara, seorang diri. Tiada teman, tiada saudara, tiada Allah. Hanya kesunyian.

Tidak!! Tak mungkin aku mampu meneruskan kehidupan andai saya di tempat itu. Tak mungkin... Tanpa Allah, hidup ini tak mungkin setabah ini. Tanpa Allah, ujian ini tak mungkin dapat saya gagahi.

Yakin dan percayalah. Allah sentiasa ada untuk kita. Allah bukan hanya ada saat kita duduk di atas sejadah. Atau ketika kita mengangkat takbir dan berdiri menunaikan solat. Allah sentiasa ada tidak mengira waktu, ruang dan ketika. Tidak kira samada kita susah atau senang. Dia sentiasa ada untuk kita, cuma kita yang sering saja melupainya. Kufur. Ego. Sombong. Takbur. Riak. Alpa. Leka. Lupa. Kita yang sering mengabaikannya.

Moga kita semua akan tetap dipelihara iman sepanjang hidup, ketika mati dan selepas mati kita..sentiasa ditetapkan iman dan sentiasa mensyukuri nikmat Allah S.W.T.

Tuesday, September 7, 2010

ASK YOURSELF VS LELAKI IDAMAN






LELAKI IDAMANKU UTK MENUJU KEBAHAGIAAN DI DUNIA N AKHIRAT


Lelaki idamanku adalah seorang lelaki yang beriman Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah


Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam


Yang sentiasa haus dengan ilmu Yang sentiasa dahaga akan pahala


Yang solatnya adalah maruah dirinya


Yang tidak pernah takut untuk berkata benar


Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu


Yang sentiasa bersama kumpulan orang2 yang berjuang dijalan Allah Lelaki idamanku adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya


Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya


Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya Yang sentiasa berbuat kebajkan kerana sifatnya yang penyayang


Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang Lelaki idamanku adalah lelaki yang menghormati ibunya


Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga


Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga


Yang akan mendidik isteri dan anak2 mendalami Islam


Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat Lelaki idamanku tidak pernah membazirkan masa Matanya kepenatan kerana penat membaca


Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir


Tidurnya lena dengan cahaya keimanan Bangunnya subuh penuh kecergasan Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki idamanku sentiasa mengingati mati


Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat


Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik


Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idamanku adalah lelaki Yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan Syurga Di situlah rumah idamannya Dan dia ingin membawa ku bersama


Dialah lelaki idaman ku…..


semuanya 'Yang'...But ask Yourself..apa yang ada dengan diri kita..kadang-kadang kita inginkan yang terbaik, sedangkan diri kita sendiri adakah sudah menadi yang terbaik...renung-renungkanlah...


kita selalu meninginkan orang lain ,enjadi terbaik pada pandangan mata kita sendiri, tapi adakah diri kita sudah yang terbaik...sebelum kita menghukum seseorang, kita perlu lihat dan cermin diri sendiri dahulu....


ASK YOURSELF THEN YOU CAN ASK ANYBODY...


ASK YOURSELF (ADA APA DENGAN DIRI KITA)


TIAP2 HARI KITA TANYA DIRI..............
ADA APA DENGAN DIRI................. ADA APA DENGAN DIRI YA?????


TAPI DIRI SLALU JAWAB CARILAH SENDIRI...........


TIAP2 HARI KAKI INI MELANGKAH...DAN TERUS MELANGKAH....
MELANGKAH MENUJU KE SUATU DESTINASI.....

DAH JAUH DAN PENAT KAKI INI MELANGKAH.......

TAPI MASIH LAGI GAGAL TANYA "ADA APA DGN DIRI"????...

TIAP2 HARI ATAU KADANG2 DIRI BUAT DOSA......
AMAL USAH DITANYA...ENTAH SEJAUH MANA YANG DIRI KITA LAKUKAN...


TAPI SERING KATA PADA DIRI SENDIRI.... APAKAH HIKMAH PERBUATAN KU INI...


TAPI DIRI SERING BERKATA DAN MEMBISIKKAN KATA2...
BERSABAR LAH... ITU ADALAH UJIAN-NYA DAN MESTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA...


TAPI KADANG- KADANG AIR MATA JATUH MEMBASAHI PIPI INI........
ENTAH KENAPA SENYUMAN MANIS MASIH BOLEH TERUKIR WALAUPUN DIRI KITA KETIKA ITU SEDANG BERSEDIH...........PELIK...PELIK KAN.....

BILA SEDIH JE....
DIRI KITA AKAN DUDUK DIAM SAJA..... DIRI INI SERING PENDAM SEGALA SEDIH DI HATI....

PENDAM PUNYA LA PENDAM AKHIRNYA.... AIR MATA JATUH MEMBASAHI BUMI....


KADANG- KADANG GELAK TAWA MENGHIASI HARI- HARI KITA........

NAMUN, MASIH TIDAK DAPAT MENUTUP SEGALA SEDIH DI HATI.......
ENTAH APA2 JA KAN.....


KETAWA PUNYA LA KETAWA AKHIRNYA MEMBUATKAN......... DIRI JADI HEPI!!!
ADA APA DGN DIRI?
DLM DIRI ADA DIRI KITA SENDIRI...


YG SELALU TEMANI KITA , TIKA KITA SUNYI...

YG SELALU TEMANI KITA, TIME KITA TAKOTTTT....

YG SELALU BRSAMA KITA, WALAU SUSAH DAN SENANG...

ADA APA DGN DIRI....
DIRI ITU ADALAH DIRI KITA SENDIRI......

SO, SETIAP APA YANG TERJADI KEATAS DIRI KITA, KITA SENDIRI LAH YANG MENCORAKKANNYA....


FIKIR DAN RENUNGLAH SENDIRI, DI MANA "DIRI" KITA SEKARANG...


ISLAM is The Way Of Life

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Melangkah itu adalah sesuatu yang mudah, namun untuk mencari arah itulah yang yang kekadang mengundang payah, mencari jalan itu adalah mudah, tetapi untuk kita menuju noktah itu pasti akan mendatangkan lelah dan payah untuk hadapi semua ini.

Menjaga istiqhamah itulah yang paling susah, payah dan lelah, namun ingatlah kita bahawa DIA amat memahami segala- gala tentang hambanya, DIA tidak meminta manusia untuk menjadi yang terbaik, Tetapi kita sebagai hambanya perlulah berusaha untuk melakukan yang terbaik. Sentiasa meletakkan sandaran dan keyakinan yang penuh kepada-NYA.

Jadi, nescaya Alllah akan mencukupkan dan melaksanakan sesuatu urusan yang dikehendaki-NYA. Agar apa yang terbaik menjadi milik manusia, moga perjalanan kita sentiasa di dan kerdhaan Allah s.w.t. AMINN..


BINGKISAN DOA KU

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Lebaran Yang Bakal Menjelma




Assalamualaikum wat semua sahabat yang mengenali diri ku....Salam Aidilfitri



Aidilfitri makin terasa bahangnya. jadi, tidak salah kita semua bersama- sama memeriahkan lagi Hari Raya yang akan bakal menjelma bebebrapa hari lagi...

Jadi sempena dengan raya yang makin hampir ini, aku nak mengucapkan Salam Lebaran buat my Beloved parents n family's dan semua kenalan yang mengenali diri ini terutamanya semua kawan2 satu cos n semua sahabat- sahabat yang ada di UKM dan mengenali diriku..Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua, dan bersabarlah menunggu detik 'kemenangan' kita semua di 1 Syawal nanti...Semoga ukhwah yang terjalin antara kita semua bertambah utuh dan diredhai-NYA...insyAllah...

So..sempena Hari Raya yang bakal menjelma nk mohon ampun dan maaf kat semua kenalan andainya...

- TERkasar bahasa
- TERsilap bicara
- TERmarah korang tak tentu pasal
- TERtanya benda yang bukan- bukan ke
- TERSASUL YANG TAK SENGAJA
- TERpukul kat mana- mana ke or tercubit ke
- TERpinjam harta benda ke
- TERmoody x semena- mena
- TERumpat bila- bila dan
- TERmacam- macam lagi la yang kena- mengena

semoga segala salah dan silap aku dimaafkan kerana korang la sahabat aku dunia dan akhirat...

Ucapan:

saya Nur ZAIMAH RAMLI menyusun jari memohon belas ihsan semua agar diampunkan segala dosa yang telah dilakukan, yang sedang dilakukan, dan yang akan dilakukan sama ada secara sengaja atau tak sengaja..Di sini saya mengharapkan keampunan dari kalian semua atas kekurangan diri ku yang serba kekurangan..
sesungguhnya memaafkan adalah satu sifat yang mulia....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN....

Tuesday, August 24, 2010

RAMADHAN



Makin lama blog ini tidak ter-update, makin terserlah kekalutan dan keserabutan dalam kepala saya. Allahu. Sungguh aku malu dengan diri sendiri, malu dengan-Mu Tuhan, baru sedikit cubaan mendatang, betapa terjejasnya diri ini hanya Engkau yang Maha Tahu....

Apapun, hidup harus diteruskan. Penuh makna dan penuh kesyukuran. Alhamdulillah kerana tahun ini kita sekali lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk menikmati bulan yang penuh keberkatan, yakni Ramadhan al-Mubarak. Datang setahun sekali, cuma 30 hari kemudian berlalu pergi meninggalkan kita. Tahun hadapan belum tentu lagi kita dapat bersua dengannya. Mungkin kita sudah meninggalkan bumi ini, atau mungkin juga bumi ini yang telah musnah. Sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui segalanya. Apa yang ada di langit dan di bumi. Semuanya dalam kekuasaan-Nya...

Syukur ke hadrat ilahi aku hidup lagi untuk menikmati bulan yang penuh barakah ini...Alhamdulillah...

Tertunduk malu, merenung diri sendiri. Apakah layak diri ini menjadi ummat Muhammad saw? Mulia pekertinya, kesabaran dan ketabahannya. Kekuatan dan keyakinannya. Keimanan dan ketakwaannya. Kerendahan diri dan keluhuran budinya. Segalanya, ternyata diri ini masih punyai banyak kekurangan.

Baginda pernah dibaling batu dan dihalau namun baginda memaafkan dan menghadiahkan doa. Baginda pernah dicaci dan dikatakan gila oleh sang buta namun baginda menyuapkan makanan ke mulut sang buta itu. Baginda dicaci maki namun bagindalah orang pertama yang menziarah apabila si pemaki jatuh sakit. Allahu Akbar.

Apakah diri ku ini mampu mencontohi baginda? Aku ingin namun sungguh diri ini masih punyai banyak belenggu. Menjerut leher mengikat kaki ini. Bagai meniti bara merah.

Harapan saya, moga dengan kehadiran Ramadhan ini, saya dan kita semua, dapat memperbaiki diri, pertingkatkan amalan. Semoga dosa-dosa kita terampun dan semoga kita benar-benar menghayati bulan yang mulia ini penuh rasa syukur.

Ramadhan menziarah cuma sekejap, mari kita hargai ia sebaik yang mungkin.Hidup harus diteruskan. Semoga hari-hari mendatang, lebih baik dari sebelumnya.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini....moga membawa seribu rahmat..InsyAllah...Aminnnn

Thursday, August 12, 2010

RENUNGAN BERSAMA

Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka Dia Ingin Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.


ADA HIKMAH!

peganglah dan ingatlah ayat ini sampai bila2.........

aku sendiri selalu letak mindset PASTI SESUATU TERJADI ADA HIKMAH DAN AKU TAK TAW APA YANG TERSEMBUNYI!!!!! Tapi biasa la aku pun manusia biasa yang kadang- kadang terleka skit, itu semua atas diri sendiri untuk merubah sesuatu...


bagi aku mindset ni akan buat kita lebih brsyukur pada Allah...InsyAllah

fikirkan dan renung- renungkanlah...

apa rasional jika kita pegang ADA HIKMAH dalam setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita?


ingat la selalu........

bukankah Allah dah janji...

setiap musibah,kesedihan, bahkan duri yang buat kita luka itu merupakan 1 kifarah yakni pengampunan dosa... kifarah yang dimaksudkan kat sini bukan denda tau... hehhe jangan salah faham plak....



ADA HIKMAH!

Rasional?

sometime benda yg kite nak tp x dpt... mybe Allah nk bg yg lg baik drpd itu... ADA HIKMAH!

sometime nak nek bas tp ketinggalan bas.. mybe Allah nk selamatkn kite drpd accident atau H1N1.. ADA HIKMAH!!

Sometime kita xda duit nak makan.. mybe Allah nak tarbiyyah kita agar ingat org yang lagi susah apabila dah kaya.. ADA HIKMAH!

sometime kita buat dosa.... mybe Allah nak tunjukkan kita dosa dan pahala dpn mata... ADA HIKMAH...

sometime kita bgn lewat p keje... mybe Allah saja bg tidor mana nak tahu masa on d way kene langgar.. ADA HIKMAH...

sometime kita sedih sgt2... mybe ALLAH nak ampunkan dosa kita melalui sedi yg kita alami.. ADA HIKMAH...

sometime kita demam... mybe Allah nak ajar kita pasal 5 perkara sblm 5 perkara: sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua...so setiap perkara tu mesti... ADA HIKMAH....

sometime kita x kaya miskin.. mybe kaya kang buat maksiat lupa diri pulak... ADA HIKMAH...

sometime kita kene tipu.. mybe someday org tu kne tipu... ADA HIKMAH.....

sometime org sakitkan hati kita.. mybe ALLAH nak naikkan taraf kita di sisinya.. ADA HIKMAH...


ada hikmah?

anda fikir, saya fikir dan mari la kita sama- sama tentukan.....tepuk dada tanya lah iman...bukan tanya selera plak...hehhee


hikmah itu kdgkala terhijab di hadapan mata kita... kadangkala hijab hikmah itu trbuka luas di depan mata kita...

cara Allah tarbiyyah...

kdgkala tabiyyah Allah ada pada air mata kita...

kdgkala tarbiyyah Allah ada pada gelak tawa anda...

kdgkala tarbiyyah Allah ada pada sudut 360 darjah dari dalam diri kita sendiri...

Ahlan Ya Ramadhan






Rebutlah peluang jangan jadi orang yang Rugi...Mungkin Ramadhan ini yang terakhir buat kita semua....kita tidak mengetahui..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui....

Fikir dan tentukanlah di manakah kedudukan puasa kita???

1) Puasa Umum


menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahawat.

2) Puasa Khusus


menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa..


3) Puasa Khusus al-khusus


Menahan hati daripada keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total...


oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin...




Atau adakah kita berpuasa hanya sekadar untuk mendapat lapar dan dahaga semata-mata...

Wednesday, August 4, 2010

Selamat Semuanya



Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ilahi..Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar..insyAllah mudah-mudahan...

Sesungguhnya perjalanan hidup aku baru saja bermula...ini adalah permulaananya...destinasi aku masih lagi jauh...Aku juga tidak tahu ke mana arah destinasiku selepas ini...Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan perjalanan hidupku...insyAllah...

Perjalanan ku masih jauh.. pencarian ku juga masih belum jelas.. destinasi yang ku ingin ku tuju juga masih kabur.. Arah mana yang harus di tuju? Aku akan terus berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa..Aku akan lakukan yang ternbaik untuk diri ku sendiri, keluarga dan seluruh umat Islam khususnya..insyAllah...

Sesungguhnya, hanya Engkau yang dapat membantu diriku ini.. Bantulah aku ya Allah ....

Allah berfirman di dalam Surah An-Nahl:

Bismillahirrahmanirrahim...

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [125]

Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. [126]

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. [127]

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. [128]

Selawat dan salam buat Nabi junjungan, Muhammad saw. Terimalah kami sebagai ummatmu, berikanlah kami syafaatmu, wahai kekasih Allah.

Friday, July 30, 2010

Setitik Dakwat Mampu Membuat Sejuta Manusia Berfikir Tentangnnya



Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, biiznillah.. sYUKUR aku masih di beri kekuatan dan nafas untuk mensyukuri nikmat Allah ini...

Benarlah, kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Kita juga tidak tahu apa yang bakal kita hadapi. Dan sesungguhnya, hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya.

Betul perancangan Allah terhadap hamba-Nya sangat hebat, setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya..Kita hanya merancang, selebihnya, Tuhan yang menentukan segalanya.

Setiap dari kita, tentunya ada banyak pengalaman yang paling kemas dalam ingatan. Kadang-kadang tertanya apa salah yang telah aku lakukan pada mereka, ya mungkin pengalaman aku di tempat orang, apabila jauh dari keluarga banyak mengajar aku erti tentang hidup..Bila mana aku akan sentiasa berwaspada terhadap orang di sekeliling. Apabila sesuatu terjadi kami akan membuat hal masing-masing..tidaklah seperti kehidupandi kampung yang boleh dikatakan terlalu menjaga tepi kain orang...

Sesungguhnya bukan niat aku untuk membanggakan diri dengan ilmu yang telah aku kecapi...Aku bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan untuk aku, tidak pernah terlintas dan terdetik dalam hati untuk membnaggakan dengan segala ilmu yang Allah kurniakan..Suhanallah...Segala ilmu yang aku miliki adalah sedikit berbanding ilmu Allah yang Maha Luas..Niat ku hanya lah untuk memperbaiki diri yang masih banyak kelemahan..tertanya-tanya hati ini kenapa??Kenapa???..apa masalah aku dengan mereka...Apkah mereka tidak takut pada dosa...kerana Allah Maha Mengetahui dan Lagi Maha Mendengar...Benar sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah saw...Ada umatku yang walaupun bersembahyang selama 40 tahun tapi solatnya itu tidak mendapat apa-apa ganjaran...Masyallah...

Aku tidak mengatakan diriku sepenuhnya betul..tapi kenapa perlu membawa cerita yang tidak sedap dan enak di dengar...aku juga manusia yang ada hati dan perasaan...Betul aku bisa mencoretkan apa sahaja, tapi pada hakikatnya kata-kata manusia yang memang boleh dikategorikan sebagai orang tidak takut akan dosa, benar-benar mengguris hati dan perasaan ku..

Aku diruntun rasa hiba, bila mengenangkan cakap mereka yang hanya tahu mengkritik orang lain..sedangkan diri mereka sendiri tidak difikir pula...Ya Allah berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk hadapi semua ini..Aku tahu ini adalah ujian Mu ke atas ku untuk menguji keimanan ku terhadap-MU...

Terlajak perahu bisa diundur, terlajak kata, ah.hakikatnya aku cuma seorang wanita. Yang rapuh hatinya. Dan mudah pecah. Sungguh aku benar-benar tak berdaya untuk mendengar segala tohmahan dari mereka yang bermulut cabul...Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka..insyAllah...

Musibah datang juga dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian juga adalah tarbiyah daripada Allah. Terserah kepada penerimaan kita terhadap musibah tersebut. Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian.. Atau bagaimana? Jarang kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah peringatan kepada kita, agar kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia. Kerana Dia sayangkan kita.Semoga aku tabanh dalam menghadapi musibah ini...insyAllah ...

Kadang-kadang bila diriku dalam kesunyian aku akan terfikir tentang hidup sendiri..Pada ketika itulah adanya Masa untuk otak saya berkeliaran. Masa untuk saya berfikir tentang diri, tentang persekitaran, tentang kerja, tentang masa depan, tentang keluarga, ayah dan ibu yang kian meningkat usia, adik-adik yang entah bagaimana nasibnya, kakak-kakak, abang-abang, semuanya. Bersilih ganti. Rupanya, hidup ini ternyata bukanlah mudah. Tidak semudah kata 'A,B,C', bukan semudah tulisan.

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia juga yang berkuasa mengambilnya semula. Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar ataupun beg duit kita belum tentu lagi menjadi milik kita. Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak untuk berbuat apa sahaja.

Bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Peringatan buat diri saya sendiri. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.

Bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.

Allah berfirman lagi;

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.”
(Surah al-Baqarah, ayat 45)

Ya Allah selmatkanlah kami dari dugaan syaitan...Ya Allah, makmurkanlah negara ini..Ya Allah sesungguhnya ENGKAU maha mengetahui..Sesungguhnya Engkau tuhan yang tidak diperaknakkan dan tidak ada bandingannya..Ampunkan kami Ya Allah...ampunkan kami...

Dengan lafaz bismillah. Moga Allah kurniakan yang terbaik buat kita, bukan hanya untuk di dunia, tapi juga di akhirat, insyaAllah.

Wallahua'alam.

Thursday, July 29, 2010

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT



Assalamualaikum dan salam sejahtera, moga kehidupan kita hari ini lebih baik daripada hari semalam...moga iman kita makin bertambah..insyAllah...

Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan Allah SWT, Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hingga kita dewasa..Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan dan iman yang Allah kurniakan kepada kita sebagai hamba-NYA..Kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat..

Lantaran ianya telah menjadi sesuatu yang lumrah dalam kehidupan kita, kadang-kala kita tidak perasan dan menghiraukannya..Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan Allah SWT kepada kita..Bgitulah perangai kita yang tak ubah seperti "Kacang Lupakan kulit".

Seusp nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah SWT. Tanpa kurniaan ini, kita tidak mungkin dapat mengunyaj makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita..Selagi kita hidup di muka bumi ini kita tidak akan sunyi daripada menerima kurniaan ini...

Begitulah Allah maha penyanyang terhadap hamba-NYA...Allah yang bersifat Ar-Rahman. Allah menganugerahkan kurniaan-Nya kepada semua makhluk , sama ada yang taat kepada-NYA atau yang sebaliknya...Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini..Tapi Allah masih sayang kepada hamba-hambaNYA meskipun masih ramai yang tidak mahu bersyukur atas nikmat-nikmat itu..Sebanyak 31 kali dalam Al-Quran, Allah mengulangi ayat tersebut sebagai amaran dan peringatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmat-NYA..

Surah Ar-Rahman: "Yang mana satu nikmat Tuhan yang kamu dustakan?"...

Sebagai majhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikamt tersebut..Kesyukuran bukanlah semata-mata dengan mengucapkan 'Alhamdulillah". Ianya mesti dik\buktikan dengan tindakan berdasarkanprinsip 'amal makruh, nahi mungkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ia mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan...

Malangnya hari ini terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan Allah. Ramai yang tidak mendirikan solat melakukan segala suruhan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang ingkar dan menentang suruhanNYA dengan ,melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai manusia ramai di antara manusia yang tidak bersyukur seperti dalam Firman-NYa: "Sangat sedikit daripada hamba-hambaku yang bersyukur"...

Sebagai menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih kita kepada Allah, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepda Allah dengan segala bentuk ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat..Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hamba-Nya yang bersyukur...

Wasiat Imam Muslim:
" Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara manusia yang tidak bersyukur, seperti dalam firman-NYa: "sangat sedikit daripada Hamba-hamba-KU yang bersyukur".....

Dengan lafaz bismillah. Moga Allah kurniakan yang terbaik buat kita, bukan hanya untuk di dunia, tapi juga di akhirat, insyaAllah.

Wallahua'alam.


Wednesday, July 28, 2010

MENGENALI BULAN SYAABAN



ASSALAMUALAIKUM WRB...

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.
Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.

3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih-sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.

ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan Puasa Sunat Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud: Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban.

Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban.

(Riwayat Nasaie).Melazimi Berzikir dan Berdoa Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Doa merupakan otak kepada ibadat.(Riwayat al-Tirmizi).Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar sebagaimana dalam Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.(Surah an-Nur: Ayat 31).

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat al-Baihaqi).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm: Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban. Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.
MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.Beliau berkata lagi:Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar.

Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu.

Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama.

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut.Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. Ya Allah berkatilah kami di bulan Sya'ban, dan pertemukanlah kami dengan Ramadhan...InsyaAllah.


ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN




ASSALAMUALAIKUM W.R.W

Orang yang beramal tidak berpandukan ilmu pengetahuan, maka amalannya akan tertolak. Sebabnya Ilmu adalah petunjuk bagi kita. Oleh itu kita perlu tahu tentang sesuatu ilmu itu untuk kita mengetahui mana arah tujuan kepada sesuatu matlamat yang ingin di tuju..Sekiranya kita tidak ada ilmu, walaupun ada usaha untuk kita maju ke depan, kita tidak akan nampak jalan, seumpama orang meredah hutan belukar sahaja..Akhirnya matlamat atau tujuan kita tidak akan tercapai..Kita akan tersesat jalan walaupun pada hakikat niatnya baik..

Sebaliknya pula, bagi orang yang berilmu tetapi tidak beramal, dia akan masuk dulu ke dalam neraka daripada penyembah-penyembah berhala yang kekal di sana tetapi orang tidak berilmu tidak kekal...

Oleh yang demikian, jika kita hendak beramal, maka terpaksalah kita mencari pengetahuan. Setelah kita ada ilmu Pengetahuan, hendaklah kita berazam mencari dan mnegamalkan ilmu itu..Jika kita sudah berusaha mengamalkan ilmu itu sungguh-sungguh walaupun terpaksa menghadapi kesusahan dan amalan kita itu hendaklah di buat secara istiqamah atau secara tetap dan terus menerus..Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baik amal itu ialah amal yang sentiasa di buat walaupun sedikit".

Amal yang tetap dan berterusan (istiqamah) itu adalah lebih baik walaupun sedikit. Ianya adalah sebaik-baik amal yang banyak tetapi di buat sekali-kala. Kadang-kadang buat dan kadang-kadang tidak. ianya tidak akan membawa apa-apa pengertian, iaitu ibarat air yang menitis setitik demi setitik di atas batu dengan berterusan hingga bertahun-tahun, Btau itu nanti akan menjadi lekuk...Sebaliknya kalau datang datang hujan yang lebat hingga berlaku banjir hingga melanda pokok-pokok dan rumah-rumah tetapi melanda sekali saja...Kemudian ia tidak akan memberi apa2 kesan kerana selepas itu akan berlaku kemarau yang bertahun-tahun. Batu itu tidak mungkin akan menjadi lekuk...

Dalam melakukan amal ini tidak boleh berlandaskan dorongan dan semangat semata-mata. Umpamanya kita mendengar orang menceritakan fadhilat membaca Al-Quran. Ini bukan Istiqamah namanya. Sepatutnya mulalah secara beransur-ansur. Umpamanya dua baris dalam satu hari kemudian semakin bertambah dan seterusnya...Disamping buat hari-hari itu, disamping kita mengetahui ilmu yang terkandung dalam kalam itu, barulah ada usaha kita menambahkan amalan tersebut..Apabila dalam diri kita ada unsur-unsur amal itu, maka lama kelamaan ia akan menjadi Istiqamah.....

Bersama-sama kita Istiqamah dalm bulan Syaaban, disamping akan menjelangnya bulan Ramadhan untu mendapat keberkatan dari Allah SWT...insyAllah...

Sesungguhnya Allah telah membuatkan hati yang muram menjadi tenang, yang suram bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Bila kesunyian melanda, hati dan fikiran kita janganlah terus dibiarkan terus suram dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah ingin menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita hanyalah untuk menguji sedalam mana cinta kita kepada-Nya....

Jika kita hari ini tidak bertambah baik daripada hari semalam, ternyata kita adalah orang yang rugi. Mungkin kita tak mampu untuk mencapai kesempurnaan sepenuhnya, tapi , kita seharusnya berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya..insyAllah...

Tuesday, July 27, 2010

Tahniah Imam Muda

salam....tahniah atas kejayaan program yang bermanfaat ini...bukan sahaja diikuti oleh orang islam bahkan orang bukan islam juga tertarik...moga program ini dapat memberi mereka tangapan positif tentang islam pada mereka dan melahirkan lebih ramai pemuda islam yang berwibawa..insyAllah...








sedih sgt tgk part ni...Seorang ibu boleh menjaga 10 anak tapi, seorang anak belum tetu mampu menjaga seorang ibu atau ayah...Nauzubillah minta aku dijauhkan dari segala sifat negatif ini...ya Allah... Engkau jauhkan pemikiran ku dr melupakan kedua ibu bapa Ku yg tlh mmbesarkan Ku...... AMIN........


Kami Prihatin

Monday, July 26, 2010

Bila Kesunyian Melanda


Subhanallah..Betapa Indah Ciptaan Allah S.W.T...

"kadang- kadang Allah Sembunyikan Matahari, didatangkan petir dan kilat, kita menagis dan tertanya- tanya kemana hilangnya sinar, Rupa- rupanya Allah nak mengahdiahkan kita pelangi yang indah."


"Bila Kesunyian Melanda”.

Apabila hal ini terjadi, kita semua termasukla diri aku sendiri akan merasa amat hampa, sedih, jadi tak tentu hala, kemudian kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada sesuatu yang seakan hilang tapi kita x tau kemana sesuatu itu menghilang entah ke mana.

Hati kita pasti akan terasa macam terseksa hingga tidur kita sentiasa terganggu. Bila hal ini terjadi semasa kita merasa tak ada seorang pun yang dapat memahami kita, sehingga kita merasakan diri keseorangan kerana tidak ada tempat untuk berkongsi cerita duka dan derita dan berkongsi rasa. Sehingga ada ja hati kecil berbisik bahawa hidup kita akan merasa hidup ini makin tersiksa hingga ianya tak da pape makna lagi.

Bila itu la yang kita rasakan, mungkin diri kita ini sedikit alpa dan leka atau mungkin kita lalai. Kemudian barulah kita sedar dari mimpi yang lama, kemudian termanggu- manggu dalam kesunyian, pada hal di saat kita merasa semua kesunyian itu, sebenarnya Allah ada bersama kita.

Dia la Yang Maha Esa selalu memantau dan menemani dengan kasih sayang yang begitu mendalam. Dia la Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang selalu dan sentiasa menemani tidur kita yang sepi dan sentiasa melindungi diri kita yang lemah ini. Namun, adakah diri kita sedar dari tidur yang lena, bahawa hal ini hanya akan trjadi bila diri kita ini benar-benar mahu meyakini bahawa Allah itu benar dengan kewujudanNYA dan adakah namaNYa sudah benar2 tersemat dan termateri di hati kita. Atau dengan kata lainya , kita mahu beriman dan mencintai- NYA dgn sepenuh jiwa.
Pernah tak kita sedari akan hal ini???. Dimana Allah telah memberikan sebegitu banyak nikmat dan anugerah yang tak terhitung banyaknya, maka nikmat mana lagi yang nak kita dustakan.
Sesungguhnya Allah telah memebuatkan hati yang muram menjadi tenang, yang suram bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Jadi, bila kesunyian melanda, hati dan fikiran kita janganlah dibiarkan terus suram dalam kesedihan, kerna boleh jadi Allah ingin menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita hanyalah untuk menguji sedalam mana cinta kita kepada- Nya.

Sehinggakan dengan sepi dan kesunyian yang hadir dalam diri kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati- Nya.
kesunyian yang melanda ini bukanlah disebabkan masalah tetapi adalah disebabkan bila diri aku dan mungkin juga kalian yang terlalu leka dan lalai selama ini hingga terlalu jauh dgn pencipta-Nya..

sedarlah bahawa dari Dia kita datang dan dari Dia kita kembali.walau apu jua yang kita kejar ingatlah tanpa keredhaan dari-Nya siapa la diri kita ini...Wallahualam...


WHAT PEOPLE SAY ABOUT 'HISTORY'







APABILA disebut tentang sejarah, lazimnya kebanyakan kita akan menggambarkannya sebagai satu topik yang membosankan. Logiknya, sejarah secara stereotaip dilabel sebagai penghikayatan sesuatu yang telah berlalu dan sukar untuk dilitah kena mengenanya ia dengan peristiwa semasa atau apa pentingnya untuk terus diberikan perhatian.

Apatah lagi di dalam sistem pendidikan kita yang banyak dipengaruhi oleh orientasi peperiksaan, sejarah diolah dan dianalisis dengan cara yang amat sepi daripada unsur-unsur yang boleh mencelikkan mata.Al-Quran yang progresif, berdaya maju, serta menjadi pendorong kejayaan, mengemukakan aspek sejarah sebagai tubuh badannya yang utama. Selain ayat-ayat yang berkaitan dengan akidah kepercayaan, hukum amali dan akhlak diri, al-Quran juga membentangkan persoalan sejarah di sebahagian besar lembarannya.

Di sini, dengan kata lain, al-Quran telah memberikan satu definisi yang istimewa kepada sejarah. Kedudukan sejarah tinggi di mata al-Quran kerana ia adalah wasilah untuk manusia mendengar bicara Allah tentang peraturan serta hukum-hukumnya yang terlaksana ke atas setiap kejadian dan kehidupan alam inI.Walaupun zaman silih berganti menyusul, bicara itu tetap sama, sekelian alam perlu tetap tersusun atur mengikut ketetapan Allah.Maka amat malang jika umat Islam yang sinonim dengan sejarah itu mengabaikannya.

Mentaliti terpilih amat jarang diperuntukkan untuk mendalami sejarah. Fakulti-fakulti sejarah di menara gading juga kurang menonjol di tengah masyarakat sebagaimana fakulti lain yang lebih segera membawa pulangan terhitung...
Aku suka kan sejarah..kerana semuanya baru bermula yang seterusnya akan mencipta sejarah hidup buat diri ku sendiri....Allah did a certain act for some reason's....